Kredit: odua/Freepik.com & Shell Malaysia, Edit: ERA
Sejak kebelakangan ini ramai yang tertekan disebabkan pandemik yang melanda sehingga keperluan asas seperti makanan tak mampu dipenuhi atas sebab-sebab seperti kehilangan sumber pendapatan.
Kalau korang masih mampu memenuhi keperluan hidup untuk bertahan, bersyukurlah. Tetapi kenalah berjimat cermat, terutamanya di saat yang mencabar ini kita kenalah selalu beringat. Untuk korang yang nak tau tips untuk berjimat cermat, jom check out 5 tips mudah ni untuk dapatkan penjimatan ekstra dalam kehidupan harian korang:
#1 Jangan buang sisa makanan
Ramai yang terkesan sehingga tak mampu nak sediakan makanan buat keluarga mereka. Jadi kalau korang masih mampu nikmati makanan seperti biasa, janganlah membazir. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang tak habis dimakan atau tak sempat nak dimakan boleh dijadikan sebagai baja. Tanam sisa sayur macam saderi atau sayur bok choy di laman korang, bolehlah korang dapatkan sayuran ekstra tanpa perlu ke pasar. Jimat dan mesra alam! Kalau tumbuh banyak boleh beri kepada jiran tetangga yang memerlukan. Sharing is caring!
#2 Simpan sisa air yang digunakan bagi mencuci sayuran atau buahan
Selain membazir, penggunaan air yang banyak boleh buat bil air melambung tinggi. Dan bila korang nak makan, contohnya sayur-sayuran dan buah-buahan, mestilah nak kena cuci dulu kan? Takkan nak terus makan, gelilah! Haa, kalau ada lebihan air daripada cucian tu, jangan buang! Gunakannya untuk menyiram tanaman kat luar rumah ataupun untuk cuci tandas. Boleh jimat sebaldi air!
#3 Beli barang pada harga diskaun atau promo dan yang praktikal serta banyak kegunaan
Barangan yang praktikal dan banyak kegunaan semestinya lebih menjimatkan. Begitu jugak dengan barangan yang ada diskaun ataupun promo beli 1 percuma 1. Senang takyah keluar ke kedai berulang-kali. Jimat masa, wang, tenaga, dan juga minyak kenderaan!
#4 Ambil bahagian dalam pelbagai rancangan FB Live dan game interaktif dalam talian
Dah alang-alang korang banyak masa kat rumah, bolehlah layan rancangan hiburan yang semakin menarik dan berbeza berbanding dulu. Sekarang korang dengan mudah boleh join pelbagai game interaktif yang ada dalam talian dan turut serta dalam FB Live show untuk memenangi pelbagai ganjaran dan hadiah ekstra yang onz gila, contohnya macam Rancangan FB Live Ekstra Onz Show di ERA bersama Shell!
#5 Pilih minyak yang sesuai dan EKSTRA terbaik untuk kenderaan
Buat korang yang tak boleh bekerja dari rumah atau perlu keluar beli barangan keperluan, korang boleh dapatkan ekstra kilometer tanpa berbelanja banyak. Caranya senang je! Korang boleh isi minyak kenderaan korang dengan Shell Fuelsave 95 bagi Ekstra Penjimatan, Ekstra Bersih, dan Ekstra Perlindungan! Ni sebab kenapa korang kena pilih minyak kenderaan ni:
- Penjimatan ekstra yang serta-merta
Shell Fuelsave 95 mengurangkan geseran sehingga 90% pada bahagian enjin yang kritikal untuk memaksimumkan penjimatan bahan bakar.
- Ekstra Bersih
Shell Fuelsave 95 menghalang 95% pembentukan deposit untuk mesin kenderaan yang lebih bersih bagi melancarkan perjalanan dan ekstra kilometer!
- Perlindungan ekstra
Shell Fuelsave 95 dicipta dengan Triple Action Formula yang melindungi mesin kenderaan daripada kehausan, penghakisan, dan penumpukan deposit. Dalam kata lain, ia menjadikan enjin kenderaan anda EKSTRA bersih!
Ohsem kan Shell Fuelsave 95 ni? Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang cara nak lebih jimat minyak kenderaan dan menang hadiah yang best-best, jom dengarkan Ekstra Onz Show di ERA pada 28 Julai 2021, jam 8.30malam bersama dengan Radin dan Isha. Bukan tu je tau, Uyaina Arshad juga bakal ada di sesi FB Live yang kelakar dan interaktif ni!
Selain belajar tentang cara penjagaan kenderaan dan penjimatan bagi ekstra kilometer, korang juga boleh join sesi permainan yang interaktif melalui show ni! So tunggu apa lagi? Stay tune dan get ready untuk memenangi GANJARAN EKSTRA serta baucar wang tunai daripada Shell! Onz ke tak?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.