Kredit: RawPixel.com
Adakah korang termasuk dalam golongan yang suka tangguh-tangguh bila nak bayar komitmen bulanan? Tak kisahlah pinjaman pelajaran ke, pinjaman kereta atau bil kad kredit. Bila korang dah tandatangani apa jua bentuk perjanjian kewangan, korang sebenarnya dah ada rekod berkaitan kesihatan kewangan korang tu.
Kesihatan kewangan ni adalah status kewangan korang, sama ada baik atau sebaliknya. Dan laporan kredit atau kewangan korang ni biasanya akan dijadikan rujukan oleh pihak pemberi pinjaman (contohnya bank) sebelum diorang tentukan sama ada korang layak atau tak dalam menerima pinjaman. Laporan kredit ni akan memaparkan segala info penting, termasuk skor kredit.
Skor kredit tu pula adalah penentu bagi kelayakan korang dalam mendapatkan pinjaman kewangan dan sebagainya. Lebih tinggi skor, lebih cerah peluang permohonan korang diluluskan. Terdapat at least tujuh tahap skor kredit, iaitu:
- Cemerlang: 744 – 850 (Peluang permohonan korang diluluskan bank adalah tinggi!)
- Sangat Bagus: 718 – 743 (Korang ada can nak dapat kelulusan)
- Bagus: 697 – 717 (Korang above average)
- Sederhana: 651 – 696 (Korang kena tingkatkan skor)
- Rendah: 529 – 650 (Peluang korang nak dapat kelulusan agak susah)
- Lemah: 300 – 528 (Peluang korang nak dapat kelulusan susah gila!)
- Tiada skor (Korang tiada rekod)
Jangan anggap remeh tau pasal kesihatan kewangan ni. Lagi awal korang jaga, lebih baik kewangan korang nanti. Ni antara kesan negatif terhadap korang kalau korang suka tangguh-tangguh nak bayar komitmen bulanan dan tak jaga kesihatan kewangan elok-elok:
#1 Permohonan pinjaman susah nak diluluskan bank
Laporan kredit biasanya mengandungi maklumat terperinci mengenai hutang seseorang, maklumat akaun untuk kad kredit dan pinjaman seperti rekod pembayaran, termasuk pembayaran tertunggak, had kredit, jumlah pinjaman, baki akaun dan pemohonan kredit.
Selain itu, kes-kes undang-undang dan kebankrapan, maklumat pengarah, perniagaan dan hutang dengan bukan bank juga disenaraikan di dalam laporan kredit. Bank dan pemberi pinjaman merujuk maklumat ini dalam proses penilaian kredit sebelum meluluskan sebarang permohonan kredit seperti kad kredit dan pinjaman.
#2 Peluang nak sewa rumah agak sukar
Kepentingan mempunyai laporan kredit yang baik tidak terhad kepada produk kewangan je tau. Tuan rumah pun mungkin akan menyemak laporan kredit bakal penyewa rumah untuk memutuskan sama ada nak sewakan hartanah mereka atau tak kat korang. Rekod pembayaran di dalam laporan kredit menunjukkan tabiat pembayaran komitmen, kemampuan dan kesediaan korang untuk membayar sewa tepat pada waktunya.
#3 Peluang nak diterima bekerja sukar kerana majikan kurang yakin
Jangan terkejut, terdapat juga sebilangan majikan yang akan memeriksa laporan kredit pemohon sebagai sebahagian daripada proses permohonan pekerjaan. Antara sebabnya ialah majikan nak tahu sama ada korang jenis yang bertanggungjawab atau tak dalam berpegang kepada janji, selain nak pastikan sama ada korang ada kes undang-undang berkaitan kewangan atau tak.
#4 Dikenakan kadar faedah dan pembayaran bulanan yang lebih tinggi
Dalam kes di mana pinjaman korang diluluskan namun laporan kredit korang masih kurang memuaskan, kadar faedah pinjaman akan lebih tinggi sehingga meningkatkan jumlah pembayaran bulanan korang. Bayaran ansuran bulanan yang dikenakan adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai laporan kredit yang baik. Laporan kredit yang baik mencerminkan pengurusan kewangan dan tahap kesihatan kewangan yang bagus.
