Artikel ini ditaja oleh Petron Malaysia
Kredit: Petron & diana.grytsku/freepik; Edit: ERA
Bila berada atas jalan raya dah tentu perkara pertama yang jadi keutamaan ialah isu keselamatan. Tak kiralah korang naik kereta ke, tunggang motosikal atau pun berjalan kaki. Iyalah, kenderaan semakin banyak atas jalan raya terutamanya di waktu puncak, dah tentu bermacam-macam risiko boleh terjadi.
Apa Kejadian Yang Tak Diingini Yang Mungkin Berlaku Di Jalan Raya?
Bukan je kemalangan tau, ada insiden lain yang boleh menimpa kita. Kalau pun bukan pada korang, mungkin kena pada orang lain. Ini antara kejadian tak diingini yang boleh terjadi di jalan raya. Dan kalau ianya berlaku, perkara pertama yang korang boleh lakukan adalah dengan pergi ke stesen Petron berhampiran untuk mendapatkan bantuan:
#1 Rasa kurang sihat ketika memandu. Bahaya untuk teruskan pemanduan dan tak selamat untuk berhenti di tepi jalan.
#2 Pemandu wanita terutamanya atau time korang memandu bersendirian dan korang rasa macam ada orang follow korang. Bila terjadi situasi macam ni, jangan terus balik rumah tau.
#3 Berlaku kejadian tak diingini seperti kes ragut, peras ugut atau kemalangan.
#4 Satu demi satu masalah menimpa boleh sebabkan kita tak tertanggung bebanan yang tiba dan menyebabkan berlakunya tekanan perasaan.
#5 Kereta tiba-tiba keluarkan bunyi pelik atau rosak.
Kalau kejadian seperti ini berlaku, usah panik dan jangan berlengah... Korang kena segera dapatkan bantuan. Paling mudah dan cepat tentunya di Petron.
Iya, Petron kini telah menjadi Go-To-Safety-Point atau GTSP iaitu tempat selamat yang korang boleh dapatkan bantuan di atas jalan raya.
Apa tu Go-To-Safety-Point atau GTSP?
GTSP ni merupakan inisiatif pihak PDRM untuk mengurangi kes jenayah dan pada masa sama memberi perlindungan dan menjaga keselamatan orang ramai. Dengan adanya program macam ni secara tak langsung memberi kesedaran di kalangan orang awam bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama.
Dan sempena 10 tahun Petron di Malaysia, Petron telah melancarkan projek mural dan poster menggunakan peribahasa Melayu. Sebanyak 10 mural yang membawa mesej keselamatan dilukis oleh 10 artis tempatan dipamerkan di stesen Petron terpilih.
Macam Mana Petron Boleh Beri Bantuan Awal Time Kecemasan?
#1 Petron dah jalin kerjasama dengan PDRM sejak 2013 lagi dan bertindak sebagai GTSP sejak 9 April 2021. Kerjasama ni memastikan lebih banyak anggota polis berada di stesen Petron dan bantuan pantas boleh diberikan pada situasi kecemasan.
#2 Setiap stesen Petron terlibat dilengkapi dengan peti pertolongan cemas, kerusi, selimut dan papan maklumat keselamatan yang mengandungi nombor telefon kecemasan.
#3 Staf-staf terlatih di bawah program GTSP
#4 Bagi kes yang memerlukan bantuan lanjut, pihak Petron akan bantu hubungi pihak berkaitan seperti polis, ambulans, mekanik atau tow truck.
#5 Ada sudut de-stress untuk yang alami gangguan serta tekanan. Staf Petron pun akan membantu menemani dan menenangkan korang.
Kalau korang nak tahu, sepanjang pandemik tahun 2020 dan 2021 tu je sebanyak 30 insiden direkodkan yang berjaya dibantu oleh staf Petron. Antara kejadian tu termasuklah kes yang melibatkan pelanggan pengsan di tandas dan Treats Store dan tulang retak ketika turun dari bas di stesen Petron.
Memang terbaiklah usaha Petron dan PDRM ni kan? Bila ada banyak tempat untuk dapatkan bantuan pertama, sudah tentu kita akan rasa lebih selamat untuk memandu di jalan raya. Iyalah, bukan sikit tau stesen Petron ni. Sehingga kita ada 740 Stesen Servis Petron di seluruh negara yang terlibat dalam Program GTSP.
Nak tahu lebih lanjut tentang inisiatif GTSP Petron dan bagaimana usaha ni boleh bantu korang dan ahli masyarakat yang lain? Layari Petron untuk info lanjut!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.