Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

7 Trik Untuk Ambil Gambar Makanan Di Bulan Ramadan Ni

Senang je nak ambil gambar makanan macam pro!
Editor
29 May 2019, 12:48 PM

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Kredit: Huawei P30 and Huawei P30 Pro/Facebook

Bila time bulan puasa je, mesti banyak makanan-makanan menarik yang takde atau jarang ada di bulan-bulan lain, contohnya macam bubur lambuk, kuih pelita, lompat tikam, atau nekbat. Semua makanan ni berwarna-warni dan bukan je sedap untuk dimakan, malah menarik untuk dilihat juga!

Sementara tunggu waktu berbuka ataupun masa korang tengah hidangkan makanan untuk berbuka, apa kata korang ambil gambar-gambar makanan yang best dan share dengan followers korang kat IG? Ni tujuh trik untuk ambil gambar makanan di bulan Ramadan ni:

#1 Mana satu nak guna: angle dari depan atau atas?

Menurut pakar psikologi, angle gambar yang kita guna boleh memberikan kesan emosi dan perspektif yang berbeza kepada orang yang melihatnya. Kalau angle dari depan, ia bermaksud gambar tersebut mempunyai ciri-ciri yang telus dan penuh kejujuran. Manakala angle dari atas pula bermaksud terdapat sesuatu kekurangan yang ada pada subjek yang jurugambar ingin sorokkan.

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Tapi kalau gambar makanan pula, angle dari depan selalunya digunakan untuk memberi lebih fokus kepada makanan tertentu, manakala angle dari atas pula bagi menunjukkan semua makanan serta elemen lain yang ada pada permukaan. Terpulang korang nak guna yang mana, ikut kesesuaian.

#2 Jadikan makanan sebagai fokus – guna aperture untuk kaburkan background

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Aperture sangat membantu kalau korang nak kaburkan background dan fokus seratus peratus pada subjek, terutamanya kalau background korang tu nampak serabut dan tak kena dengan tema gambar. Contoh macam gambar di bawah ni, cuma betik dan croissant je yang tak nampak kabur:

#3 Guna ‘rule of thirds’ untuk cipta gambar dengan komposisi yang baik

‘Rule of thirds’ ialah benda basic yang sering diajar dalam kelas fotografi. Ia merujuk kepada sebuah imej yang dipecahkan kepada tiga bahagian (secara mendatar dan menegak) untuk dapatkan 9 bahagian. Contohnya macam ni:

 7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Dengan grid ni, senanglah korang nak pilih 4 subjek atau elemen utama yang terbaik untuk korang tangkap dalam gambar. Selain tu, ia memberikan keseimbangan kepada gambar. Tengok contoh di bawah (gambar dalam phone), ada banyak elemen tapi tak semuanya ditangkap dalam gambar namun gambar masih kelihatan seimbang dan tak serabut:

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Kredit: Huawei P30 and Huawei P30 Pro/Facebook

#4 Ambil gambar makanan dengan dekat – guna Super Macro untuk zoom in

Nak bagi tekstur makanan jelas kelihatan? Gunakan mode khas seperti Super Macro untuk zoom in. Segala lekukan, urat-urat, biji, dan lubang yang ada pada permukaan makanan terlihat jelas!

#5 Gunakan props sebagai elemen yang menarik

Kalau setakat nampak makanan je macam kurang menyerlah lah gambar. So, korang boleh gunakan props sebagai elemen tambahan yang menarik. Contoh props yang korang boleh gunakan ialah pasu bunga, cawan atau pinggan mangkuk berwarna-warni, alas pinggan, ataupun phone dengan casing yang berkilat-kilat macam Huawei P30 dan nova!

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

#6 Masukkan elemen orang bagi ‘menghidupkan’ gambar

Nak bagi gambar nampak lebih hidup, masukkan elemen orang. Contohnya tangan yang sedang memotong makanan atau mencucuk makanan, macam dalam contoh di bawah ni:

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

#7 Setkan meja makan dan gunakan Ultrawide bagi menangkap setiap elemen yang ada di meja

Dah susah-payah hidangkan makanan tu, ambillah gambar untuk dikongsi dengan yang lain! Gunakan Ultrawide supaya korang boleh tangkap setiap elemen yang ada pada meja makan. Dengan mode macam ni, takkan ada benda yang tercropped atau tak nampak dalam gambar.

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Ultrawide mode ni sangat sesuai kalau meja makan korang besar atau korang nak ambil gambar buffet masa berbuka di hotel. Confirm semua akan masuk dalam gambar!

Guna Huawei P30 atau nova untuk gambar yang secantik pro

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Korang yang kaki ambil gambar makanan tu better gunakan phone yang ada fungsi khas seperti Aperture, Super Macro, dan Ultrawide; yang semuanya ada pada phone Huawei P30 dan nova. Selain design dan warna dia yang cantik gila, ni beberapa kelebihan P30 yang mesti korang suka:

  • 50x Zoom – Objek atau subjek yang jauh gila pun boleh nampak tau. Tak caya? Baca artikel ni!
  • AI Calorie CounterFeature ni boleh kira pengambilan kalori korang masa makan supaya korang tak terlebih makan masa buka puasa nanti.
  • AR Measure – Boleh ukur panjang badan korang dengan tepat so korang boleh pilih baju mana yang paling sesuai dan padan dengan korang! Cool kan?
  • Super Charge 2.0 – Baru charge 30 minit je bateri dah hampir penuh iaitu sebanyak 70%.
  • Bateri yang tahan lama – Nak ambil gambar makanan atau video call dengan member-member sehari suntuk pun takpe, sebab bateri P30 yang tahan lama.
  • OneHop Sharing – Nak terus kongsi gambar makanan korang dengan member-member? ‘Scan’kan phone korang kat Matebook 13 dan gambar-gambar tu akan dikongsi immediately! Tengok betapa canggihnya feature ni:

Banyak lagi benda cool yang korang boleh buat dengan P30! Huawei juga ada promo sempena Ramadan ni. Korang boleh trade in phone lama korang untuk beli P30 dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Check out mana-mana kedai Huawei atau dalam talian untuk dapatkan P30 ni.

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Bagi nova pula, ada banyak sebab kenapa korang akan obses dengan siri nova ni! Kalau berminat, korang boleh beli phone nova di mana-mana cawangan kedai Huawei yang rasmi ataupun kedai Huawei dalam talian.

Kalau korang beli nova di kedai Huawei, korang boleh dapatkan HUAWEI Band 3 dengan percuma! Manakala pembelian Huawei P30 di kedai dalam talian atau kedai Huawei, korang akan dapat Wireless Charging Case! Selain tu, bagi pembelian Huawei P30 Pro pula, korang akan dapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada).

7 trik untuk ambil gambar makanan di bulan ramadan ni

Sempena Hari Raya, Huawei ada tawaran yang hebat apabila korang beli siri P30. Korang akan berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk memenangi Huawei M3 Lite dari 3 Mei hingga 16 Jun 2019. Untuk info lanjut, check out https://huawei-raya.com/.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}