Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Apa Itu Anugerah PESP? Dan Apa Kelebihan Biasiswa Ni Berbanding Yang Lain?

Sebanyak RM3.3 bilion telah dilaburkan PETRONAS untuk anugerah PESP ni sejak tahun 1975 lagi!
Dayana Sobri

apa itu anugerah pesp? dan apa kelebihan biasiswa ni berbanding yang lain?

Kredit: PETRONAS

Buat korang yang bakal duduki SPM nanti, korang dah tau ke bidang apa yang nak diceburi? Kalau korang minat bidang-bidang macam biokimia, pentadbiran perniagaan (seperti pemasaran dan perniagaan), atau sains alam sekitar; apa kata korang check out biasiswa PESP PETRONAS?!

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) merupakan anugerah biasiswa berprestij yang diberikan kepada para pelajar lepasan SPM. Kalau korang nak tau, seramai 37,000 orang pelajar telah menerima biasiswa ni sejak tahun 1975 lagi! Wow!

Dan untuk tahun 2021 ini, seramai 301 lulusan SPM dengan keputusan yang cemerlang bakal menerima biasiswa ini. Selain UTP dan universiti tempatan, penerima biasiswa juga boleh melanjutkan pelajaran di universiti luar negara.

Nak tahu tak apa kelebihan lain buat mereka yang terima biasiswa ni?

#1 Program pembangunan pelajar agar mereka bernilai di pasaran kerja nanti 

PESP bukan sekadar biasiswa pendidikan yang menaja para pelajar dalam bidang-bidang tertentu sahaja; terdapat juga program pembangunan pelajar untuk menyediakan mereka supaya mampu bersaing di pasaran kerja yang semakin kompetitif dan mencabar.

Sejak tahun 1975, PETRONAS telah melaburkan sebanyak RM3.3 bilion untuk anugerah PESP ni. Dan pada tahun 2021, jumlah pelaburan ialah sebanyak RM120 juta.

Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, PETRONAS tetap konsisten melabur dalam pendidikan dan pembangunan modal insan agar negara dapat menghasilkan para pemimpin dan tenaga kerja yang berkebolehan di masa hadapan.

#2 Proses pemilihan penerima biasiswa PESP dijalankan sepenuhnya dalam talian 

Penerima PESP tahun ini dipilih daripada lebih 10,000 pemohon di seluruh Malaysia. Disebabkan oleh kawalan pergerakan, PETRONAS telah menjalankan proses pemilihan sepenuhnya secara dalam talian untuk dua tahun berturut-turut bagi semua calon yang disenarai pendekkan, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa negeri.

Selain pencapaian akademik yang cemerlang, PESP juga melihat kepada aspek seperti kemahiran kritikal dan pemikiran calon, dan PESP diharap mampu mendorong budaya yang membolehkan ketangkasan dan inovasi untuk mempersiapkan pelajar dalam pasaran kerja yang cepat berubah.

Selain silibus akademik dalam kelas, PETRONAS telah membina sejumlah program pembangunan untuk pelajar mereka. Ini untuk memudahkan para pelajar menyesuaikan diri, terutama dalam menghadapi cabaran seperti apa yang sedang berlaku sekarang ni.

Korang nak jadi sebahagian daripada penerima biasiswa ini? Layari di sini untuk info lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}