Artikel ini ditaja oleh CTOS

Kredit: Canva (@bestnj & @worawee-meepians-images)
“Dah kenapa pinjaman tak lulus? Padahal gaji tinggi.”
Pernah dengar keluhan macam ni? Memang tak dinafikan saban tahun, cabaran untuk membuat pinjaman makin besar. Tak kira lah pinjaman peribadi, rumah mahupun kad kredit!
Tapi percaya atau tidak, ramai juga yang berjaya lulus pinjaman dengan beberapa persediaan awal. 😉 Bak kata orang, awal tak kalut!
Rahsianya…. 👇
Pastikan Skor Kredit Kau Hijau!
Yup korang kena pastikan skor kredit hijau! Tapi sebelum tu korang kena tahu dulu, apa kaitan skor kredit kau hijau dengan CTOS!
Apa Itu CTOS? Apa Fungsi Sebenar CTOS?
Pada yang belum tahu, CTOS merupakan agensi pelaporan kredit di Malaysia yang mengeluarkan laporan kredit (untuk individu dan syarikat). Skor CTOS terdiri daripada lima faktor:
- Sejarah pembayaran
- Jumlah hutang
- Tempoh sejarah kredit
- Campuran kredit
- Permohonan kredit baru
Kesemua maklumat mengenai sejarah kredit yang disediakan CTOS ini lah yang akan membantu bank-bank menilai permohonan pinjaman dan membuat keputusan jika korang layak atau tidak untuk diberikan pinjaman.
Skor Cemerlang CTOS 5X Ganda Lebih Mudah Lulus? Biar Betul?
Kalau korang nak tahu, menerusi kajian terbaru dikeluarkan CTOS, pengguna dengan skor CTOS yang cemerlang (skor kredit kau hijau) adalah lima kali ganda lebih berkemungkinan mendapat kelulusan permohonan kredit berbanding mereka yang mempunyai skor CTOS rendah!
Menerusi laporan tersebut, pengguna dengan skor CTOS terbaik mempunyai kadar kelulusan 74% untuk pinjaman kereta dan 61% pinjaman perumahan. Best kan!

Kredit: CTOS

Kredit: CTOS
Bagi permohonan kad kredit pula, perbezaan agak ketara antara skor kredit tertinggi dengan terendah iaitu peluang 76% untuk skor cemerlang berbanding 10% untuk terendah. 👇

Kredit: CTOS
Pinjaman peribadi juga antara jenis pinjaman yang popular dan korang boleh lihat berdasarkan skor kredit tertinggi dengan terendah graf di bawah.

Kredit: CTOS
Tapi Macam Mana Dapat Skor Cemerlang? Pastikan Kredit Skor Hijau!
Skor kredit yang lebih baik bukan saja meningkatkan peluang kelulusan permohonan kredit tetapi juga memberikan akses kepada:
✅ Kadar faedah lebih baik
✅ Ganjaran lebih tinggi
✅ Kos meminjam lebih rendah dalam jangka pendek & panjang
Korang boleh check jadual di bawah untuk melihat skor dan nilai diberikan oleh peminjam.

Kredit: CTOS
Alamak, Skor Tak Hijau Lah! Macam Mana Nak Tambah Baik?
@ctosdatasystems
Let's be real, reviewing your credit report can be a rollercoaster ride of emotions. Save yourself from the stress by repairing your credit health this new year. Purchase your MyCTOS Score report now at the link in bio. #CTOS #CTOSScore #CreditScore #CreditReportReview #CTOSReport #TiktokViral #FYP #ForYouPage #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca
♬ original sound - CTOS
Jika skor kredit CTOS korang tidak memberangsangkan dan berada di skor kuning atau merah, jangan mudah mengalah okay! Rileks!
Korang sentiasa boleh mengambil langkah untuk meningkatkan skor kredit dengan perancangan yang baik. Boleh follow tips ni 👇
- Bayar bil anda tepat pada masanya
- Kekalkan jumlah hutang pada kadar rendah
- Pulihkan semula sejarah kredit anda jika pernah menghadapi masalah
Mudah kan? Mungkin ambil masa sedikit tapi skor kredit akan bertambah baik!
Ok sekarang jom semak kredit skor CTOS 👉 https://ctoscredit.com.my/ dan pastikan kredit kau hijau! 😉
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.