Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Wah, Tak Sangka 7 Makanan Ni Sebenarnya Mengandungi Banyak Gula!

Jaga gigi elok-elok kalau suka makan dan minum manis.
Editor
08 Oct 2020, 08:00 AM

wah, tak sangka 7 makanan ni sebenarnya mengandungi banyak gula!

Kredit: Freepik

Ramai orang sangka kalau nak kurangkan pengambilan gula, elakkan makan manisan dan minum minuman soda berkarbonat dah memadai. Tapi sebenarnya agak mencabar untuk mengelakkan gula seratus-peratus sebab ia boleh dijumpai dalam hampir semua makanan, termasuklah makanan yang dianggap sihat.

Ni adalah antara makanan yang sebenarnya mengandungi banyak gula:

#1 Buah dalam tin

Buah dalam tin diawetkan menggunakan sirap gula, dan proses ni menyebabkan serat buah terhapus dan kandungan vitamin C pun turut berkurangan.

#2 Bijirin sarapan

Sesetengah bijirin sarapan, terutamanya yang untuk kanak-kanak, mengandungi gula yang banyak. Jadi pastikan korang baca dahulu label pada bungkusan bijirin sarapan tu sebelum beli.

#3 Sup segera

Sup segera biasanya mengandungi gula tambahan, dengan nama-nama seperti sukrosa, malt barli, dekstrosa, maltosa, dan sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS). Jadi pastikan korang baca bahan kandungan yang disenaraikan pada bungkusan sup dahulu.

#4 Bar protein

Lebih kurang sama seperti bar bijirin, bar protein ni biasanya mengandungi 20 gram gula tambahan, melebihi kandungan protein.

#5 Granola

Walaupun granola ni sejenis makanan yang menyihatkan, terdapat sebilangan granola yang mengandungi kalori dan gula tambahan yang tinggi. Jadi sebelum beli, pastikan korang baca label pada bungkusan granola terlebih dahulu.

#6 Yogurt rendah lemak

Yogurt rendah lemak tak terkecuali dalam mempunyai kandungan gula tambahan bagi meningkatkan lagi perisa yogurt.

#7 Kismis

Snek ni sering dimakan pelajar dan mereka yang ingin mengurangkan berat badan, tapi satu hidangan kismis (kotak kecil) saja mengandungi 24g gula.

Tak salah nak makan atau minum yang manis-manis, tapi kenalah makan secara berpada-pada sebab gula boleh dijumpai dalam hampir semua makanan yang ada, jadi agak mencabar untuk kita mengelakkannya seratus-peratus.

Jadi kalau nak elakkan gigi rosak, pastikan korang amalkan penjagaan gigi yang baik bagi mengelakkan kaviti. Salah satu caranya ialah dengan memberus gigi menggunakan ubat gigi yang bersesuaian, seperti ubat gigi anti kaviti Fresh and White.

wah, tak sangka 7 makanan ni sebenarnya mengandungi banyak gula!

Kredit: Fresh and White

wah, tak sangka 7 makanan ni sebenarnya mengandungi banyak gula!

Kredit: Fresh and White

Ubat gigi Fresh and White ni ialah pilihan yang terbaik bagi nafas yang segar dan gigi yang bebas daripada kaviti. Ia diformulasikan dengan double fluoride untuk membentuk perisai anti-gula di sekeliling enamel gigi bagi memberi perlindungan aktif terhadap asid gula yang dihasilkan oleh bakteria untuk mencegah kaviti.

Jom dapatkannya sekarang di pasaraya atau kedai runcit terdekat atau di Shopee!

Untuk info lanjut tentang produk ni, layari di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}