Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

5 Tips Tangkap Gambar Ahli Keluarga Tersayang Agar Korang Dapat Menyimpan Kenangan Yang Terindah Sepanjang 100 Tahun

Kat sekitar rumah pun boleh tangkap sisi manusia yang indah dan bermakna tau!
Dayana Sobri
09 Jun 2021, 02:57 PM

5 tips tangkap gambar ahli keluarga tersayang agar korang dapat menyimpan kenangan yang terindah sepanjang 100 tahun

Kredit: OPPO Malaysia

Kaki fotografi! Kalau korang nak tau, sekarang ni OPPO tengah bekerjasama dengan National Geographic (yang merupakan rakan kongsi dalam misi penceritaan mereka), untuk menangkap warna yang ‘terancam’ dan menyimpannya agar boleh dihargai pada masa hadapan dengan menggunakan OPPO Find X3 Pro.

Warna merah, hijau dan biru merupakan asas kepada semua warna dan juga sumber kecantikan. Namun warna-warna ini semakin lama makin pudar; dan kita mungkin akan kehilangannya kalau tak dijaga dan dihargai dengan baik. Oleh itu OPPO nak kita semua memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan menghargai segalanya yang ada.

5 tips tangkap gambar ahli keluarga tersayang agar korang dapat menyimpan kenangan yang terindah sepanjang 100 tahun

Kredit: OPPO Malaysia

Bagi melindungi setiap keindahan yang ada demi generasi masa hadapan, jurugambar terkemuka National Geographic Joel Sartore menggunakan fon Find X3 Pro untuk merakam spesies terancam dengan warnanya yang indah, agar kita semua dapat ‘berhubung’ kembali dengan alam semulajadi.

"Saya percaya gambar-gambar yang hebat dan kisah-kisah di sebaliknya mempunyai kekuatan untuk menyelamatkan spesies dan habitat terancam yang diperlukan untuk bertahan hidup. Oleh itu, saya berharap gambar-gambar ini "berfungsi" pada hari ini dan juga seratus tahun dari sekarang; demi memberi inspirasi kepada semua orang untuk mengambil peduli dengan planet ini.

“Oleh kerana kita semua memerlukan udara segar, air bersih, dan bumi yang sihat untuk bertahan hidup, apabila kita menyelamatkan spesies lain, kita sebenarnya telah menyelamatkan diri sendiri,” ujar Joel Sartore.

Dengan itu, OPPO nak ajak korang semua untuk merakam suatu perkara yang korang nak simpan sebagai memori sehingga tahun 2121. Sama ada alam semulajadi, landskap dan manusia yang korang hormati atau sayangi.

5 tips tangkap gambar ahli keluarga tersayang agar korang dapat menyimpan kenangan yang terindah sepanjang 100 tahun

Kredit: OPPO Malaysia

Tema kemanusiaan ialah salah satu tema fotografi yang paling mencabar untuk dirakam. Nak buat gambar tu berbicara sendiri memerlukan kepandaian dan juga alat canggih yang boleh membantu. Kalau korang suka tangkap gambar dengan tema ni, jom try beberapa tips ni (walaupun korang hanya berada kat rumah!):

#1 Tangkap gambar seberapa banyak yang mungkin, dan simpan semuanya

Tangkap gambar banyak-banyak secara candid boleh menyerlahkan aura gambar. Tangkap je gambar walaupun subjek tu tengah ketawa kaw-kaw dan tersenyum, biarkan dia bercakap, dan pelbagai lagi ragam; saat-saat ini sememangnya menggambarkan kemanusiaan. Pandangan mata mereka terutamanya adalah kunci untuk menghidupkan lagi keseluruhan nuansa foto. So pastikan korang wujudkan suasana santai yang membuatkan subjek rasa selesa.

#2 Dapatkan sudut pandang yang baik (rule of thirds)

Mengambil gambar dari sudut yang unik dan tidak dijangka boleh menyerlahkan lagi gambar, sebab ia cenderung menimbulkan ilusi kedalaman atau ketinggian sesuatu subjek. Anda harus ingat 'peraturan pertiga' semasa mengambil gambar.

Korang boleh membahagikan gambar menjadi tiga bahagian dan meletakkan subjek di garisan tengah. Korang yang kreatif boleh terapkan rule of thirds ke dalam beberapa sudut pandangan macam gambar yang ditangkap dari atas atau bawah.

