Kredit: tirachardz/Freepik.com
Menurut laporan Sinar Harian, rakyat Malaysia yang sudah melengkapkan dos kedua hanya sekitar 3.1% (setakat 28 Mei 2021). Walaupun ramai yang telah mendaftar untuk menerima vaksin, terdapat sebilangan daripada mereka yang tidak hadir bila tiba masa untuk divaksin.
Selain itu menurut KKM, ia menyasarkan 70 hingga 80% penduduk Malaysia mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, namun sehingga kini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Kenapa masih ramai yang enggan menerima vaksin? Salah satu sebabnya ialah teori konspirasi oleh golongan anti-vaksin yang merebak di media sosial dan menjangkiti minda orang ramai.
Antara teori konspirasi yang popular adalah vaksin COVID-19 yang ada boleh menyebabkan kemandulan, kesan sampingan yang parah, atau vaksin yang diberi mempunyai cip pengesan untuk menjejak segala gerak-geri kita. Ini semua tidak benar!
Kalau kamu ada ahli keluarga yang masih tak nak terima vaksin, cuba ikuti beberapa tips ini untuk memujuk mereka menerima vaksin bagi memastikan satu keluarga anda selamat:
#1 Kenalpasti sebab kenapa mereka tak nak divaksin dengan empati
Vaksin COVID-19 adalah sangat baru, dan sebab itulah ramai yang ragu-ragu dengan kemujaraban vaksin serta kesan sampingannya. Tambahan pula, dalam zaman teknologi maklumat ni, apa jua maklumat boleh didapati secara berleluasa dan tentunya ada maklumat yang salah dan palsu.
Mereka yang enggan divaksin mungkin telah terpengaruh dengan golongan yang gemar menyebarkan teori konspirasi tak berasas. Jadi cuba fahami sebab kenapa mereka tak nak divaksin tanpa menghukum mereka. Tanya dengan baik.
#2 Jelaskan bahawa teori-teori oleh anti-vaksin tentang vaksin COVID-19 adalah tak tepat
Beri penjelasan beserta bukti kukuh bahawa teori-teori konspirasi tentang vaksin COVID-19, contohnya seperti cip yang ditanam dalam badan agar kerajaan boleh mengesan segala tindak-tanduk kita, adalah tak tepat dan mengarut.
#3 Bantu mereka dalam mengenal pasti kepentingan menerima vaksin yang boleh memanfaatkan mereka secara individu
Kebanyakan orang yang memilih untuk diberi vaksin mempunyai tujuan yang kukuh, iaitu untuk melindungi keluarga, anak-anak, dan juga diri mereka sendiri. Terdapat juga sebahagian penerima vaksin yang ingin divaksin kerana mereka ingin bebas bergerak seperti biasa, keluar berjalan, dan kunjung-mengunjung.
Kongsikan tujuan kamu sendiri dalam menerima vaksin dan kepentingannya terhadap kamu agar orang tersayang yang anti-vaksin boleh terbuka mata dan hatinya. Bincangkan apa yang paling bermanfaat buat mereka selepas menerima vaksin.
#4 Bimbing mereka dalam proses mendapatkan vaksin
Proses menerima vaksin mungkin boleh mengelirukan sebilangan orang, contohnya seperti mereka yang tak celik teknologi. Kamu boleh kurangkan tekanan yang ada dengan membantu ahli keluarga atau rakanmu membuat temujanji vaksinasi di lokasi yang berdekatan dan, jika perlu, temani mereka ke sana. Tawarkan juga bantuan seperti pengangkutan atau menjaga anak jika mereka memerlukan penjagaan anak.
#5 Sentiasa pantau perkembangan proses vaksinasi mereka agar tak keciciran
Pastikan mereka telah buat pendaftaran di MySejahtera, mengemaskini maklumat peribadi dan status kesihatan, tarikh dan lokasi temujanji, status dos pertama dan kedua, dan sebagainya.
Demi memantapkan lagi keselamatan kamu sekeluarga selain daripada divaksinasi, kamu juga mesti pastikan bahawa baju yang dipakai sentiasa bersih atau segera membasuh baju setelah balik ke rumah. Ini kerana menurut kajian The Lancet Microbe, virus COVID-19 yang melekat pada permukaan baju/kain boleh hidup selama dua hari lamanya tau! Jadi kalau kamu pakai baju yang sama berturut-turut, kamu sekeluarga berisiko terkena jangkitan virus COVID-19.
Kreditt: The Lancet Microbe
Tanpa kamu sedari, kontak dengan orang lain ketika berada di luar berkemungkinan menyebabkan virus yang ada melekat pada baju. Jadi elakkan memakai baju yang sama lebih daripada sehari, dan pastikan kamu sentiasa mencuci pakaian dengan teliti. Kalau nak baju bersih yang 99.9% bebas dari virus COVID-19, apa kata kamu guna pencuci baju TOP?
Kredit:TOP Malaysia
Dengan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi di Malaysia, memilih pencuci baju yang dapat membersihkan baju dan juga boleh melindungi keluarga kita amat penting sekali. TOP merupakan penyelesaian menyeluruh yang bukan saja menyingkirkan kotoran, tetapi juga menghilangkan virus dan bakteria dengan berkesan.
Ia terkenal dengan perjuangan konsep kehidupan bersih menyeluruh melalui inovasi teknologi pencuci pakaian yang berterusan. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP yang baharu dengan Anti-Microbial Tech oleh Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria* secara berkesan. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.
Ia mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan menggabungkan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti-bau hapak, anti-debu hama*, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria* untuk perlindungan optimum.
Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, di samping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan kekal segar. TOP juga telah disahkan halal oleh JAKIM.
Jom dapatkan pencuci baju TOP ni di pasaraya dan kedai runcit yang terdekat! Kamu juga boleh dapatkannya secara online di Shopee.
Untuk info lanjut tentang TOP, layari di sini.
* Berdasarkan ujian makmal bebas di Jepun.