Artikel ini ditaja oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)
Kredit: Google AI Generated
“Dah kerja nanti beli rumah, kumpul aset.”
Biasa dengar ayat ni kan? Mesti ramai teringin nak ada rumah sendiri kan! Tapi selalunya, apa yang jadi penghalang? Harga rumah makin mahal? Tak cukup duit deposit?
Relatable kan? Tapi tahu tak sebenarnya ada satu skim disokong kerajaan Malaysia boleh bantu korang capai impian beli rumah dengan lebih mudah?
Nasib Baik Ada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)
Kalau nak tahu, SJKP adalah sebuah syarikat dibawah Kementerian Kewangan yang disokong oleh kerajaan Malaysiauntuk memastikan lebih ramai mampu memiliki rumah pertama.
Tapi apa kelebihan SJKP? Mudah ke nak mohon?
5 Perkara Tentang SJKP & Bagaimana SJKP Bantu Dapatkan Rumah Idaman!
#1 Beli Rumah Tanpa Wang Pendahuluan? Legit?
Eh boleh ke? Yes dengan SJKP, proses beli rumah tanpa deposit sangat memudahkan urusan dan perbelanjaan korang!
Sebabnya menerusi pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM10 bilion kepada SJKP. Peruntukan ini lah yang akan digunakan untuk bantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, khususnya buat golongan B40 dan M40.
Tapi macam mana SJKP bantu? 👇
#2 SJKP Akan Jadi Penjamin Walaupun Pemohon Tiada Pendapatan Tetap
SJKP akan bantu dengan cara menjadi ‘guarantor’ kepada pihak bank bagi membolehkan bank memberi pembiayaan perumahan!
Skim ini sangat lah membantu terutama buat korang yang tiada pendapatan bulanan tetap atau slip gaji sepertimana yang bank mahukan termasuklah peniaga/usahawan kecil, pekerja bebas,
pemandu e-hailing, nelayan, peniaga online dan banyak lagi.
Jadi jangan lah rasa rendah diri lagi, ini peluang terbaik korang!
#3 Apa Jaminan SJKP?
Skim SJKP merangkumi jaminan:
🏠 Sehingga RM500,000 termasuk kos rumah dan kos-kos tambahan seperti yuran guaman
🏠 Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) atau Takaful Gadai Janji (MRTT)
🏠 Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) dan yuran penilaian
🏠 Jaminan pembiayaan melebihi 100 peratus pinjaman anda daripada bank, dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun
Ada juga SJKP-MADANI:
🏠 Sesuai untuk mereka yang ingin membeli rumah berharga tak lebih RM300,000
🏠 Jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus termasuk harga rumah, sedikit dengan tambahan untuk pengubahsuaian dan perabot, serta yuran guaman, yuran penilaian, MRTT/MRTA dan LTHO.
#4 Siapa Layak Mohon SJKP?
Syarat untuk memohon SJKP ni mudah je 👇
✅ Bayaran pinjaman bulanan tidak melebihi 65 peratus pendapatan kasar bulanan
✅ Tiada rekod CCRIS tertunggak melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan
✅ Tiada rekod-rekod kredit lain yang negatif.
✅ Untuk pembeli rumah pertama sahaja
#5 Macam Mana Nak Apply SJKP?

Kredit: SJKP
Nak mohon pun mudah saja, korang hanya perlu pilih rumah idaman, sediakan dokumen yang diperlukan dan kemudian mohon kepada institusi kewangan yang menyertai SJKP! 👇

Kredit: SJKP
Ini Peluang Terbaik Beli Rumah Dengan SJKP!
Dengan semua peluang yang ada ini, mungkin ini masa terbaik korang dapatkan rumah idaman.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan cara memohon boleh check out je 👉 www.sjkp.com.my/
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.