Kredit: pressfoto/Freepik. Edit: ERA
Time pandemik yang masih belum reda sepenuhnya ni memang ramai yang dok terperap kat rumah kalau takde apa-apa urusan penting. Untuk korang yang prefer terperap di rumah tu, korang rajin bergerak dan bersenam tak?
Jangan asyik main game atau tengok TV je sepanjang hari tau. Kena kekal aktif agar badan sihat dan bertenaga. Kalau korang malas gila nak bersenam, ni trik mudah untuk korang buat:
#1 Buat rumah korang macam walking track
Banyak-banyakkan berjalan di dalam rumah. Tak kisahlah ke dapur ke, ke tandas ke; cuba kira berapa langkah yang korang ambil (boleh jejak pakai apps atau smart watch kalau ada).
#2 Naik turun tangga
Kalau rumah korang dua tingkat, bolehlah turun naik tangga beberapa kali. Tu dah kira exercise tau!
#3 Berdiri atau berjalan-jalan setempat bila borak dalam fon
Kalau korang ada call, korang boleh bercakap sambil berdiri atau berjalan-jalan setempat daripada duduk je sepanjang masa ketike belajar atau bekerja. Duduk lama sangat boleh membahayakan kesihatan tau! So kalau ada orang call, bangunlah jap. Lancarkan peredaran darah tu.
#4 Jalan-jalan dengan anak/adik kecil
Buat korang yang ada anak/adik kecil bawah empat tahun, cuba pimpin dia berjalan-jalan dalam rumah.
#5 Lipat baju sambil berdiri
Kalau tengah melipat baju, cuba berdiri agar darah di kaki berjalan lancar.
Senang je kan semua petua ni? Ready, set, jom kekal aktif!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.