Kredit: IKEA
Ada tak hari di mana bila korang bangun tido je, rasa bad mood atau sakit-sakit badan? Kalau ia sering terjadi, mungkin persekitaran korang kena ‘diubahsuai’ sikit untuk tingkatkan kualiti tidur. Yang penting, jangan jadikan bilik tidur korang sebagai tempat untuk buat kerja jugak!
Selain tu, rasa kurang pasti, tertekan, dan rutin yang terganggu boleh menyebabkan korang terjaga di malam hari dan sukar untuk tidur kembali. Keadaan ini berpotensi melemahkan kesihatan mental sebab kurang tidur. Keadaan bilik tidur korang mencerminkan keadaan minda korang.
Untuk rehat yang secukupnya, minda korang jugak mestilah tenang, dan bilik tidur pulak mesti kondusif supaya korang dapat tidur yang lebih sihat dan berkualiti.
Keselesaan, pencahayaan, suhu, bunyi, kualiti udara, warna bilik, dan juga hiasan bilik tidur – semua elemen ni bekerjasama dan memainkan peranan penting sebagai asas untuk tidur yang berkualiti. Korang tak perlu nak berbelanja mahal; pastikan je enam elemen ni ada dalam bilik tidur korang:
#1 Keselesaan
Sebagai permulaan, sebelum korang tidur, simpan barang-barang yang ada agar ruang tidur korang tak bersepah. Bila bilik kemas, sekaligus minda korang juga lebih tenang. Untuk mewujudkan tempat tidur yang selesa dan menenangkan, terdapat beberapa benda penting yang mesti diutamakan.
HÖVÅG Pocket. Kredit: IKEA
Tilam dan bantal yang menyokong berat badan serta tulang belakang korang dengan sempurna di malam hari. Korang boleh dapatkan tilam HÖVÅG Pocket dari IKEA yang disertakan dengan 25 tahun waranti tau.
LUDDROS. Kredit: IKEA
Jangan lupa dapatkan pelindung tilam LUDDROS yang boleh dicuci dengan mesin pada suhu 60°C, suhu yang mampu membunuh hama habuk yang mengakibatkan kegatalan dan bersin-bersin.
KLUBBSPORRE. Kredit: IKEA
Selain tu, bantal ergonomik KLUBBSPORRE mempunya lapisan gel yang bukan hanya menyejukkan leher, tengkuk dan badan secara keseluruhannya, tetapi boleh melegakan tekanan dan ketegangan di bahagian tersebut.
KLEINIA. Kredit: IKEA
Rasa panas dan rimas di malam hari sampai peluh korang menyebabkan bantal kekuningan? Sarungkan bantal dengan pelindung bantal KLEINIA yang diformulasikan dengan gentian nilon yang ditenun secara khas bagi mengelakkan penyerapan haba.
#2 Pencahayaan
KAXLIDEN. Kredit: IKEA
Pencahayaan adalah salah satu elemen yang terbaik dalam mewujudkan ruang tidur yang kondusif. Secara amnya, semakin gelap bilik tidur, semakin baik kualiti tidur korang. Lampu redup adalah cara yang baik untuk menyiapkan diri korang untuk tidur yang lena. Lampu LED KAXLIDEN contohnya membolehkan korang adjust jenis pencahayaan yang sesuai secara pintar.
PEKHULT. Kredit: IKEA
ANGARNA. Kredit: IKEA
Untuk korang yang ada anak kecil, PEKHULT Soft Toy ialah anak patung berbentuk arnab gebu dengan lampu malam LED bagi membantu mereka tidur lebih nyenyak tanpa rasa takut dengan suasana yang gelap. Lampu meja LED ÄNGARNA juga sesuai buat anak teruna korang.
Selain itu, dalam mewujudkan tempat tidur yang gelap dan nyaman, tirai gelap seperti MAJGULL atau ROSENMOTT boleh menggelapkan bilik dan membantu mengawal cahaya semulajadi atau silau.
MAJGULL. Kredit: IKEA
#3 Suhu bilik
SMÅSPORRE. Kredit: IKEA
Bercakap tentang suhu, sekitar 80% suhu badan dilepaskan melalui selimut, so kalau korang selalu rasa sejuk pada waktu malam, pastikan korang ada selimut tebal dan hangat dengan lapisan tambahan.
