Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Jualan Cecah Jutaan Ringgit? Jom Buat Content Macam Jungle Girl!

Pendapatan berjumlah RM1.02 juta! Macam mana content Jungle Girl ni?
Hanafis Haris
13 Sep 2024, 06:34 PM

Jungle Girl atau nama sebenarnya Nur Rafidah Man bercucuk tanamKredit: @nur_rafidah_man

Korang tahu tak wanita Orang Asli dari Suku Jahut yang dikenali sebagai Jungle Girl dikatakan berjaya meraih keuntungan mencecah jutaan ringgit menerusi penjualan produk minyak herba?

Jungle Girl atau nama sebenarnya Nur Rafidah Man, 26, dikatakan mampu menjana pendapatan berjumlah RM1.02 juta dengan 29,720 barangan terjual menerusi platform TikTok 👇

Hebat kan? Dengan menjual produk secara atas talian, boleh meraih pendapatan sebanyak itu.

Jadi ini apa yang kita boleh belajar daripada @Jungle Girl?

Ini Teknik Jungle Girl Yang Korang Boleh Follow!

#1 Teknik Pemasaran, Pempengaruh Masih Relevan?

Kalau diikutkan produk minyak herba bukan lah satu yang baru. Namun, produk Jungle Girl mula mendapat perhatian selepas beberapa pempengaruh mempromosikan minyak tersebut.

Antaranya termasuklah Nynabukater dan Nelysa Norazlan. Produk tersebut kemudian viral dan mula dipromosikan oleh pengguna lain.

Jadi di sini, kita dapat lihat impak pempengaruh masih relevan. Namun, pilih lah yang bersesuaian dengan produk dan sasaran pengguna.

#2 Live Streaming Lah Selalu!

@asyikfmmoinummoi Temuramah secara langsung bersama FIDA @ Jungle Girl, seorang influencer masyarakat Orang Asli Suku kaum Jahut. Kg. Penderas Pahang. Perkongsian bagaimana beliau berjaya menghasilkan pendapatan dengan menggunakan media sosial. #KBOARDS #JAKOA #ASYIKFM #MOINUMMOI #fyp @nur_rafidah_man ♬ Epic Dubstep Cinematic - Audio Infinity

Dengan melakukan live streaming di platform media sosial, korang bukan saja mempromosikan barangan, namun korang mencipta satu ‘hubungan’ virtual dengan pengguna.

Melalui interaksi seperti menjawab soalan-soalan netizen ketika live, secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada pengguna. Inilah yang dipraktikkan oleh Jungle Girl.

Korang hanya perlukan telefon pintar dan… good to go! 😉

#3 Belajar Dunia Digital!

@nurrafidahman so kepada 18 suku kaum orang asli malaysia yang berminat nak join..boleh pm tepi.#junglegirl #nurrafidah ♬ Dj Remix Paling Santuy Bikin Tentram - DJ NICK PROJECT

Difahamkan Nur Rafidah turut menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau.

Kalau nak berjaya dalam era serba moden ini, memang kena pandai menghasilkan kandungan menarik!

Jadikan video-video lain sebagai inspirasi dalam menghasilkan kandungan okay!

#4 Be Real! 💪

@nurrafidahman semoga x hujan..#junglegirl #nurrafidah ♬ suara asli - TAUFIQ AKMAL - 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜Q 𝗔𝗞𝗠𝗔𝗟

Tidak kiralah korang peniaga atau pempengaruh, jika menghasilkan kandungan untuk pemasaran, jadilah diri sendiri.

Menerusi video dimuat naik Jungle Girl, dia dilihat sangat selesa dan terbuka menunjukkan kehidupannya di kampung.

So dah dapat tips ni kan? Tunggu apa lagi, mula lah bina empire perniagaan korang!

Psst…Jangan lupa check out artikel seterusnya yang mana kami akan kongsikan peralatan untuk menghasilkan kandungan media sosial!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us