Kredit: jcomp/Freepik
Semua orang mengalami sakit gigi tak kira usia. Bila dah sakit gigi tu, rasa memang seksa ya amat. Tapi korang perasan tak, sakit gigi ni sebenarnya ada pelbagai jenis tau? Di antara empat jenis sakit gigi yang utama ni, mana satu korang pernah rasa?
#1 Sakit pedih yang berterusan
Kalau ada rasa ni, ia mungkin disebabkan oleh gigi bernanah, tabiat menggesek gigi (bruxism), atau terdapat partikel yang tersangkut di celah gigi. Korang boleh berjumpa dengan doktor gigi bagi pemeriksaan lanjut serta amalkan flossing dan berkumur setelah gosok gigi.
#2 Rasa sensitif dengan suhu sejuk atau panas
Kalau korang mudah rasa sensitif bila makan atau minum yang sejuk-sejuk atau panas-panas, ia mungkin berpunca daripada enamel gigi yang tak dijaga dengan baik. Gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif dan elakkan makanan dan minuman yang sejuk dan panas.
#3 Sakit yang terasa tajam
Kalau korang rasa macam ni, kena cepat-cepat jumpa doktor gigi tau. Ia mungkin berpunca daripada pengisian gigi yang dah longgar atau sarung gigi yang dah tercabut. Kalau korang takde kedua benda ni dalam mulut, mungkin puncanya ialah tulang gigi yang dah patah, gigi reput, enamel gigi retak, atau gigi berlubang. Cepat jumpa doktor gigi dalam kes ni!
#4 Sakit berdenyut yang teruk
Masalah gigi berdenyut ada beberapa tahap dan biasanya membuatkan kita rasa tak selesa. Kalau korang turut mengalami gejala lain seperti gusi yang berubah warna, gusi berdarah, atau rasa lain macam kat dalam mulut, segera dapatkan rawatan di klinik gigi.
Macam mana nak jaga gigi supaya sentiasa sihat?
Senang je. Jaga kebersihan dan kesihatan gigi dan mulut secara keseluruhannya. Dalam rutin penjagaan gigi korang, korang boleh gunakan ubat gigi anti-kaviti macam Fresh & White yang diformulasikan oleh LION Japan ni.
Kredit: Fresh & White
Dengan harga yang berpatutan, ia direka khas dengan teknologi perisai anti-gula bagi memberikan perlindungan berkesan terhadap kaviti agar korang dan keluarga mempunyai gigi yang lebih kuat, putih bersih, dan nafas yang berbau wangi.
Teknologi perisai anti-gula ni diformulasikan dengan dwi fluorida bagi membentuk ‘Perisai Anti-Gula’ di sekitar enamel gigi bagi memberikan perlindungan yang aktif terhadap serangan asid gula yang dihasilkan bakteria bagi mengelakkan kaviti dan nafas berbau.
Jom dapatkannya sekarang di Shopee atau di farmasi dan pasaraya yang terdekat!
Untuk info lanjut, layari di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.