Kredit: lifeforstock/freepik
Diam tak diam hampir dua tahun kita jalani rutin kehidupan normal baharu. Banyak company yang mengambil inisiatif membenarkan pekerja Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi membendung penularan wabak. #StayHome, penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka sudah menjadi suatu kebiasaan. Sehinggakan ada yang terasa kekok jika terpaksa keluar bertemu orang.
Untuk pekerja yang BDR, usah gunakan tiket BDR untuk bermalas-malasan di atas katil dan mengabaikan banyak perkara termasuk kebersihan diri. Walaupun tidak berjumpa orang, kamu jangan sekali-kali ambil ringan perkara-perkara ini ya supaya produktiviti dan motivasi untuk bekerja dapat dioptimumkan.
#1 Fokus dan produktif
Gunakan sepenuhnya waktu bekerja untuk menyelesaikan kerja yang diberikan, membalas emel dan menghadiri mesyuarat maya supaya setelah tamat waktu bekerja, kamu boleh fokus pada keluarga.
#2 Persekitaran tempat kerja
Pastikan home office kamu selesa, ergonomik dan bebas daripada gangguan luar seperti bunyi televisyen atau kelas anak-anak. Gangguan-gangguan ini boleh menjejaskan fokus dan kualiti kerja. Tetapkan lokasi khas tempat kerja, bukannya bekerja di atas katil atau sofa.
#3 Kesihatan dan pemakanan
Tetapkan masa rehat dan makan. Usah terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kesihatan dan terlupa makan. Ada pula yang tidak henti mengunyah sambil buat kerja. Sekejap makan keropok, air manis, jus buah, kek, biskut dan sebagainya. Pengambilan makanan yang tidak terkawal ini membahayakan kesihatan. Pastikan juga kamu ambil sedikit masa untuk melakukan regangan dan senaman ringan.
#4 Keseimbangan antara masa bekerja dengan ruang peribadi
Kebiasannya mereka yang bekerja dari rumah akan bekerja lebih daripada masa yang sepatutnya berbanding jika mereka ke pejabat. Hal ini disebabkan tiada sempadan atau had masa yang jelas antara masa bekerja dan peribadi. Penting untuk kamu tetapkan sempadan dan patuh pada jadual bekerja yang ditetapkan.
#5 Kebersihan gigi
Siapa kata bila bekerja dari rumah kamu boleh abaikan kebersihan gigi? Walaupun tidak berjumpa orang, tetapi kamu masih perlu menghadiri mesyuarat dan bertemu secara maya dengan rakan sekerja. Bila gigi bersih dan putih, senyuman pun menjadi lebih yakin dan sudah tentu kamu sendiri bersemangat untuk on kamera dan meneruskan perbincangan. Betul tak?
Walaupun BDR, penting tau untuk kamu menjaga ketrampilan supaya kelihatan yakin terutamanya sepanjang panggilan video bersama teman sekerja dan bos. Selain mandi, sarung pakaian yang bersih dan bergosok, rambut disikat kemas, jika wanita oleskan solekan nipis pada wajah, pastikan juga gigi kamu bersih dan putih. Jika sebelum ini kamu kurang mengambil berat tentang penjagaan gigi, inilah masanya untuk berubah!
Macam mana nak gigi yang bersih dan putih?
Tak susah pun. Selain amalkan rutin memberus dan mencuci gigi, kamu kenalah pilih ubat gigi yang betul seperti Fresh & White Volcanic Whitening baharu yang diformulasikan dengan mineral volkanik Jepun.
Kredit: Fresh & White
Ubat gigi berflourida Fresh & White Volcanic Whitening dengan teknologi perisai anti-gula, ini bukan sahaja memutihkan gigi dengan kesan seawal dua minggu* tetapi pada masa sama memberikan perlindungan terhadap kaviti.
Fresh & White Volcanic Whitening baharu didatangkan dengan perisa pudina segar untuk memberi nafas segar yang berpanjangan. Bila gigi putih, kuat dan nafas segar, sudah tentu keyakinan kamu pun bertambah tinggi.
Jom dapatkannya sekarang di Shopee atau di farmasi dan pasaraya yang terdekat! Harganya berpatutan dan memang berbaloi! Dengan ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening, barulah senyuman bersinar-sinar, biar benar! Layari di sini untuk info lanjut!
*Berbanding ubat gigi flourida biasa
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.