Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Betul Ke Cara Korang Pilih Masker Selama Ni?

Ke main ikut-ikut je member beli?
Editor
05 Jul 2019, 08:00 AM

betul ke cara korang pilih masker selama ni?

Kredit: Pexels

Dalam seminggu, berapa kali korang pakai masker? Dan banyak-banyak masker di pasaran tu, macam mana korang pilih masker yang terbaik untuk kulit terutamanya korang yang mempunyai kulit jenis sensitif?

Takukah korang setiap masker tu dihasilkan untuk jenis kulit tertentu, jangka masa pemakaian yang tertentu dan jika korang main guna je boleh sebabkan iritasi kulit? Jom check out, selama ni betul ke tidak cara korang pilih dan pakai masker.

1. Masker Krim

Untuk korang yang mempunyai kulit jenis normal atau kering, masker krim mengandungi minyak dan pelembap yang meresap jauh ke dalam kulit untuk menggantikan sel kulit kering serta bertindak sebagai ejen anti penuaan dan melembutkan kulit.

Korang boleh check out kat sini untuk tengok masker anti penuaan dan kat sini untuk masker yang berfungsi melembapkan kulit .

2. Masker Tanah Liat & Arang

Sesuai untuk yang berkulit berminyak, jenis kombinasi atau berminyak di sekitar zon-t. Tanah liat dan arang bertindak menyerap lebihan minyak, melembap dan membersihkan liang-liang tersumbat. Untuk yang berkulit normal atau berminyak, masker ini bertindak untuk memulihkan, detoksifikasi, menganjalkan dan menghidratkan kulit. Korang boleh bersihkan sisa-sisa masker pada muka dengan menggunakan air suam dan lap muka dengan kain. Biarkan seketika dan bekas masker tu senang ditanggalkan.  

Make sure korang check kandungan masker dulu sebelum beli ya. Ada banyak pilihan masker mengikut kulit. Antara masker yang boleh korang beli termasuklah untuk menghidratkan kulit untuk mencerahkan muka  dan untuk membersihkan wajah.

3. Masker Gel

Masker ni sejuk dan rasa tenang je, baik untuk korang yang kulit jenis kering dan sensitif. Masker gel mempunyai tekstur lembut dan mudah diserap dan kebiasaannya dibuat menggunakan bahan-bahan seperti timun dan teh hijau. Kandungan kolagennya tinggi dan mempunyai antioksida yang membantu proses baik pulih kulit.

Yang nak cuba tu bolehlah check out kat sini .  

4. Masker Sheet

Masker jenis ni biasanya dihasilkan daripada kertas atau kapas yang akan menyerap ke dalam kulit.  Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit tetapi kalau kulit korang jenis sensitif, make sure korang baca dulu bahan-bahannya dan pilihlah yang menggunakan bahan semulajadi bagi mengelakkan iritasi.

Antara masker jenis ini yang ada di pasaran termasuklah ini  dan ini.

 

5. Masker Peel-Off

Sesuai untuk semua jenis wajah. Masker jenis ini mengeluarkan sel kulit mati dan membersihkan pori serta mencerahkan kulit dengan pantas. Secara tidak langsung dapat menghalang pertubuhan jerawat. Boleh bersihkan jerawat yang disebabkan bakteria dan kekotoran.

Bolehlah pilih masker yang ni  ke atau yang ni  untuk korang.

Ha, so sekarang korang dah boleh decide ke masker mana yang sesuai dengan kulit korang? Untuk yang kulit sensitif tu make sure korang baca dulu bahan-bahan dalam masker dan pilih bahan semulajadi tau.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}