Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

5 Mitos Popular Tentang Mencuci Baju Yang Sebenarnya Tak Tepat

Apa yang kamu percaya tentang mencuci baju selama ni mungkin salah.
Editor
26 Oct 2020, 02:39 PM

5 mitos popular tentang mencuci baju yang sebenarnya tak tepat

Kredit: Freepik

Mencuci baju merupakan salah satu aktiviti harian yang tak boleh dielakkan. Sebab inilah pentingnya untuk kita tahu bagaimana untuk mencuci baju dengan betul. Kesilapan dalam mencuci baju boleh menyebabkan beberapa masalah seperti baju rosak, warna baju luntur, atau baju berkulat.

Kalau korang rajin mencuci baju, mungkin korang pernah dengar bahkan percaya tentang lima mitos tentang mencuci baju ni, yang sebenarnya tak tepat:

Mitos #1: Lagi banyak pencuci baju yang digunakan, lagi bersih baju yang dicuci

Kalau muatan cucian dalam mesin basuh penuh dan mesin basuh korang merupakan jenis muatan hadapan (front load) yang menggunakan lebih sedikit air berbanding muatan atas (top load), bahan pencuci yang berlebihan boleh melekat pada baju walaupun dah dicuci. Ini boleh menyebabkan kegatalan pada kulit. Gunakan sukatan yang betul mengikut muatan cucian dan jenis mesin basuh.

Mitos #2: Pencuci baju jenis serbuk dan cecair mempunyai fungsi yang sama

Walaupun kedua-duanya dicipta untuk mencuci baju, tetapi masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Contohnya, bagi pencuci jenis cecair, ia sangat bagus bagi menghilangkan kotoran-kotoran berminyak, manakala pencuci jenis serbuk pula sesuai untuk hilangkan kotoran lumpur.

Mitos #3: Hanya tetapan air panas saja yang mampu membunuh kuman pada baju

Menggunakan tetapan air panas pada mesin basuh sahaja tak cukup untuk membunuh semua kuman dan bakteria yang ada, terutamanya kalau korang cuci baju atau cadar seseorang yang sedang demam atau tak sihat.

Jika ia dicampurkan bersama pakaian yang lain, ini boleh menyebarkan kuman ke seluruh mesin basuh, tak kiralah korang gunakan air panas atau sejuk. Hanya pencuci baju dengan teknologi khusus seperti ultra konsentrasi dan anti-bakteria sahaja yang mampu membunuh kuman pada baju.

Mitos #4: Peluntur klorin dapat meningkatkan daya mencuci pencuci baju

Menggunakan peluntur klorin dan pencuci baju pada masa yang sama sebenarnya akan mengurangkan daya cucian yang boleh menyebabkan baju kelihatan lebih kusam dan bernoda.

Mitos #5: Lebih besar botol pencuci baju yang dibeli, lebih banyak penjimatan

Biasanya pencuci baju jenis cecair didatangkan sebanyak 4 liter dalam botol besar. Ramai pengguna menyangka lebih besar botol, lebih banyak penjimatan yang boleh dinikmati.

Ini tak tepat sebab ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti kekerapan penggunaan, sukatan yang digunakan, tetapan cucian, jenis mesin basuh, atau pencuci baju dan kelebihannya.

Jadi, tak semestinya kena beli pencuci baju botol besar kalau korang nak lagi jimat, sama ada dari segi wang, masa, ruang simpan, mahupun penggunaan elektrik.

Kalau korang nak jimat wang, masa, dan penggunaan elektrik serta nak baju benar-benar bersih, apa kata gunakan pencuci jenis cecair ultra konsentrasi, seperti TOP Turbo Clean ini, yang disahkan Halal dan 99.9% anti-bakteria?

5 mitos popular tentang mencuci baju yang sebenarnya tak tepat

Kredit: TOP Detergent

TOP Turbo Clean ialah sejenis pencuci cecair ultra konsentrasi yang memberikan lima kali ganda kuasa konsentrasi bagi menghilangkan kesan kotoran degil secara lebih berkesan dengan formulasi Fast Acting Turbo Enzymes.

Walaupun TOP Turbo Clean ini hanyalah sebanyak 900g dan didatangkan dalam botol kecil, ia amat berkuasa disebabkan oleh formulasi khasnya. Ini bermakna korang boleh cuci sehingga 45 kali cucian (dengan sukatan yang betul, iaitu satu cap bagi setiap cucian) di mana sebanyak 30% penggunaan air dan elektrik dapat dijimatkan.

Ia juga sesuai digunakan kalau korang guna tetapan Quick Wash yang boleh menjimatkan lagi masa. Bukan itu saja, ia juga mesra alam sekitar, ringan untuk dibawa, dan tak mengambil terlalu banyak ruang dalam kabinet.

TOP Turbo Clean ni boleh didapati dalam dua varian, iaitu Power Fresh dan Power Bloom. Jom dapatkannya di pasaraya dan kedai runcit yang berdekatan atau di Lazada dan Shopee. Di Lazada dan Shopee sekarang ni sedang ada promosi istimewa, jadi cepat dapatkannya sebelum terlambat!

Kalau korang beli TOP Turbo Clean 900g di Lazada, korang boleh dapatkannya pada harga RM15.90 atau diskaun sebanyak 21% (sementara baucar/stok masih ada).

Kalau beli di Shopee pula, korang berpeluang mendapat diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM150 (sehingga 1 November 2020.)

Untuk info lanjut, layari di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}