Kredit: Shutterstock
Korang tau tak, ubat gigi yang memberikan kesegaran pada nafas korang tu dah lama wujud sejak zaman Mesir kuno lagi, iaitu sekitar tahun 5000 sebelum Masihi?
Orang Mesir kuno dah pun cuci gigi diorang menggunakan ubat gigi yang diperbuat daripada serbuk lembu, abu, kulit telur yang dibakar dan batu apung, walaupun zaman tu berus gigi belum wujud lagi.
Bahan-bahan yang diorang gunakan memang pelik kalau nak dibandingkan dengan bahan ubat gigi zaman moden. Waktu zaman nenek moyang kita dulu pun, penjualan ubat gigi tak begitu meluas, dan bukan semua orang mampu beli ubat gigi.
Jadi kebanyakan dari mereka akan mengunyah bahan-bahan semulajadi bagi memberi kesegaran pada nafas. Ni lima benda yang korang boleh kunyah untuk nafas yang segar, kalau korang sanggup:
#1 Daun pasli
Kredit: Freepik
Ada daun pasli dalam spageti pun kita dah tak berkenan, ini kan pula nak mengunyah daun ni mentah-mentah!
#2 Buah pelaga
Kredit: Freepik
Mengunyah buah pelaga ni buat kitorang rasa macam makan manisan tradisional.
#3 Bunga lawang
Kredit: Freepik
Bunga lawang wajib ada dalam sup tradisional, tapi kitorang tak nak mulut yang berbau macam sup ayam!
#4 Kayu manis
Kredit: Freepik
Kitorang cuma boleh terima kayu manis kalau makan cinnamon roll je!
#5 Daun pudina
Kredit: Freepik
Letak daun pudina dalam asam laksa memang best, tapi nak mengunyah daun ni mentah-mentah? Takpelah kot!
Nak nafas yang segar tak perlu sampai menyeksa diri
Korang tak perlu menyeksa diri macam mengunyah benda yang korang tak suka semata-mata nak dapatkan nafas yang segar. Korang cuma perlu berus gigi dengan ubat gigi yang ada rasa pudina yang asli, contohnya macam ubat gigi Fresh & White perisa Natural Fresh Mint ni!
Dengan rasa pudina aslinya yang menyegarkan, ubat gigi ni juga memaparkan teknologi dari Jepun iaitu ‘Anti-Sugar Shield’ yang boleh melindungi gigi korang daripada mereput dan berlubang. So bagi korang yang suka sangat makan manisan, ubat gigi ni sesuai untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke atas!
Ubat gigi ni terdapat dalam dua saiz iaitu 160g dan pek kembar 225gx2. Korang boleh beli ubat gigi ni di mana-mana pasaraya dan farmasi yang terdekat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.