Artikel ini ditaja oleh WonderLab
Kredit: wayhomestudio/freepik
Celik je mata, ada macam-macam kerja nak kena buat kan? Ada yang kena prepare makanan untuk famili, ada pula yang kena uruskan ‘anak-anak bulu’, nak siapkan assignment, nak prepare untuk meeting dan presentation, dan tak kurang juga yang nak kena keluar awal untuk elak kesesakan jalan raya. Penat? Memanglah penat, terkejar-kejar masa setiap hari dari pagi hingga ke malam.
Tapi walau sibuk dan penat macam mana sekali pun, kenalah pastikan korang tak abaikan keperluan dan penjagaan diri tau. Selain jaga kebersihan dan penampilan, kenalah pastikan korang luangkan masa untuk jaga kulit wajah agar kekal awet muda, bersih, bebas noda dan anjal.
Cuma itulah, bila rutin harian padat dan kita sendiri terkejar-kejar masa, sukar untuk kekal dengan rutin yang satu ni.
Kredit: Freepik
Apa langkah mudah penjagaan wajah untuk mereka yang sibuk
Antara banyak-banyak jenis dan produk penjagaan wajah, mana satu yang kita kena guna setiap hari? Produk mana pula nak kena guna sekali sekala?
#1 Jangan lupa gunakan produk-produk ni setiap pagi
Walau sibuk macam mana pun, pastikan korang cuci muka dengan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit, kemudian gunakan penyegar muka, serum bagi mengembalikan kerosakan kulit wajah akibat sinar UV dan pencemaran persekitaran, pelembap dan tabir suria sebelum korang oleskan mekap pada wajah.
#2 Lakukan rutin ini sebelum korang tidur
Rutin penjagaan kulit pada waktu malam ni penting tau. Kulit perlukan sebanyak mungkin nutrien dan bahan aktif sebab pada waktu malam inilah sel kulit mati akan digantikan dengan sel baharu. So, ini antara rutin yang korang kena buat sebelum tidur:
- Pastikan korang bersihkan solekan dengan makeup remover terlebih dulu.
- Kemudian, cuci muka dengan pembersih wajah.
- Sapukan muka dan leher dengan penyegar (toner) kemudian oleskan krim malam.
- Akhiri rutin korang dengan serum dan pelembap.
#3 Ini rutin yang korang kena lakukan setiap minggu
Tak sempat nak ke salon? Korang scrub je muka korang sendiri di rumah, seminggu dua kali dah memadai. Skrub ni penting untuk membuang sel kulit mati supaya tak menutupi pori.
Korang juga boleh gunakan masker muka dan juga masker di bawah mata untuk kurangkan kesan hitam bawah mata dan garisan kedutan.
Paling penting, nak dapat kulit yang cantik korang kena pastikan produk yang korang guna tu boleh menghidrasi, melegakan dan menenangkan kulit korang… macam WonderDewi Cica Series yang terdiri daripada Cleansing Gel, Makeup Remover, Gentle Scrub, Toner, Gel Moisturiser dan Sunscreen!
Apa Tu WonderDewi Cica Series?
#1 WonderDewi Cica Series diperbuat daripada Centella asiatica, bahan semulajadi dengan sifat penyembuhan dan penjanaan semula yang dikenali sebagai "rumput harimau" atau Cica yang membantu penjanaan semula sel dan membaiki kulit.
#2 Selain bertindak menguatkan lapisan penghalang kulit, menjadikan kulit berdaya tahan terhadap bakteria dan kekotoran persekitaran, Cica mempunyai elemen menenangkan, menghidratkan dan melegakan. Menjadikannya sesuai untuk merawat semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
#3 Cica yang terdapat dalam WonderDewi Cica Series diekstrak secara tradisional menggunakan air sejuk diikuti dengan proses membancuh 24 jam bagi memaksimumkan sifat penyembuhannya. Kadar kelembapannya juga dioptimumkan menggunakan teknik Perahan Cica 0°.
#4 Produk ni juga bebas paraben, tiada minyak mineral, tiada pewangi dan tiada bahan berasaskan haiwan.
#5 WonderDewi Cica Series menggabungkan bahan semulajadi dengan kaedah pengekstrakan mesra kulit untuk memberikan asas penjagaan kulit yang sesuai dengan gaya hidup!
Nak gunanya pun mudah dan tak banyak step. Sesuai sangat untuk korang yang aktif dan sibuk.
Jomlah dapatkan WonderDewi Cica Series sekarang!
Untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan WonderDewi Cica Series, layari WonderLab atau hubungi Ejen WonderLab hari ini! Sempurnakan asas anda, kulit cantik berseri.