Kredit: Freepik
Bila bercakap tentang pencuci baju, selalunya orang akan bincangkan tentang tips nak cuci baju dengan betul. Tapi macam mana pulak dengan pemilihan pencuci baju yang terbaik? Korang tau ke macam mana nak pilih pencuci baju yang paling bagus?
Sebagai permulaan, ni lima ciri yang kena ada pada pencuci baju kalau korang nak baju betul-betul bersih dan wangi:
#1 Pencucian yang mendalam dengan sentalan mikro
Selalunya pencuci baju yang biasa tak mampu nak bersihkan baju dengan mendalam. Mesti ada je kesan kotoran yang masih kelihatan, contohnya macam nampak kekuningan atau kecoklatan.
Pencuci baju yang ada teknologi pencucian yang mendalam beserta sentalan mikro pulak berupaya untuk menyingkirkan segala kotoran yang ada, tak kira sehalus dan sesukar manapun untuk dihilangkan, seperti kotoran pada baju anak atau kesan makanan.
#2 Penjagaan warna
Seriau rasanya kan kalau baju mahal yang dibeli luntur warnanya? Buat rugi je. So pastikan pencuci baju yang korang guna tu ada penjagaan warna yang khas bagi melindungi warna baju daripada mudah luntur.
#3 Pembasmi bau busuk
Selalunya bila musim hujan, ramai di antara kita yang menghadapi masalah baju berbau hapak sebab tak kering betul-betul sebab baju dibiarkan semalaman atau dikeringkan dalam rumah. Bukan tu je, baju yang basah lencun sebab peluh juga susah dihilangkan.
Baju yang tak kering betul-betul akan menggalakkan pertumbuhan bakteria pada baju, sekaligus menjadikan baju berbau. Korang boleh gunakan pencuci baju yang ada pembasmi bau busuk so korang tak perlu lagi kena basuh balik.
#4 Pencuci baju yang ada pewangi yang segar
Biasanya pencuci baju hanya fokus pada kebersihan dan kuasa menghilangkang noda, tetapi pencuci baju yang terbaik juga mesti mempunyai bau wangi yang bagus. Bayangkan korang keluar dengan pakaian yang berbau wangi! Korang pastinya menjadi tumpuan di mana-mana saja. So, jika korang adalah seorang yang suka bau wangi, bolehlah cuba varian pewangi ini!
#5 Anti-bakteria
Baju mudah dilekati kotoran dan tumbuhan bakteria - mewujudkan bau hapak/busuk. Keadaan lagi teruk bila korang bermain sukan dan berpeluh-peluh jadi penting untuk pencuci baju yang korang guna tu ada anti-bakteria bagi menjaga kesihatan korang, selain mengelakkan baju berbau busuk.
Dynamo Power Gel yang baharu dilengkapi dengan semua ciri ni!
Kredit: Dynamo
Korang tau tak, Dynamo Power Gel yang baharu ni sememangnya power gila?
Dengan teknologi mikro scrubber, Dynamo memberikan kebersihan terbaik untuk menghilangkan 99.9% kuman, kotoran degil dan kesan kotoran yang kelihatan dan tidak kelihatan untuk kesegaran yang tahan lama. Dynamo ni juga boleh hilangkan bau peluh dekat baju yang kita pakai dengan kesegaran yang tahan lama hanya dalam 1 cucian.
Korang boleh dapatkannya dalam lima jenis, iaitu: Perfect Clean, Colour Care, Malodour Removal Indoor Dry, Touch of Downy (untuk baju wangi), dan Anti-Bacteria.
Jom dapatkan Generasi Baharu Dynamo Power Gel ni sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.