#5 Simpanan di hari tua korang akan terjejas
Sebab masa muda korang disibukkan dengan menyelesaikan hutang yang tinggi, ini akan menjejaskan simpanan korang di hari tua lepas dah bersara nanti. Korang sanggup ke nak bekerja sampai umur dah lebih 60 tahun?
Haa, macam mana? Scary kan kalau tak jaga kesihatan kewangan baik-baik? Sebab tulah korang kena beri perhatian mulai sekarang kalau tak nak kehidupan korang terjejas di kemudian hari.
Jom dapatkan laporan kredit MyCTOS dengan CCRIS secara PERCUMA sekarang!
Musim Covid-19 dan ketidakpastian yang timbul semasa pandemik ini adalah masa terbaik untuk kita periksa tahap kesihatan kewangan. Laporan kewangan ini bukanlah tentang berapa jumlah wang yang korang ada, tetapi membolehkan korang tau kesihatan kewangan supaya dapat merancang dan menguruskan kewangan dengan lebih baik.
Untuk membantu rakyat Malaysia menuju ke arah kesihatan kewangan yang lebih baik, CTOS melalui kempen CTOS Cares, iaitu salah satu inisiatif CSR syarikat kini menawarkan laporan MyCTOS dengan CCRIS secara PERCUMA dari sekarang hingga 31 Ogos 2021 kepada semua rakyat Malaysia yang tak pernah buat semakan sendiri CTOS.
Kredit: CTOS Malaysia
Antara maklumat yang ada di dalam laporan MyCTOS dengan CCRIS korang ialah:
- Bayaran Tertunggak (BNM CCRIS)
- Permohonan pinjaman baru (BNM CCRIS)
- Semua pinjaman dan kad kredit (BNM CCRIS)
- Pinjaman Pendidikan PTPTN (BNM CCRIS)
- Rekod pengarah dan perniagaan (SSM)
- Kes undang-undang dan kebankrapan
- Hutang dengan bukan bank
Untuk mula dapatkan laporan percuma, korang kena daftar akaun CTOS ID tanpa sebarang kos dengan 3 langkah mudah ni:
- Layari http://www.ctoscredit.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih CTOS dan klik 'Daftar'.
- Lengkapkan proses pendaftaran dengan mengisi semua butiran.
- Tunggu akaun korang disahkan.
Lepas akaun CTOS ID korang disahkan, korang boleh log masuk dan mengakses laporan percuma korang melalui papan pemuka CTOS dan emel korang! Haa, senang je kan?
Still rasa ragu-ragu? Oklah, selain daripada mengetahui kedudukan kredit dan memahami keadaan kewangan, mengakses dan menyemak laporan kredit secara berkala dapat memberikan manfaat-manfaat macam:
- Memudahkan korang menguruskan kewangan agar sentiasa berada pada tahap kesihatan kredit yang baik. Senanglah untuk korang rancang & buat bajet kewangan seperti memutuskan sama ada korang perlu memohon pinjaman baru, moratorium atau memerlukan pengurangan ansuran bulanan yang sedia ada;
- Mengesan sebarang tanda kecurian dan penipuan identiti;
- Memeriksa sama ada terdapat kes undang-undang atau kebankrapan didaftarkan atas nama korang;
- Memperbaiki sebarang ketidaktepatan maklumat yang mungkin timbul; dan
- Meningkatkan peluang korang mendapatkan kredit/pinjaman yang diperlukan.
Kredit: CTOS Malaysia
Ayuh mulakan langkah pertama dalam mengetahui tahap kesihatan kewangan korang dengan menyemak laporan kredit MyCTOS. Lebih daripada 1.3 juta rakyat Malaysia telah mendaftar semakan CTOS. Korang tunggu apa lagi? Jomlah daftar sekarang!