Kredit: Freepik
Dalam hal perawatan rambut, syampu merupakan salah satu perkara penting yang mesti ada dalam rutin. Di pasaran terdapat pelbagai jenis syampu yang dijual mengikut jenis dan keadaan rambut. Tapi sayangnya, masih ramai di antara kita tidak menggunakan syampu yang betul mengikut jenis dan keadaan rambut.
Kenapa korang tak boleh sesuka hati nak pakai syampu, walaupun berbau wangi, mahal dan berjenama? Sebab penggunaan syampu dan conditioner yang salah boleh menyebabkan pelbagai masalah atau kerosakan rambut, yang seterusnya menyebabkan korang terpaksa mengeluarkan belanja tinggi untuk merawat semula rambut.
Syampu yang salah merosakkan kulit kepala
Salah satu kerosakan utama disebabkan penggunaan syampu yang salah ialah kerosakan kulit kepala. Kulit kepala yang rosak akan gatal-gatal dan berkelemumur. Bukan itu saja, rambut korang juga menjadi bercabang atau lebih teruk lagi mudah gugur.
Syampu yang sesuai berfungsi dalam menyelesaikan masalah rambut tertentu, contohnya seperti kekeringan, kurang lebat dan memberi perlindungan warna. Secara keseluruhannya, ia membantu korang menjaga rambut dan memudahkan korang untuk menggayakan rambut.
Penggunaan syampu yang terlalu kerap boleh mengeringkan kulit kepala
Selain jenis syampu, penggunaan syampu yang terlalu kerap juga boleh mengeringkan kulit kepala. Kulit kepala yang terlalu kering akan menyebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan. Syampu yang memaparkan label seperti volumizing, strengthening, atau balancing biasanya berkesan dalam menyingkirkan sebum yang berlebihan.
Lihat warna botol dan label syampu bagi mengenalpasti syampu yang sesuai
Jangan pilih syampu sebab murah atau botol dia cantik je tau! Korang kena perhatikan juga warna botol dan label syampu tu untuk mengenalpasti syampu yang sesuai. Korang boleh tanya pakar rambut kalau kurang pasti tentang jenis rambut korang.
Dapatkan rambut yang sihat dan berkilau dengan mencuci rambut menggunakan syampu yang tinggi kandungan asid amino dan multi-vitamin seperti Emeron, syampu berkhasiat yang diformulasikan khas menggunakan teknologi Jepun.
Syampu ini diperkaya dengan asid amino dan multi-vitamin yang membantu dalam melembapkan dan menguatkan struktur rambut dari akar hingga ke hujung.
Asid amino pula penting bagi memastikan kulit rambut sentiasa sihat, membantu dalam pertumbuhan rambut, mengekalkan kesihatan dan kekuatan rambut dan memberi kelembapan dan kekuatan kepada rambut yang rosak ataupun normal.
Tampil cantik dan penuh keyakinan dengan rambut yang lebat, sihat dan berkilau bak model! Korang boleh dapatkan syampu Emeron ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat.
Terdapat enam jenis syampu Emeron, iaitu:
- Soft Smooth untuk rambut halus (botol merah jambu)
- Volume Control untuk perawatan rambut (botol ungu)
- Anti-Dandruff untuk merawat kelemumur dan kulit kepala (botol putih)
- Black Shine untuk rambut hitam berkilat (botol hitam)
- Damage Care untuk merawat rambut rosak (botol krim)
- Hair Fall Control untuk mengurangi rambut gugur (botol hijau)
Bercakap tentang warna botol, korang boleh menangi wang tunai RM200 hanya dengan meneka warna botol syampu Emeron yang betul!
Dengarkan ERA Sabah dan ERA Sarawak untuk menyertai peraduan ini. Penyampai ERA Sabah dan ERA Sarawak akan memberi penerangan tentang syampu, korang kena tunggu isyarat memanggil dan teka warna syampu dengan betul. Peraduan berlangsung mulai 9 sehingga 20 Disember ini, jadi jangan lepaskan peluang yang ada!
Untuk info lanjut tentang produk Emeron, layari di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.