Kredit: benzoix/Freepik.com
Tak kiralah sama ada kamu punya rambut pendek, panjang, berwarna-warni, lurus, atau kerinting; semua orang harus cuci rambut. Tapi mungkin ramai di antara kita yang tak sedar kalau rutin penjagaan rambut yang sering dibuat setiap hari sebenarnya boleh merosakkan rambut. Salah satu contohnya ialah membalut rambut yang masih basah lepas je habis mandi.
Eh, kenapa pulak tak patut balut rambut yang basah lepas selesai mandi dan syampu rambut? Sebenarnya bukan tak patut, tapi kebanyakan orang lakukannya dengan cara yang salah sehingga menyebabkan rambut rosak. Jadi apa cara yang betul?
Cara betul balut rambut dengan tuala selepas cuci rambut
Sebilangan besar daripada kita biasanya akan membalut rambut dengan tuala lepas syampu rambut, tetapi membalut rambut dengan tuala selepas sahaja selesai mandi sebenarnya boleh merosakkan rambut. Ini kerana serat tuala yang kasar boleh menyebabkan kerosakan dengan cepat apabila bersentuhan dengan rambut yang masih basah.
Bukan itu saja, menggunakan alat pengering rambut juga boleh merosakkan rambut dengan cepat. Jadi elakkan daripada menggunakan pengering rambut secara kerap kalau tak perlu.
Sebelum kamu balut rambut, pastikan kamu gunakan tuala yang ada untuk keringkan rambut terlebih dahulu. Ikuti beberapa langkah mudah ni:
- Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian dan letak satu bahagian di tangan,
- Perah rambut yang ada di tangan sehingga air mengalir keluar dari rambut,
- Elakkan memerah rambut dengan terlalu kuat agar rambut tak mudah rosak,
- Selepas selesai memerah, biarkan rambut selama 3 minit,
- Biarkan rambut kering dengan semulajadi (memadai dengan menggunakan kipas bilik),
- Lap rambut dan pastikan rambut benar-benar kering,
- Lap bahagian akar rambut kerana ia memudahkan rambut kering dengan cepat (sengetkan kepala agar lebih mudah),
- Sikat rambut agar rambut kemas dan mudah dibalut,
- sebelum kamu sapukan produk pelindung rambut (seperti hair mask atau serum), pastikan sama ada produk itu mesti dipakai ketika rambut kering atau lembap; dan seterusnya
- Balutkan rambut menggunakan tuala atau kain yang menyerap kelembapan dengan baik (contohnya tuala microfiber atau cotton) dan biarkan selama 15-20 minit.
Untuk penjagaan rambut yang optimum, kamu boleh cuba guna syampu Emeron yang diformulasikan dengan teknologi Jepun ni bila nak syampu rambut ketika mandi.
Kredit: Emeron
Syampu Emeron ni dirumus khas dengan teknologi Jepun di mana ia dilengkapi dengan Active Provit Amino (Amino Acid + Multi Vitamin) yang membantu melembapkan rambut dari akar hingga hujung rambut bagi memastikan rambut sentiasa berkilau dan kulit kepala terasa segar serta bersih selalu!
Selain menyuburkan rambut dan sesuai dengan semua jenis rambut, ia mempunyai aroma yang menyenangkan dan terdapat dalam beberapa pilihan bau.
Jom dapatkan syampu keluaran LION Japan ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat ataupun di Shopee dan Lazada sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.