Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

5 Masalah Rambut Yang Paling Sering Dihadapi (Dan Cara Atasinya)

Ketahui solusi bagi kelima-lima masalah rambut ni
Dayana Sobri
20 Oct 2021, 02:47 PM

5 masalah rambut yang paling sering dihadapi (dan cara atasinya)

Kredit: jcomp/Freepik.com

Tak kira berapa pun umur kamu, tentu kamu pernah alami masalah rambut dari semasa ke semasa. Tidak kiralah rambut kamu panjang, pendek, lurus, kerinting, ikal mayang, berwarna, dan apa jua gaya rambut; masalah rambut adalah sesuatu yang normal. Tapi itu tak bermakna kamu boleh biarkannya begitu saja. Lebih cepat kamu atasi masalah rambut itu, lebih baik.

Cuba lihat antara kelima-lima masalah rambut yang paling sering dihadapi ramai orang ini, yang mana satu yang kamu alami? Ketahui cara atasinya agar rambut kamu sentiasa sihat dan berkilau:

#1 Rambut berminyak

Kulit kepala mengandungi minyak semula jadi yang disebut sebum, yang membantu menjaga kulit agar kekal lembap. Sebum dihasilkan oleh kelenjar sebum. Kadang-kala kelenjar ini bekerja lebih masa dan menghasilkan terlalu banyak minyak, sehingga menyebabkan kulit kepala berminyak.

Rambut berminyak boleh kelihatan kusam dan tidak bermaya, dan boleh menjadi lebih sukar untuk diuruskan jika tak dirawat secepat mungkin. Untuk merawat rambut berminyak, kamu boleh cuba mencuci dengan syampu lembut yang dirumus khas untuk mengawal sebum.

#2 Rambut kering dan kusut

Rambut kering dan kusut berlaku apabila lapisan paling luar rambut, cuticle, tidak ditutup rapat, menyebabkan kelembapan meresap masuk. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari atau penggunaan alat penghias rambut.

Untuk menguruskan rambut yang kusut dan mengekalkan rambut yang lembap, cuticle mestilah dijaga dengan teliti. Gunakan syampu untuk rambut kering yang mampu menutup liang-liang lapisan dengan kemas dan rata untuk mengelakkan kekeringan dan kekusutan rambut.

#3 Rambut gugur

Rambut gugur boleh terjadi disebabkan oleh tekanan emosi, ketidakseimbangan hormon, dan penggunaan produk rambut yang salah. Selain berjumpa doktor bagi memastikan kamu tiada masalah kesihatan yang lebih serius yang menyebabkan kamu keguguran rambut, kamu boleh cuba gunakan syampu untuk rambut gugur yang mengandungi asid amino dan multivitamin yang boleh membantu menguat dan menyokong folikel rambut.

#4 Rambut kelemumur 

Walaupun kelemumur tidak berbahaya, ia boleh menjadi lebih sukar dirawat jika dibiarkan berpanjangan. Kamu boleh guna syampu khas untuk kelemumur yang mengandungi zink atau sulfur dan diformulasikan oleh teknologi moden bagi menyingkirkan sel kulit mati yang terkumpul di kulit kepala.

#5 Rambut bercabang

Rambut bercabang biasanya terjadi apabila rambut telah berada di tahap kerosakan yang serius. Jika kamu mengalami masalah ini, kamu tiada pilihan lain selain pergi memotong rambut dan mendapatkan rawatan rambut/kulit kepala di salun rambut.

Setelah itu, kamu boleh mulakan rutin penjagaan rambut yang lebih baik dengan menggunakan syampu yang membantu melembapkan kulit kepala dan juga rambut. Seterusnya, kamu boleh gunakan serum rambut yang mengandungi keratin dan sapukannya di hujung rambut.

Syampu Emeron berteknologi Jepun mampu menyelesaikan mana-mana masalah rambut ni! 

Tak kira mana satu masalah rambut yang kamu alami, pastikan produk penjagaan rambut kamu berkualiti tinggi dan sesuai dengan jenis rambut. Untuk rambut yang sihat dan berkilau, apa kata kamu cuba syampu Emeron yang diformulasikan dengan teknologi Jepun ni?

5 masalah rambut yang paling sering dihadapi (dan cara atasinya)

Kredit: Emeron

Syampu Emeron ni dirumus khas dengan teknologi Jepun di mana ia dilengkapi dengan Active Provit Amino (Amino Acid + Multi Vitamin) yang membantu melembapkan rambut dari akar hingga hujung rambut bagi memastikan rambut sentiasa berkilau dan kulit kepala terasa segar serta bersih selalu!

Selain menyuburkan rambut dan sesuai dengan semua jenis rambut, ia mempunyai aroma yang menyenangkan dan terdapat dalam beberapa pilihan bau.

Jom dapatkan syampu keluaran LION Japan ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat ataupun di Shopee dan Lazada sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}