Kredit: Freepik
Membersihkan rumah atau barang rumah harus kerap dilakukan agar kehidupan hari-hari korang lebih selesa dan selamat dari penyakit seperti alergik atau gatal-gatal.
Apa yang ramai daripada kita tak sedar ialah, terdapat beberapa tabiat pembersihan yang sebenarnya boleh buat rumah atau barang rumah semakin kotor, antaranya ialah:
#1 Hancurkan lipas lepas korang membunuhnya
Terdapat sesetengah orang yang akan hancurkan lipas selepas membunuhnya dengan racun serangga. Sebenarnya ini boleh mengotorkan lagi rumah korang sebab mungkin terdapat anggota badannya yang tersisa dan tak dibuang sebab korang tak perasan. Bukan tu je, kalau korang hancurkan lipas, ia boleh menarik lagi banyak lipas untuk datang!
#2 Guna rotan bulu ayam (atau yang sejenis dengannya) untuk bersihkan habuk
Kalau korang bersihkan habuk di rumah guna rotan bulu ayam atau yang sejenisnya, ia hanya akan menyebarkan lagi habuk-habuk ke seluruh ruang, menyebabkan perabot yang berdekatan serta lantai semakin kotor. Sebaiknya gunakan kain lap basah untuk bersihkan habuk.
#3 Terus letak berus tandas ke dalam bekasnya lepas selesai mencuci
Kalau korang terus letak berus tandas ke dalam bekasnya walaupun masih basah, ini akan menyebabkan kotoran air berkumpul di dalam bekas itu, sekaligus menyebabkan tandas berbau busuk dan menarik lipas. Lepas habis cuci tandas, pastikan korang biarkannya dulu di luar sehingga kering.
#4 Menggunakan kain lap yang sama di permukaan yang berlainan
Bila kita nak bersihkan apa sahaja permukaan, sama ada meja makan, dapur memasak dan sebagainya, ramai di antara kita yang akan gunakan kain lap yang sama. Ini boleh menyebabkan kotoran dan kuman merebak ke tempat-tempat lain.
Tak ke geli bila kuman yang ada pada kain lap lepas korang cuci bilik mandi merebak ke dapur, meja ruang tamu atau apa jua permukaan di mana kain lap yang sama digunakan? Jadi pastikan korang gunakan kain lap yang berbeza untuk membersihkan permukaan yang berlainan.
#5 Menggunakan pencuci baju yang salah
Barang rumah termasuk baju pun tak boleh salah cara cuci tau. Sebagai contoh, korang kena guna pencuci baju mengikut jenis mesin basuh korang. Ini penting sebab mesin basuh muatan depan dan muatan atas mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Kalau bahan pencuci biasa, ia menghasilkan busa yang banyak dan tidak boleh dibilas dalam mesin basuh muatan depan yang menggunakan lebih sedikit air berbanding mesin basuh muatan atas. Ini mungkin boleh menyebabkan sisa sabun merosakkan drum mesin basuh dan meninggalkan sisa pada pakaian.
Jadi pastikan korang gunakan pencuci baju yang sesuai untuk mesin basuh muatan depan, macam TOP Low Suds Blooming Garden yang baharu ni.
Ia merupakan detergen pertama di Malaysia rendah busa dengan bau wangi bunga yang menyegarkan. Bau wangi ni boleh kekal sehingga 30 hari lamanya tau!
Pencuci TOP Low Suds dirumuskan khas dengan formula Efisiensi Tinggi (HE) untuk mesin basuh muatan depan. Ia diformulasikan untuk menghasilkan sedikit busa dan melindungi gendang mesin. Hasilnya cucian korang akan menjadi amat bersih tanpa sebarang sisa sabun yang tertinggal.
Jom dapatkannya sekarang di pasaraya atau kedai runcit yang terdekat dan di Shopee atau Lazada!
Untuk info lanjut tentang produk ni, layari di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.