STJÄRNSTARR. Kredit: IKEA
Antara produk yang boleh bantu korang dalam hal ini ialah SMÅSPORRE Duvet, STJÄRNSTARR Duvet, PIMPERNÖT Quilt Cover And Pillowcase, dan set JÄTTEVALLMO Quilt Cover & 2 Pillowcases.
PIMPERNÖT & JÄTTEVALLMO. Kredit: IKEA
Kebanyakan orang boleh tidur lebih lena di dalam bilik yang sejuk berbanding bilik yang panas. Suhu bilik yang sesuai untuk tidur adalah sekitar 18°C - 20°C. Tapi bergantung pada individu, korang kenalah tentukan sendiri suhu bilik tidur yang paling sesuai.
#4 Kualiti udara
Untuk tidur yang berkualiti, kualiti udara di dalam bilik juga harus dijaga. Tumbuhan hidup dapat membantu membersihkan udara dan menaikkan seri bilik tidur dengan warnanya yang menyejukkan pandangan mata dan menenangkan.
Udara yang tak bersih atau tahap kelembapan yang tak seimbang boleh mengganggu tidur korang dan mempengaruhi kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa pencemaran udara boleh mempengaruhi kualiti tidur.
DRACAENA MASSANGEANA. Kredit: IKEA
Mereka yang terdedah kepada tahap pencemaran udara yang tinggi selama lima tahun lebih cenderung berada dalam golongan yang sukar tidur nyenyak berbanding mereka yang kurang terdedah. Pastikan korang nilai kualiti udara di bilik tidur untuk tidur yang nyenyak dan berkualiti.
Selain itu, pastikan ventilasi dalam bilik tidur lancar dan baik serta tak terlalu lembab atau kering. Keseimbangan ini dapat dicapai dengan pelembap, pembersih udara, atau udara segar yang masuk dari tingkap yang terbuka.
SANSEVIERIA TRIFASCIATA. Kredit: IKEA
Korang boleh dapatkan tanaman pasu DRACAENA MASSANGEANA atau SANSEVIERIA TRIFASCIATA kalau nak tingkatkan kualiti udara tanpa perlu berbelanja mahal.
#5 Bunyi
STOENSE. Kredit: IKEA
Bunyi bising mempengaruhi tidur sebab ia boleh merangsang minda untuk jadi lebih aktif. Semakin tenang bilik, semakin baik kualiti tidur korang. Solusi mudahnya ialah korang boleh letak hiasan yang mampu menyerap bunyi seperti tirai dan permaidani yang merupakan penyerap bunyi yang baik.
GRACIÖS. Kredit: IKEA
Produk rumah macam ni juga boleh mengurangkan getaran dan menyekat bunyi yang tidak diingini dari bilik di sekitarnya. Permaidani seperti STOENSE atau GRACIÖS mampu menyerap bunyi dengan berkesan.
#6 Warna dan hiasan bilik tidur
LUDDE. Kredit: IKEA
Warna dan perabot juga penting dalam suasana keseluruhan bilik tidur korang untuk persekitaran yang tenang dan selesa. Antara warna bilik tidur yang paling santai dan menenangkan untuk mewujudkan persekitaran tidur yang syok adalah biru, kuning dan hijau.
OFELIA. Kredit: IKEA
So, bila korang shopping nanti, sama ada langsir, bantal, cadar, selimut, atau perabot; pastikan korang dapatkannya dalam warna-warna ni untuk mengoptimumkan bilik tidur. Selain itu, korang boleh dapatkan produk-produk seperti LUDDE Sheepskin, OFELIA Blanket, dan RÅVAROR Throw bagi memberikan rasa tenang dan selesa pada bilik tidur korang.
RÅVAROR. Kredit: IKEA
Tidur yang nyenyak dan berkualiti boleh tingkatkan mutu hidup korang!
Dengan tidur yang mencukupi dan berkualiti, ia secara tak langsung boleh buat korang lebih bertenaga dalam kehidupan harian. Kerja jadi lebih produktif dan belajar pun lebih fokus. So jom pastikan kesemua elemen ni ada dalam bilik tidur korang!
Jom beli produk perabot rumah yang berfungsi dengan harga yang berpatutan dalam talian di IKEA.my sekarang!