Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

10 Minit Je Dah Siap! Lengkapkan Juadah Berbuka Korang Dengan 6 Resipi Ringkas Ni

Tak perlu spend time berjam-jam kat dapur bulan puasa ni.
08 Apr 2022, 04:00 PM

Artikel ini ditaja oleh Marigold Peel Fresh

10 minit je dah siap! lengkapkan juadah berbuka korang dengan 6 resipi ringkas ni

Kredit: Marigold Malaysia & Canva

Ramadan kini kembali! Dengan berakhirnya fasa pandemik dan kita kini telah memasuki fasa peralihan endemik, diharap tahun ni dapatlah berbuka puasa dan beraya bersama dengan mereka yang tersayang (tapi jangan lupa SOP tau!).

Korang yang busy memanjang tu, terutamanya mak-mak berkerjaya dan student-student yang tinggal kat rumah sewa, apa kata korang try beberapa resipi simple ni yang boleh disediakan dalam masa 10 minit je untuk berbuka puasa:

6 resipi ringkas dan cepat untuk berbuka puasa 

Apa yang kita makan dan minum masa berbuka sangat penting agar kita kekal kuat dan bertenaga untuk meneruskan ibadat tarawih serta qiamullail dan tak mudah rasa lesu. Selain tu, kita kena pastikan juga pengambilan nutrisi dan vitamin yang mencukupi agar ibadat puasa berjalan dengan lancar.

Ayam Sos Tiram 

Bila masak untuk keluarga ni, kena puaskan perut semua orang. Ada yang nak pedas. Ada yang tak tahan pedas. Haa, hidangan ni confirm boleh buat semua happy!

Sardin Masak Lemak Cili Api Belimbing 

Masak lemak ni memang antara kategori masakan mudah! Sesuai sangat untuk korang yang suka sangat masakan pedas. Kalau korang tak berapa gemar makan sardin, boleh je tukar dengan ikan jenis lain, makanan laut atau ayam.

Kuetiau Goreng Udang 

Bosan asyik makan nasi dengan lauk je? Korang boleh cuba buat kuetiau goreng udang ni. Menu ringkas ni confirm siap dalam masa 10 minit je!

Cinnamon Roll Mudah 

Wow, tak sangka nak buat cinnamon roll ni senang dan cepat je rupanya! Bukan je jimat masa, jimat perbelanjaan jugak sebab cuma perlu 2-3 bahan je. Untuk yang selalu buang kulit roti tu, lepas ni dah tau la nak buat apa kan?

MARIGOLD Peel Fresh, Pelengkap Juadah Saat Berbuka Bersama 

10 minit je dah siap! lengkapkan juadah berbuka korang dengan 6 resipi ringkas ni

Kredit: Marigold Peel Fresh

Tak lengkap rasanya kalau tak berbuka dengan minuman yang berkhasiat. MARIGOLD Peel Fresh sememangnya ialah “Pelengkap Juadah Saat Berbuka Bersama” keluarga atau insan tersayang! Ia memberi kekuatan tenaga dengan mengisi semula nutrien dan vitamin setelah seharian berpuasa.

Jus yang kaya dengan pelbagai nutrien dan vitamin seperti vitamin A, C, E, dan antioksida ni enak untuk diminum masa berbuka puasa bagi mengembalikan nutrien yang hilang pada siang hari. Selain sedap diminum begitu je dengan juadah berbuka, korang boleh jugak menikmati MARIGOLD Peel Fresh sebagai smoothie dan pemanis mulut. Korang boleh try dua resipi ini:

PowerVeggies Berry Smoothie

10 minit je dah siap! lengkapkan juadah berbuka korang dengan 6 resipi ringkas ni

Kredit: Marigold Peel Fresh

(A) Bahan-bahan:

  1. MARIGOLD PEEL FRESH PowerVeggies & Fruit Juice, 1 cawan (sejuk)
  2. MARIGOLD Susu Segar, 1/2 cawan (sejuk)
  3. MARIGOLD Yogurt Asli Rendah Lemak, 1/2 cawan (sejuk)
  4. Strawberi 1/2 cawan (dikupas)
  5. Raspberi 1/4 cawan
  6. Ais (segenggam)

(B) Cara Penyediaan:

Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga kembang. Hidangkan segera.

Power Fruit Jelly 

10 minit je dah siap! lengkapkan juadah berbuka korang dengan 6 resipi ringkas ni

Kredit: Marigold Peel Fresh

(A) Bahan-bahan:

1. MARIGOLD PEEL FRESH PowerBerries jus, 500ml

2. Serbuk gelatin (halal), 4 sudu kecil

3. Beri campuran (raspberi, beri biru atau beri hitam), ½ cawan

(B) Cara Penyediaan:

1. Letakkan 100ml Jus Powerberries MARIGOLD PEEL FRESH dalam mangkuk kecil, kemudian masukkan sedikit serbuk gelatin (halal) sambil dipukul dengan garfu. Biarkan selama 5 minit sehingga adunan menjadi span.

2. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk kalis panas yang telah diisi air panas. Kemudian kacau untuk melarutkan gelatin (halal). Keluarkan mangkuk tadi dan biarkan ia menyejuk pada suhu yang sama seperti baki jus buah yang tinggal.

3. Gaul dan tapis ke dalam mangkuk.

4. Bahagikan buah beri ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan campuran jeli. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam.

Jom lengkapkan juadah berbuka puasa korang bersama MARIGOLD Peel Fresh! Korang boleh dapatkan MARIGOLD Peel Fresh ni di mana-mana pasaraya atau kedai runcit yang terdekat.

Selain tu, korang juga boleh dapatkannya online di laman web MARIGOLD, Shopee, dan Lazada. Untuk info lanjut tentang MARIGOLD Peel Fresh, korang boleh follow & like laman Facebook dan Instagram MARIGOLD Peel Fresh.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}