Malah, korang juga boleh gunakan tanaman, lampu atau objek fotogenik seperti buku dan alat muzik untuk menonjolkan subjek. Dengan menggunakan ciri ultra-wide angle 50 MP FindX3 Pro, ia boleh menghebatkan lagi gambar, serta membolehkan lebih banyak fleksibiliti sementara arah cahaya dapat dikendalikan dengan cara yang lebih tepat, menghasilkan kamera ultra-wide angle yang terhebat dengan distorsi sifar, warna yang luar biasa dan konsistensi suhu yang betul.

#3 Menangkap segala perincian

Bak kata pepatah omputeh, ‘It’s the little things that matter’. Kalau nak tau, korang sebenarnya boleh menemui butiran luar biasa dalam subjek yang biasa. Kadang-kadang, gambar jarak dekat yang menangkap butiran kecil, rumit dan halus dapat membina pandangan yang sarat dengan emosi dan mesej yang kuat.

Walaupun tekstur dan corak pada subjek dapat ditangkap dengan mudah oleh mikroskop FindX3 Pro yang dapat memperbesarkan objek sehingga 60 kali, menangkap butiran yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar seperti kedutan pada wajah dan bintik-bintik membolehkan korang menemui dunia baru yang korang tak pernah perasan dan nampak dengan mata kasar!

#4 Gunakan cahaya semulajadi 

Biasanya nak cari fon pintar yang dapat menyesuaikan cahaya mengikut keadaan sekitar agak susah. Perubahan warna secara berlebihan dan overexposure adalah masalah yang biasa terjadi dengan fon biasa. Oleh itu, manfaatkan cahaya semulajadi dari sinar matahari pagi atau petang, so korang berpeluang bermain dengan bayangan, membuat bentuk bayang sendiri hanya dengan memanipulasikan cahaya.

Kalau nak tau, Find X3 Pro juga dilengkapi dengan ciri AI Highlight Video yang secara automatik dapat beralih antara Ultra-Night Video dan Live HDR, menyesuaikan keadaan cahaya semulajadi yang membolehkan korang merakam video tanpa risau ada overexposure, dan pemandangan cahaya latar dan keadaan cahaya rendah turut mengindahkan lagi gambar korang.

#5 Komposisi warna (kamera 1 billion warna)

Bukan hanya subjek dalam gambar yang penting, komposisi warna pun penting dalam membantu menonjolkan elemen gambar dan juga meningkatkan feeling keseluruhan gambar, menjadikannya indah untuk dilihat. Kalau korang betul-betul nakkan pemandangan untuk bercerita atau mengekspresikan perasaan melalui gambar, korang boleh fikir cara nak susun elemen dalam bingkai dengan pilihan warna yang tepat.

Dengan Find X3 Pro 1 Billion Color Camera (suatu sistem pengurusan warna yang menyeluruh), ia dapat menangkap dan memaparkan 64 kali jumlah warna daripada sistem warna 8-bit, memastikan warna mutlak dan lebih tepat ditangkap seperti mana yang korang tengok dalam kehidupan nyata, menjadikan FindX3 Pro peranti yang paling sesuai untuk mengambil gambar yang tampak profesional.

Kaki fotografi! Jom join Peraduan Fotografi “Masa Depan Malaysia 2121” OPPO!

Dalam peraduan ni, terdapat tiga tema yang boleh korang sertai, iaitu Nature #DearFutureNature, City/Landscape #DearFutureLandscape, dan Humanity (Portrait, Culture) #DearFutureHumanity. Ni cara nak join:

Langkah 1

Rakam gambar berdasarkan tema yang korang minat. Korang boleh sertai lebih daripada satu kategori tau. So, sertailah lebih banyak kategori untuk tingkatkan peluang korang nak menang!

Langkah 2

Ambil foto asal yang paling sesuai dengan kategori yang dipilih.

Langkah 3

Muat naik gambar di Instagram dan gunakan hashtag #DearFuture2121, #MalaysiaFuture2121, #eraxoppo2021 dan salah satu daripada hashtag kategori yang dipilih (contohnya #DearFutureNature).

Langkah 4

Kalau korang merupakan pengguna OPPO, pastikan korang tambah hashtag #shotonOPPO dan pastikan korang guna watermark OPPO (kalau ada) yang terdapat dalam setting kamera fon OPPO korang.

Langkah 5

Pastikan akaun Instagram korang ditetapkan kepada mod ‘PUBLIC’.

Untuk terma dan syarat peraduan, korang boleh layari laman web rasmi OPPO Malaysia untuk info lanjut. Selain tu, kalau berminat nak tau lebih lanjut atau nak beli OPPO Find X3 Pro ni, korang boleh layari laman web OPPO Malaysia, Shopee, ataupun Lazada. Jom tangkap gambar!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}