Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

5 Cara Mudah Agar Korang Sentiasa Berbau Wangi

Bau wangi, suka hati!
Editor
19 Jun 2019, 10:44 AM

5 cara mudah agar korang sentiasa berbau wangi

Kredit: Shutterstock

Kalau korang perasan, harga minyak wangi sekarang ni kebanyakannya mahal, tak kiralah yang import ataupun buatan tempatan.

Untuk botol bersaiz 80ml saja dah cecah RM70 (bagi jenama yang berkualiti dan dipercayai). Kalau pakai minyak wangi yang murah pulak selalunya kulit akan terasa gatal dan kemerah-merahan, terutama bagi orang yang berkulit sensitif.

Nak diri sentiasa wangi tanpa berbelanja banyak? Ni lima cara mudah dan murah agar korang sentiasa berbau wangi:

#1 Jangan colet minyak wangi sebab bau akan cepat hilang

Ramai orang percaya kalau colet minyak wangi di pergelangan tangan atau mana-mana bahagian nadi boleh buat bau wangi tahan lama. Sebenarnya tu salah!

Kalau korang colet di pergelangan tangan selalunya bahan kimia yang terkandung di dalam minyak wangi tu akan ‘pecah’ yang seterusnya mengakibatkan bau cepat hilang. Sebaiknya semburkan minyak wangi untuk bagi bau tahan lama.

#2 Gunakan baking soda untuk hilangkan bau busuk pada kasut

Baking soda bukan untuk buat kek dan kuih-muih je tau, ia ada pelbagai kegunaan yang boleh tolong korang jimat duit!

Salah satunya ialah baking soda boleh digunakan bagi menghilangkan bau busuk yang ada pada kasut. Basuh kasut korang dan rendamkan dalam air campuran baking soda.

#3 Sembur bantal dengan pewangi khas untuk bantal

Bantal selalunya cepat berbau masam, terutamanya bantal busuk kesayangan! Semburkan bantal dengan pewangi khas untuk bantal sebab ia secara langsung akan buat korang wangi sepanjang malam.

#4 Sapu ketiak yang berpeluh dengan baby wipes

Bagi korang yang cepat berpeluh, terutama di bahagian ketiak, memang agak segan nak berdepan dengan orang ramai.

Kalau ketiak korang dah bertukar jadi bawang atau cheese, kitorang sarankan agar korang gunakan baby wipes. Ia murah dan mudah dibawa ke mana-mana!

#5 Gunakan pencuci baju dengan wangian yang tahan lama

Satu lagi cara paling berkesan untuk sentiasa berbau wangi ialah dengan menggunakan pencuci baju dengan teknologi wangian yang tahan lama, contohnya seperti Bio Zip Parfum Bouquet atau Bio Zip Flora ni:

5 cara mudah agar korang sentiasa berbau wangi

Parfum Bouquet dan Flora ni bukan je boleh tahan lama sepanjang 15 hari, ia juga direka dengan teknologi khas iaitu Co-Enzymes Plus yang boleh menghilangkan kesan kotoran degil yang terdapat pada baju dengan mudah dan cepat. Bukan tu je, ia 99.9% anti-bakteria!

Untuk korang yang berkulit sensitif, pencuci ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang tak akan merengsakan tangan kalau korang cuci baju dengan tangan.

Bagi yang kisah tentang halal dan haram sesuatu produk, pencuci baju oleh Bio Zip ni turut disahkan Halal dan selamat digunakan oleh orang Islam.

Berminat? Korang boleh dapatkan pencuci Bio Zip ni di mana-mana pasaraya, kedai runcit, dan juga online!

Untuk info lanjut mengenai produk ni, klik di sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}