Kredit: jcomp/Freepik & freepic.diller/Freepik
Sama ada korang wanita atau lelaki, rutin penjagaan kulit yang teliti penting demi menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Tapi, adakah korang tahu yang rutin bagi waktu siang dan malam tak boleh sama? Jom ketahui lebih lanjut kenapa rutin bagi waktu siang dan malam tak boleh sama.
Rutin penjagaan kulit di waktu pagi/siang
Oleh kerana proses pemulihan dan pengelupasan semulajadi yang berlaku semasa korang tidur, membersihkan wajah korang ketika bangun tidur membantu membuang toksin, sel kulit mati dan minyak berlebihan yang mungkin dikeluarkan oleh kulit ketika korang tidur semalaman.
Beri peluang untuk kulit korang bernafas dan segar semula pada permulaan hari agar produk kulit yang digunakan mampu menembusi kulit dengan lebih baik. Ini turut membantu dalam mendapatkan kulit yang lebih halus dan berseri.
Rutin penjagaan kulit di waktu malam
Mencuci wajah pada setiap malam lebih daripada sekadar menghilangkan kesan mekap selepas seharian bekerja. Begitu juga buat korang yang tidak memakai alat solek.
Sangat penting untuk mencuci muka dengan pembersih (cleanser) di waktu malam bagi memulihkan kulit setelah satu hari terdedah kepada pelbagai kotoran.
Perubahan fisiologi tertentu pada kulit berlaku pada waktu malam, dan kalau terdapat kotoran pada permukaan wajah, ia akan membantutkan pembaharuan kulit, dan seterusnya menyebabkan kulit terlihat kusam.
Tambahan lagi, suhu kulit meningkat pada waktu malam yang menyebabkan kulit kehilangan banyak kandungan air. Jika korang tak bersihkan kulit, pelembap yang digunakan tak berkesan dalam membantu memberi kelembapan pada kulit semasa korang tidur. Sia-sia je nanti.
Jadi penting untuk menjaga kulit dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik dua kali sehari pada setiap hari, di samping menggunakan produk yang bersesuaian. Korang tau tak nak guna produk apa yang sesuai, terutama kalau korang ada kulit jenis sensitif?
Korang pernah dengar tak tentang Magic Cleanser dan Set 5-In-1 Deeja Cosmetic?
Yang dah lama nak dapatkan Set Deeja 5 dalam 1 ni, ini lah masa yang uolls boleh dapatkan pada harga jimat 😍 Set Deeja...
Posted by Deeja Cosmetic HQ on Sunday, 20 December 2020
Tak kisahlah kulit korang jenis berminyak ke apa, produk-produk penjagaan kulit oleh Deeja Cosmetic ni ada beberapa kelebihannya yang tersendiri tau.
Magic Cleanser Deeja Cosmetic membantu menyingkirkan minyak berlebihan, melembapkan kulit wajah dan membersihkan liang pori kulit muka dan wajah secara menyeluruh, dan menghilangkan kotoran di wajah dengan lebih optimum.
“Silicone brush.. Apa tu? Best ke cuci muka guna tu?” Best sangat youuu! Selalu you cuci muka guna apa? Guna tangan dan...
Posted by Deeja Cosmetic HQ on Monday, 30 November 2020
Cleanser ni memaparkan silicone brush dengan penutup kunci dan didatangkan dalam bungkusan tiub. Cara nak guna senang je. Lepas basuh muka boleh terus guna cleanser ni untuk membuang sisa-sisa kotoran di muka. Pakai di pagi hari sebelum keluar dan malam setelah balik ke rumah.
Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic . Dirumus khas dari bahan2 semulajadi yg berkualiti tinggi seperti ekstrak Papaya,...
Posted by Deeja Cosmetic HQ on Sunday, 6 December 2020
Kalau nak lagi lengkap, bolehlah cuba Set 5-In-1 Deeja Cosmetic yang terdiri daripada Sabun pembersih wajah, Toner nano, Sun cream, Zulai cream, dan Laika cream.
Dengan lima produk ni untuk penggunaan siang dan malam, ia membantu menyelesaikan semua jenis masalah kulit wajah, contohnya seperti jerawat dan jeragat, di samping mencerahkan kulit.
Yang paling penting, sebelum start pakai Set Deeja ni, pastikan jenis masalah kulit dulu, lepas tu bolehlah hubungi HQ untuk tanya cara penggunan Set 5-in-1 Deeja Cosmetic ni. Teksturnya pun sangat lembut dan membantu dalam penjagaan kulit wajah tak kira perempuan atau lelaki.
Korang boleh dapatkannya di semua toko jamu dan ejen yang sah. Kalau nak tau lebih lanjut tentang semua produk ni, korang boleh “LIKE” dan “FOLLOW” laman Facebook atau Instagram Deeja Cosmetic.