Kredit: @foodpandamy/Instagram
Rasa-rasanya semua orang dah kenal dengan foodpanda yang comel ni kan? Bila pagi-pagi pergi kelas atau kerja atau petang-petang bila nak balik rumah, mesti ada nampak rider berbaju hot pink dengan thermal bagnya yang sama menyerlah! Dari jauh dah nampak, memang susah nak miss!
foodpanda sememangnya salah satu app pilihan foodies yang penat atau malas nak keluar kerana ia menawarkan pelbagai pilihan restoran yang berdekatan. Nak masakan Melayu? Cina? India? Western? Arab? Semuanya ada!
Tapi kan, korang tau tak selain daripada servis penghantaran makanan dan minuman, foodpanda sebenarnya menawarkan tiga lagi jenis servis yang lain? Servis-servis tu ialah Pick-Up, foodpanda shops dan pandamart:
Jom check out kelebihan setiap servis yang ada:
#1 Pick-Up
Dengan servis ni, korang tak perlu tunggu atau beratur lama bila pesan makanan. Masa itu emas, so better korang order dulu sambil buat kerja lain yang penting. Bila dah siap, datang je ke restoran tu. Bukan tu je, korang boleh nikmati diskaun sehingga 20% tau kalau guna Pick-Up!
#2 foodpanda shops
Kaki shopping atau korang yang terlalu sibuk dan takde masa nak keluar beli barang boleh guna servis ni (bergantung kepada lokasi, korang boleh search dan tengok apa pilihan kedai yang ada di area korang). Antara contoh kedai yang boleh didapati ialah farmasi, kedai bunga, 7-Eleven, FamilyMart, Marks & Spencer, Shell Select, dan Watsons.
So, tak kira barang apa yang korang cari, mesti ada pilihan yang menarik dalam foodpanda shops. Nak buat si dia happy? Hantarkan sejambak bunga dengan foodpanda! Mak asyik batuk-batuk? Hantarkan ubat batuk kepadanya dengan bantuan foodpanda. Terjumpa anak kucing yang kelaparan? Pesan je susu atau wet food untuk kittens dari pet shop yang berdekatan!
#3 pandamart
Dengan pandamart pulak, korang boleh beli barang dapur, barang kegunaan harian ataupun produk penjagaan diri macam syampu, tuala wanita, dan sebagainya. Pilihan kedai yang ada juga bergantung kepada lokasi korang, so search ikut alamat korang dan lihat apa yang ada. Dalam masa hanya 30 minit je, barang pesanan korang dah sampai! Servis pandamart ni dah boleh didapati di Lembah Klang dan Penang, dan mulai 24 November ni pulak, orang Johor juga bakal menikmati servis pandamart!
Nikmati keriangan dengan setiap pesanan foodpanda
Kalau korang sentiasa sibuk, foodpanda sememangnya memudahkan kehidupan harian korang so korang boleh fokus pada perkara yang lebih urgent, macam kerja atau jaga anak-anak, selain menjimatkan lagi masa yang berharga.
Tambahan lagi, semua servis foodpanda ni menawarkan pilihan “contactless delivery” demi keselamatan korang, lebih-lebih lagi di musim pandemik ni. Jadi, tunggu apa lagi?
Jom muat turun aplikasi foodpanda sekarang dan nikmati keriangan dengan setiap pesanan!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.