Kredit: Freepik
Korang tau tak, keju sebenarnya tercipta secara tak sengaja lebih dari 4,000 tahun yang lalu? Menurut legenda yang ada, keju tercipta bila susu yang disimpan dalam bekas yang diperbuat daripada perut haiwan telah berubah menjadi keju.
Ia disebabkan oleh enzim yang ada pada perut tersebut yang menyebabkan susu berpisah menjadi dua unsur, iaitu cecair dan pepejal. Pepejal inilah yang merupakan keju yang kita makan sekarang ni!
Kalau korang suka makan makanan barat macam spageti atau pizza, tak pun K-fry yang tengah trending gila sekarang ni, memang tak sah kalau takde keju! Kejulah salah satu bahan utama yang menyedapkan!
Nak tau lagi tentang keju? Check out empat fakta mengejutkan tentang keju ni yang bakal buat korang lagi suka nak makan keju:
#1 Orang alah laktosa boleh makan keju
Bagi korang yang alah laktosa, terdapat beberapa jenis keju yang korang sebenarnya boleh makan tanpa memudaratkan. Pastikan korang makan keju yang dah agak lama sebab ia kurang kandungan laktosa, contohnya macam Brie, Camembert, cheddar, Gouda, Muenster, Parmesan, provolone dan Swiss.
#2 Makan keju 30 minit sebelum tidur boleh bantu korang tidur
Menurut sebuah kaji selidik yang dibuat pada tahun 2005, orang yang makan keju 30 minit sebelum masuk tidur akan lebih senang tidur nyenyak. Ini kerana tryptophan, sejenis asid amino dalam keju, membantu dalam mengurangkan tekanan dan membuat rasa mengantuk dengan cepat.
Oh ya, dalam kaji selidik ni pun ada cakap yang keju cheddar boleh buat korang mimpi artis idaman! Haa best gila kan!
#3 Keju boleh mengelakkan pereputan gigi
Keju membantu dalam mengelakkan pereputan gigi, sebab ia meningkatkan aliran air liur dalam mulut sekaligus menghapuskan gula dan asid yang ada dalam mulut. Selain tu, keju pun ada bahan antibakteria yang melindungi enamel gigi.
#4 Keju mengandungi nutrisi yang amat tinggi
Selain tinggi dalam kandungan kalsium, keju juga mengandungi protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Kalsium pula penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
Kalau korang suka tambah keju dalam sandwich atau apa je makanan yang korang makan, apa kata korang try keju keping Chesdale ni?
Kredit: Fonterra
Chesdale mengandungi kalsium yang tinggi, dan kandungan kalsium yang ada padanya bersamaan dengan kalsium yang terdapat pada segelas susu! So kalau korang tak suka minum susu, bolehlah makan Chesdale ni sebagai alternatif!
Setiap kunyahan Chesdale merupakan campuran harmoni yang terdiri daripada tenusu yang berkhasiat dan tekstur yang lembut dan mudah cair dalam mulut. Mmmm memang dedap!
Korang boleh beli Chesdale 250g atau 500g ni di mana-mana pasaraya dan juga di HappyFresh!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.