Kredit: Pexels
Zaman mak ayah kita dulu, nak bercinta memang mencabar. Bila rindu tak boleh nak video call berjam-jam pada bila-bila masa. Nak belanja selfie tak boleh, poskad je mampu; itupun sampai berminggu kemudian!
Kita semua beruntung sebab hidup di zaman teknologi canggih yang memungkinkan segalanya, termasuklah komunikasi tanpa sempadan! So, walaupun korang berjauhan dengan pasangan, korang takdelah rasa terpisah sangat.
Jom check out macam mana nak eratkan lagi hubungan korang dengan pasangan:
TIPS #1 Kongsi kehidupan harian korang
Kalau nak stay in touch sepanjang masa, kenalah ada fon pintar dulu ye tak? Kalau tak macam mana korang nak buat semua ni hari-hari:
- Kongsi rutin harian masing-masing
- Bervideo call
- Hantar meme atau video lawak dekat si dia
- Belanja selfie untuk si dia
Nak lagi senang kan, korang kena guna peranti pintar macam HUAWEI nova 7i sebab efek video selfie dia disertai dengan filter TikTok, ditambah dengan fungsi AI Beauty bagi membuatkan selfie korang terlihat lebih natural.
Kredit: HUAWEI
Bukan tu je, fon pintar ni juga ada fungsi rakaman video khas yang boleh buat korang nampak lebih kurus tau!
TIPS #2 Kerja dengan cekap tanpa mengabaikan si dia
Jangan biarkan kerja menjadi halangan kepada hubungan korang, begitu juga sebaliknya! Walaupun korang atau pasangan korang sibuk bekerja, mungkin masing-masing masih nak tau perkembangan each other pada setiap masa. Tapi takkan nak berSMS memanjang je kan? Nanti bos nampak naya je.
Kalau korang nak tau, korang boleh padankan fon pintar HUAWEI korang ni dengan MateBook D 15 yang terbaru dan paparkan skrin fon korang tanpa wayar dalam laptop melalui fungsi Multi-Screen Collaboration. Sekarang korang boleh fokus terhadap kerja sambil bermesej dengan si dia pada waktu yang sama, tanpa dilihat oleh bos!
Kredit: HUAWEI
Korang juga boleh padankannya dengan HUAWEI Watch GT 2 (46mm), so lepas ni senanglah korang nak jawab panggilan fon, lihat mesej, kesan rentak jantung dan banyak lagi. Tak perlu risau kalau korang terlupa nak cas sebab baterinya boleh bertahan selama 14 hari. Kalau untuk Watch GT 2 (42mm) warna Gold ini juga boleh tahan hingga 7 hari.
Kredit: HUAWEI
Tambahan lagi, korang boleh setkan gambar korang dengan si dia sebagai wallpaper dalam jam tangan pintar ni!
TIPS #3 Sentiasa bersama walaupun berjauhan
Saat yang paling indah mestilah apabila korang dapat bertemu dengan si dia setelah sekian lama terpisah. Tapi kalau tak dapat, video call pun jadilah. Tapi kalau persekitaran korang bising tak bestlah nak bervideo call.
Apa kata korang gunakan HUAWEI FreeBuds 3 yang mempunyai fungsi Pembatalan Bunyi Aktif yang mudah digunakan?
Kredit: HUAWEI
Lepas korang pakai ni, korang berdua akan berada dalam dunia korang sendiri.
Mulai 14 Februari ni, korang dah boleh pra-tempah nova 7i. Bukan tu je, produk-produk HUAWEI yang lain pun dah boleh didapati, iaitu:
- Nova 5T (Crush Green) - RM1,399
- MateBook D 15 (8GB+256GB) - RM2,299
- Y7P - RM699
- FreeBuds 3 (Merah) - RM679
- WatchGT2 (42mm Rose Gold) - RM899
HUAWEI kini juga menawarkan pakej yang boleh diubahsuai mengikut bajet dan keperluan korang, contohnya macam untuk bekerja, belajar, bersenam atau melancong.
Dengan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE ni, korang boleh menikmati kadar faedah 0% dan juga yuran pemprosesan 0% sehingga 12 bulan pada harga serendah RM4.87 sehari*dari 22 Feb (untuk pakej nova7i)!
Jangan lupa pra-tempah HUAWEI nova 7i atau mengunjungi HUAWEI Official Flagship Store untuk pra-tempah tau! (sementara stok masih ada)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.