Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Virus Boleh Melekat Selama 2 Hari Lamanya Pada Baju! Baju Kotor Pun Boleh Membahayakan Tau!

Sampai je rumah, terus cuci baju yang telah dipakai!
Dayana Sobri
17 Sep 2021, 05:40 PM

virus boleh melekat selama 2 hari lamanya pada baju! baju kotor pun boleh membahayakan tau!

Kredit: odua/Freepik.com

Sejak PKP bermula, ramai orang mula bekerja dari rumah. Sebilangannya memandang enteng kebersihan baju yang dipakai, dan memilih untuk memakai baju yang sama berulang-ulang selama 2-3 hari berturut-turut. Yelah, duduk rumah je kan?

Tapi tindakan ini sebenarnya salah! Walaupun kamu tak keluar ke mana-mana, memakai baju yang sama lebih daripada dua hari boleh menjejaskan kesihatan tau! Berikut adalah antara sebab kenapa kamu tak boleh pakai baju yang sama berulang kali:

#1 Kuman dan virus yang melekat pada baju boleh tersebar di seluruh rumah

Kuman dan virus yang melekat pada baju yang dipakai boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain, terutama sekali bila kamu duduk di kerusi atau sofa atau bersentuhan dengan orang rumah, seperti berpeluk.

#2 Memakai pakaian dalam yang sama boleh menyebabkan jangkitan yis

Jangkitan yis bukan hanya terjadi kepada wanita; lelaki juga boleh terkena jangkitan ini. Jangkitan yis boleh berlaku jika terdapat pembiakan kulat Candida Albicans yang berlebihan pada pakaian dalam yang dipakai. Semakin kotor pakaian dalam anda (sebab terlalu lama sangat dipakai), semakin banyak pengumpulan yis.

#3 Memakai pakaian dalam yang sama boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing

Bakteria merupakan penyebab utama jangkitan saluran kencing. Menurut KKM, kebanyakan kes jangkitan saluran kencing disebabkan oleh bakteria seperti E. coli (80%-85%) dan S. saprophyticus (5%-10%). Jadi, elakkan memakai pakaian dalam yang sama berulang-ulang!

#4 Memakai pakaian yang sama boleh menyebabkan jangkitan kulat

Menurut KKM, kulat adalah sejenis kuman yang boleh didapati di mana-mana bahagian badan kita seperti rambut, kulit dan kuku. Ia hidup di tempat yang hangat dan lembab, termasuklah pakaian yang dibasahi peluh dan kasut yang dipakai.

Kalau kamu tak jaga kebersihan diri dan selalu pakai pakaian yang sama berulang kali, kamu berisiko terkena Tinea corporis (jangkitan kulat pada badan), Tinea manuum (tangan), atau Tinea pedis (kaki) yang juga dipanggil ‘athlete’s foot’.

#5 Risiko terkena jangkitan virus COVID-19

virus boleh melekat selama 2 hari lamanya pada baju! baju kotor pun boleh membahayakan tau!
Kredit: The Lancet Microbe

Menurut kajian The Lancet Microbe, virus COVID-19 yang melekat pada permukaan baju/kain boleh hidup selama dua hari lamanya tau! Jadi kalau kamu pakai baju yang sama berulang kali, kamu sekeluarga berisiko terkena jangkitan virus COVID-19.

Terutama kalau ada ahli keluarga yang keluar rumah untuk beli barangan keperluan atau keluar menemui rider yang menghantar makanan atau barang yang dipesan. Tanpa kamu sedari, kontak dengan orang luar ini berkemungkinan menyebabkan virus yang ada melekat pada baju.

Jadi elakkan memakai baju yang sama lebih daripada sehari, dan pastikan kamu sentiasa mencuci pakaian dengan teliti. Kalau nak baju bersih yang 99.9% bebas daripada virus COVID-19, apa kata kamu guna pencuci baju TOP?

virus boleh melekat selama 2 hari lamanya pada baju! baju kotor pun boleh membahayakan tau!

Kredit: TOP Malaysia

Dengan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi di Malaysia, memilih pencuci baju yang dapat membersihkan baju dan juga boleh melindungi keluarga kita amat penting sekali. TOP merupakan penyelesaian menyeluruh yang bukan saja menyingkirkan kotoran, tetapi juga menghilangkan virus dan bakteria dengan berkesan.

Ia terkenal dengan perjuangan konsep kehidupan bersih menyeluruh melalui inovasi teknologi pencuci pakaian yang berterusan.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP yang baharu dengan Anti-Microbial Tech oleh Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria* secara berkesan.

Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.

Ia mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan menggabungkan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti-bau hapak, anti-debu hama*, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria* untuk perlindungan optimum.

Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, di samping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan kekal segar. TOP juga telah disahkan halal oleh JAKIM.

Jom dapatkan pencuci baju TOP ni di pasaraya dan kedai runcit yang terdekat!  Kamu juga boleh dapatkannya secara online di Shopee.

Untuk info lanjut tentang TOP, layari di sini.

* Berdasarkan ujian makmal bebas di Jepun.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}