Kredit: rawpixel.com
Sebut je pasal beg kulit, mesti dah terbayang beg-beg berjenama dan mahal, macam Bally, Bvlgari, atau Hermes. Beg kulit yang asli dan berkualiti tinggi boleh mencecah ribuan ringgit. Tapi tak semua beg kulit yang asli mahal gila sampai korang dah boleh beli rumah. Ada je yang mampu milik.
Buat korang yang ada beg kulit asli yang sederhana mahal, korang still kena jaga dengan penuh teliti walaupun ia berkualiti tinggi, sebab beg kulit ni sensitif sikit dengan persekitarannya. Kalau tak bagi perhatian nanti dia ‘merajuk’. Ok, ni cara nak jaga beg kulit yang senang gila:
#1 Guna produk pembersih khusus untuk beg kulit
Produk pembersih khas untuk kulit boleh digunakan. Tapi, elakkan pembersihan yang berlebihan dengan bahan kimia kerana ia boleh merosakkan. Ikuti arahan penggunaan yang ada.
Selain tu, jenis kulit yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza bergantung kepada bahan kimia dalam produk penjagaan beg kulit yang digunakan. So make sure produk yang korang guna tu sesuai dengan jenis kulit beg korang.
#2 Simpan beg kulit di bilik yang sejuk dengan aliran udara yang baik
Sama seperti kulit manusia, beg kulit memerlukan sedikit pengudaraan untuk mencegah kulat dan bau hapak. Simpankan ia di ruangan dengan aliran udara yang baik dan kelembapan rendah. Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kulat pada beg kulit. Keluarkan beg beberapa minggu sekali untuk mengelakkan kulat tumbuh.
#3 Jauhkan dari sinaran matahari
Jangan simpan beg kulit yang boleh terkena sinaran cahaya matahari secara langsung, sebab ia boleh mengeringkan dan seterusnya mengecutkan beg.
#4 Jangan simpan beg kulit dalam plastik
Beg kulit pun perlu bernafas, so penyimpanan beg kulit dalam bekas plastik tak digalakkan sebab ia boleh menyebabkan penambahan kelembapan, kulat, atau perubahan warna. Simpan beg korang dalam dustbag atau beg cotton yang boleh salurkan udara.
Ingat semua tips ni tau kalau korang sayang beg kulit korang tu. Kalau pandai jaga, ia boleh tahan bertahun lamanya. Bolehlah korang jimat duit dan tak perlu beli beg baru setiap kali beg lama rosak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.