Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

6 Benda Ni CONFIRM Boleh Tingkatkan Peluang Korang Nak Dapat Kerja!

Nak cari kerja zaman pasca-pandemik ni memang mencabar gais!
Dayana Sobri
15 Feb 2022, 11:47 AM

Artikel ini ditaja oleh JobStreet Malaysia

6 benda ni confirm boleh tingkatkan peluang korang nak dapat kerja!

Kredit: katemangostar/Freepik.com; Edit: ERA

Zaman pasca-pandemik ni, makin mencabar pulak nak cari kerja. Korang yang baru grad atau bakal grad, jangan putus asa! Nak cari kerja pun kena rajin ‘bekerja’ juga agar peluang diterima kerja semakin cerah.

Tapi, dengan ribuan graduan muda yang tengah cari kerja, macam mana nak tampil menyerlah agar bakal majikan tertarik ya?

Jom ikuti beberapa tip mantap ni: 

#1 Baca iklan kerja kosong yang korang minati dengan teliti 

Walau macam mana pun terdesaknya korang nak cari kerja, jangan terlalu terburu-buru nak mohon macam-macam jawatan yang ada. Kena baca iklan kerja dengan teliti supaya korang boleh pastikan yang korang memenuhi kriteria tertentu (tak perlu penuhi semua kriteria pun tak apa, asalkan ada 3-5 dah memadai, terutama fresh grad). Kalau banyak yang match, bolehlah proceed.                                                   

#2 Pastikan resume korang rapi, teratur, dan padat dengan info yang berguna 

Bergantung kepada bidang pekerjaan yang korang nak ceburi, lebih selamat kalau resume korang tu mempunyai rekaan yang ringkas, rapi, dan teratur (kecuali bidang seni kreatif). Tak perlu susah-payah buat resume from scratch; guna je template-template sedia ada yang siap dipakai dan percuma di canva.com ni. Bila dah pilih template yang sesuai, pastikan semua info yang penting dah lengkap.

#3 Highlight kemahiran-kemahiran terbaik korang yang padan dengan job scope 

Setiap orang mempunyai kemahiran yang berbeza. Serlahkan kemahiran korang yang unik dan mungkin berguna untuk majikan. Jangan lupa sertakan kemahiran soft skill (contohnya kebolehan berkomunikasi dan kerjasama) dan hard skill (contohnya coding, mereka grafik) sekali sebab kedua-duanya sama penting.

#4 Pastikan korang fikir dengan teliti sebab kenapa korang mohon pekerjaan tersebut 

Kebanyakannya masa pemohon kerja ditemu ramah, mesti majikan akan tanya soalan cepumas ni, “Kenapa awak nak bekerja di syarikat kami?” dan yang sewaktu dengannya.

Sebelum korang tergagap, baik fikir dengan teliti apa sebab utama korang nak kerja di company tu, dan kenapa pilih jawatan yang dimohon. Sebagai contoh, mungkin korang boleh jawab macam ni:

“Menurut analisa tentang perkembangan teknologi XX dalam tempoh X tahun yang akan datang, pekerjaan ini ialah asas kepada tercapainya matlamat XX pada tahun XX nanti. Sebab itulah saya percaya bahawa dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya ada, saya mampu membantu dalam bersama-sama mencapai matlamat tersebut.”

Haa, bunyi macam berilmiah kan?

#5 Pastikan bila nak hantar permohonan tu korang ikut arahan dengan betul dan tepat 

Iklan kata sertakan dua salinan IC, tapi korang bagi satu je. Dia minta letak cover letter attach as document, korang pulak letak dalam email subject. Arahan yang mudah pun tak boleh nak ikut betul-betul, macam mana majikan nak yakin dengan korang?

#6 Pastikan korang hantar dan tujukan permohonan kepada pihak yang berkenaan 

Kalau tahu pihak berkenaan yang akan mengendalikan urusan permohonan kerja ni, lagi lebih baik. Tapi kalau tak tahu siapa orangnya, pastikan korang tujukan permohonan tu dengan gelaran yang selamat, macam ‘Tuan/Puan’, ‘Hiring Manager’, dan yang sama dengannya.

Dah bersedia? Jom mohon kerja online di website cari kerja JobStreet sekarang! 

Portal cari kerja JobStreet Malaysia ni bukan je memaparkan lebih daripada 50,000 peluang pekerjaan, malah mereka turut menawarkan pelbagai sumber ilmu berbentuk artikel dan video serta tools yang boleh membantu korang dalam mencari pekerjaan!

macam mana nak tampil menyerlah dan tarik perhatian majikan bila mohon kerja?

Kredit: JobStreet Malaysia

Lepas dah check out semua sumber-sumber dan tools yang ada, cepat mohon online sekarang di laman web khas Let’s Get To Work JobStreet!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}