Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

Ni 5 Sebab Kenapa Ada Orang Dewasa Kehilangan Gigi Sebelum Waktunya

Ketahui solusi mudah kepada masalah ini.
Editor
30 Jun 2020, 05:24 PM

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: Freepik

Tahukah korang, menurut kajian NOHSA pada tahun 2010, lebih dari satu pertiga (34.5%) rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas tidak mempunyai sebarang gigi yang tinggal sama sekali, dengan hanya satu pertiga (21.7%) mempunyai 20 atau lebih batang gigi yang tinggal.

Berdasarkan hasil tinjauan tersebut, kebanyakan rakyat Malaysia hanya akan memiliki sebanyak 9.8 batang gigi yang tinggal apabila menginjak usia 60 tahun.

Namun begitu, terdapat juga orang dewasa yang boleh kehilangan gigi dengan awal sebelum usia 60 tahun, yang berpunca daripada lima perkara ini:

#1 Tabiat mengisar dan mengetap gigi

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: Freepik

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tabiat ini sering dilakukan oleh mereka yang sedang mengalami tekanan perasaan, masalah perubatan, atau perubahan hormon; yang dilakukan tanpa sedar. Jika berlanjutan boleh menyebabkan permukaan gigi haus dan gigi tercabut.

#2 Kecederaan gigi ketika bersukan

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: North Seattle DDS

Mereka yang aktif dengan aktiviti seperti sukan boleh mengalami kecederaan fizikal, termasuklah kecederaan gigi seperti gigi tercabut atau patah akibat terkena pukulan ketika bersukan (contohnya hoki atau bola sepak). Oleh itu, jangan lupa pakai alat perlindungan yang bersesuaian, termasuklah mouth guard atau pelindung mulut yang mampu melindungi gigi.

#3 Tabiat merokok

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: Freepik

Menurut sebuah kajian dari Journal Of Periodontology, lelaki dewasa berusia 35 tahun ke atas yang merupakan perokok tegar berisiko tinggi untuk kehilangan gigi sebelum waktunya.

#4 Tabiat pemakanan yang tinggi kandungan gula dan asid

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: Freepik

Setiap kali korang makan, paras kandungan asid di dalam mulut akan meningkat dengan mendadak. Paras asid ni mengambil masa sejam untuk turun ke tahap yang normal dan seimbang. Tapi jika paras asid ni kerap meningkat sebab korang sering makan yang manis-manis, korang berisiko kehilangan gigi sebelum waktunya. Elak makan manisan terlalu kerap.

#5 Penyakit gusi

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: Shutterstock

Kajian NOHSA juga mendapati bahawa 9 daripada 10 orang Malaysia dewasa mengalami penyakit gusi.

Manakala sebuah kajian bernama Project Katsu yang dilakukan pada tahun 2017 oleh Lion Corporation ke atas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan bahawa 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi – dengan gusi berdarah dan bengkak yang paling biasa dihadapi. Hanya 1% responden sahaja yang menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi.

Penyebab utama penyakit gusi adalah plak, sejenis filem melekit yang lembut yang mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk di antara gigi, di sepanjang garis gusi dan di dalam poket gusi, toksin dari bakteria akan merosakkan tisu gusi.

Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan kehilangan gigi.

ni 5 sebab kenapa ada orang dewasa kehilangan gigi sebelum waktunya

Kredit: Freepik

Oleh itu, amat penting bagi kita semua untuk menjaga kesihatan mulut, yang bermula daripada gusi yang sihat kerana ia merupakan asas kepada kesihatan mulut, agar kita masih mempunyai 20 batang gigi yang masih elok pada usia 60 tahun kelak. Cepat bertindak sebelum terlambat!

Salah satu cara untuk korang mula menjaga kesihatan gusi dengan berkesan ialah dengan menggunakan Sistem Anti-Plak Systema, gabungan ubat gigi Systema Anti-Plaque yang membunuh bakteria di dalam poket gusi dan berus gigi Systema 0.02mm yang menyingkirkan plak dan mencegah masalah gusi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Systema Malaysia (@systemamy) on

Gabungan ini telah terbukti secara klinikal mampu mencegah masalah gusi dengan teknologinya. Korang boleh dapatkan ubat gigi dan berus gigi Systema ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat.

Selain tu, jom ketahui status kesihatan gusi korang. Ambil Pemeriksaan Kesihatan Gusi SYSTEMA secara percuma dalam talian bagi membantu korang untuk lebih faham tentang tanda-tanda penyakit gusi.

Jom lakukan sekarang kalau sayang gigi!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}