Kredit: Cocod’or
Korang tau tak, terdapat banyak kebaikan menggunakan aromaterapi dalam kehidupan harian? Terdapat banyak cara untuk menggunakan minyak pati ni, antaranya ialah secara topikal (sapu pada badan), dimakan, atau melalui diffuser (peresap).
Bagi penggunaan diffuser, ramai orang menggunakannya untuk menyingkir bau busuk bahkan menghalau serangga seperti nyamuk. Tapi sebenarnya terdapat beberapa kebaikan lain yang ramai orang kurang tau, antaranya ialah:
#1 Mengurangkan tekanan perasaan dan kegelisahan
Hampir semua orang pernah mengalami tekanan perasaan dan rasa gelisah. Tapi jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan sakit mental yang serius.
Bukan tu je, orang yang sering rasa tertekan dan gelisah juga berhadapan dengan sakit fizikal, seperti sakit perut, otot tegang, dan selera makan yang berubah. Dalam jangka masa panjang, ini semua boleh menyebabkan sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Diffuser minyak pati adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan, dan pendedahan terhadap minyak pati ni boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang membolehkan seseorang bertenang.
#2 Meningkatkan memori dan tumpuan
Menurut sebuah kajian tahun 2017 oleh Northumbria University, pelajar yang berada dalam bilik dengan diffuser minyak pati memperoleh hasil 5% hingga 7% lebih baik bagi ujian memori berbanding dengan pelajar yang tidak terdedah dengan aroma minyak pati.
#3 Meningkatkan kesihatan pernafasan
Selain membersihkan udara dalam bilik, diffuser juga boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan pernafasan. Diffuser dengan minyak pati jenis antibakteria, antispasmodik, dan ekspektoran berfungsi mengurangkan, menyembuhkan dan melindungi korang daripada masalah pernafasan.
#4 Membantu dalam mengawal berat badan
Diffuser boleh membantu dalam pengawalan berat badan dengan meningkatkan metabolisme, menyeimbangkan mood korang, mengawal kadar gula dalam darah, meningkatkan pencernaan dan mengekang selera makan yang berlebihan. Kalau korang nak kawal berat badan, pastikan juga penggunaan diffuser ni selari dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang aktif.
#5 Meningkatkan sistem ketahanan badan
Selain pemakanan yang sihat dan seimbang serta gaya hidup yang aktif, korang boleh juga menggunakan diffuser bagi meningkatkan lagi sistem ketahanan badan. Diffuser minyak pati membantu dalam menyokong sistem ketahanan badan dengan mengurangkan tekanan, menenangkan sistem saraf, meningkatkan imuniti dan menguatkan sistem pernafasan.
#6 Meningkatkan kualiti tidur
Kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada kita dari segi mental, fizikal dan emosi. Orang dewasa disarankan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi selama 7 hingga 9 jam. Kalau korang tak cukup tidur, mood akan jadi tak stabil, kurang daya tumpuan, cepat sentap, dan sebagainya.
Terdapat banyak diffuser minyak pati yang terapeutik bagi membolehkan korang tidur lagi nyenyak dengan bau-bauan bunga yang boleh merehatkan minda, sekaligus membuatkan korang lebih tenang dan menggalakkan rasa mengantuk.
Bercakap pasal diffuser dengan bauan bunga, apa kata korang check out koleksi diffuser Flower Series dan Reed Series yang ditawarkan oleh Cocod’or ni?
Kredit: Cocod’or
Menawarkan pelbagai diffuser yang wangi dan cantik, koleksi diffuser ni mudah dijaga dan tahan beberapa bulan lamanya tau! Memang jimat! Bila dah habis minyak patinya, korang boleh isi semula je dengan koleksi refill yang ada.
Kredit: Cocod’or
Antara bauan yang korang boleh try ialah Black Cherry, April Fresh, Pure Cotton, Lovely Peony, Rose Perfume, Floral Bouquet, Refreshing Air, Garden Lavender, dan English Pearfree.
Kredit: Cocod’or
Tambahan lagi, diffuser ni juga boleh mencantikkan lagi rumah dengan memberikan sentuhan kemewahan pada hiasan rumah korang. Kalau korang gemar menghias ruang, bolehlah letak diffuser sebagai hiasan yang praktikal!
Bukan tu je tau. Cocod’or juga menawarkan koleksi lilin wangi yang sama cantik dan harum seperti koleksi diffusernya. Lilin wangi juga memberikan kesan aromaterapi yang sama seperti diffuser, dan ia memberikan suasana yang romantik di rumah korang!
Antara haruman yang ada bagi koleksi lilin wangi ni ialah Black Cherry, Peach, Winter Jasmine, Cotton Powder, Tea Rose, Garden Lavender, Chef’s Candle, dan Open Window.
Kredit: Cocod’or
Untuk korang yang inginkan haruman aromaterapi dalam suhu sejuk, lilin wangi adalah pilihan terbaik. Lilin wangi ini meresap minyak pati dengan lebih baik dalam suhu sejuk seperti suhu penghawa dingin antara 18 dan 25 darjah selsius.
Yang gemarkan aromaterapi pada persekitaran lebih panas pula, Reed diffuser adalah pilihan terbaik. Diffuser ini mengeluarkan haruman yang lebih kuat dalam suhu lebih tinggi.
Kredit: Cocod’or
So kalau korang nak dapatkan semua kelebihan yang kitorang nyatakan di atas, pastikan korang gunakan diffuser atau lilin wangi Cocod’or dalam bilik yang sejuk untuk menikmati kesan yang positif!
Jom dapatkan diffuser dan lilin Cocod’or ni di Shopee sekarang!