Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Nak Rumah Nampak Kemas Dan Teratur? Praktikkan 6 Kaedah Mudah Ni

Kaedah mengemas ni sangat sesuai untuk korang yang sibuk atau malas.
Editor
21 Sep 2020, 02:51 PM

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Freepik

Korang pernah dengar tak nama Marie Kondo? Marie Kondo ni pakar mengemas rumah dan dia dah banyak tolong orang ramai untuk kemas rumah sampai kemas dan teratur.

Konsep Marie Kondo ni lebih kurang sama je dengan gaya hias Scandinavian, di mana minimalism, iaitu penggunaan barang yang terhad di rumah, diterapkan.

Kenapa orang ramai gilakan Marie Kondo ni? Sebab dia pencipta The KonMari Method. Kebanyakan kaedah mengemas rumah mengambil pendekatan di mana kita kena kemas dari bilik ke bilik dan sedikit demi sedikit, dan cara ini tak begitu berkesan untuk jangka masa panjang.

Kaedah KonMari pulak mendorong pengemasan dan susun atur mengikut kategori - bermula dengan pakaian, kemudian beralih ke buku, kertas, komono (barangan pelbagai), dan, akhirnya, barangan sentimental.

Ikut kaedah dia, korang cuma boleh simpan barangan yang benar-benar bermakna je, dan buang barang-barang yang tak lagi buat korang happy. Korang jugak digalakkan untuk berterima kasih di atas jasa yang telah diberikan oleh barangan tersebut, kemudian membuangnya.

Sweet kan falsafah KonMari ni? Walaupun kita dah tak suka sesuatu barang tu, kita tetap menghargainya. Ni enam peraturan asas Kaedah KonMari:

#1 Korang kena komited untuk mengemas rumah

Tetapkan masa yang terluang untuk kemas rumah. Planner list ni mungkin boleh membantu korang dalam misi mengemas rumah.

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

#2 Bayangkan gaya hidup yang korang idamkan

Cuba bayangkan gaya hidup idaman korang di mana rumah dah kemas dan cantik. Cuba gambarkan kehidupan tersebut secara visual, contohnya dengan menggunakan journal melukis dan pelekat hiasan yang lawa ni.

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

#3 Buang segala barangan yang dah tak berguna dan buat korang gembira

Tanya diri korang sama ada barang tu masih berguna atau buat korang gembira tak. Kalau tak, buang je lah. Gunakan beg sampah wangi biodegradasi ni yang mesra alam sekitar.

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

#4 Mula mengemas mengikut kategori, bukan bilik (contohnya baju, buku, dll.)

Korang boleh tentukan sendiri kategori apa yang korang rasa paling senang nak kemas. Tapi biasanya baju yang paling senang, so boleh mulakan dengan tu dulu.

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

Barangan yang kecil-kecil pula selalunya mencabar, contohnya macam alat solek, peralatan menulis dan sebagainya. Untuk barangan yang kecil-kecil ni, korang boleh gunakan storage box atau storage basket.

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

#5 Kemas ikut susunan yang betul (mulakan dengan yang senang dulu, macam baju, dan akhir sekali kemas barangan yang sentimental)

Selalunya baju ialah barang yang paling senang untuk dikemas. Kemudian korang boleh beralih kepada buku, dan seterusnya barangan lain yang ada.

Akhir sekali, kemas barangan yang sentimental sebab barang ni yang paling mencabar dan mengusik emosi (contohnya pasu kesayangan arwah mak atau set golf peninggalan arwah ayah).

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

Kalau nak senang dan tak tersalah buang barang, gunakan pelekat untuk label barang yang nak disimpan.

#6 Akhir sekali, tanya diri korang sama ada barang tersebut buat korang happy atau tak

Bila korang dah asingkan barang yang nak dibuang dan nak disimpan, tanya diri korang sekali lagi sama ada korang benar-benar rasa barang yang nak disimpan tu buat korang happy ke tak. Kalau ya, korang boleh display barang tu dengan rak hiasan so setiap kali pandang korang rasa gembira.

nak rumah nampak kemas dan teratur? praktikkan 6 kaedah mudah ni

Kredit: Shopee

Ready, set, jom kemas rumah! Nikmati proses mengemas rumah dan jangan stress ya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}