Kredit: cottonbro/Pexels
Di kala musim pandemik ni, kebanyakan daripada kita memang ada di rumah je. Lagi-lagi yang duduk di Kawasan PKPB atau PKPD, memang terperap ajelah kat rumah kalau takde urusan penting.
Tapi korang sedar tak, duduk di rumah tak semestinya boleh buat kita 100% sihat? Terdapat beberapa benda yang boleh buat kita tak sihat walaupun tak keluar rumah, iaitu:
#1 Karpet
Karpet boleh memerangkap habuk, kulat, hama, dan pelbagai kotoran lain. Bila korang bersihkan karpet atau berjalan kat atasnya, zarah-zarah tersebut boleh bercampur dengan udara di sekeliling rumah.
Korang boleh bersihkan karpet guna vakum dengan penapis HEPA sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
#2 Langsir
Lebih kurang sama macam karpet, langsir pun boleh memerangkap kulat, hama, bulu haiwan peliharaan, dan pelbagai alergen lain yang boleh buat kita alergik.
Walaupun langsir agak sukar dibersihkan, korang kena jugak cuci sekurang-kurangnya sebulan sekali. Cuci dalam mesin basuh dengan tetapan air panas.
#3 Air yang tercemar
Ni rasanya tak payah explain panjang-panjang pun semua dah faham kan kenapa ia boleh buat kita sakit. Air yang tercemar biasanya mengandungi bakteria, parasit, dan bahan kimia dari sisa buangan kilang. Gelinya kalau terminum air tercemar! Kalau mandi dengan air tercemar pulak, badan akan gatal-gatal.
#4 Tetapan humidifier yang terlalu tinggi
Humidifier berguna dalam memberi kelembapan kepada udara. Tapi kalau korang menetapkan kelembapan melebihi 50%, ia boleh mengundang bakteria, kulat, dan kuman lain. Bukan tu je, humidifier korang tu juga boleh mengundang kulat dan bakteria.
Jadi pastikan korang pantau selalu bila humidifier sedang dipasang, dan jangan tetapkan terlalu tinggi.
#5 Tilam berkualiti rendah
Jangan ingat beli tilam je dah setel tau. Kalau tilam tu berkualiti rendah, korang bakal mengalami masalah kesihatan dan insomnia yang menyebabkan masalah memori, kurang peka, kurang kreativiti, tekanan darah tinggi, berat badan naik, tekanan perasaan, dan masalah sakit belakang atau badan.
Kalau sayang diri korang sendiri dan family, jom sihat dan kuat bersama-sama!
Bak kata orang putih “health is wealth”. Kesihatan merupakan kekayaan yang perlu dijaga elok-elok agar korang dan keluarga tak merana di kemudian hari. Penting untuk kita sihat dan kuat bersama-sama, sebab itulah baru-baru ni Coway ada lancarkan tiga produk baharu yang boleh bantu korang dan keluarga sama-sama sihat:
#1 Glaze Water Purifier
Kredit: Coway
Selain menyingkirkan segala bakteria dan parasit yang boleh buat korang sakit, penulen air Glaze ni memaparkan fungsi air sejuk+ bagi memberi kesegaran, di mana ia mengekalkan pengekstrakan air sejuk secara konsisten.
- Harga sewa bulanan: RM119 (dengan servis percuma selama 5 tahun)
- Harga jualan: RM3,900 (dengan servis percuma selama 1 tahun)
#2 Lombok III Air Purifier
Kredit: Coway
Siapa yang ada masalah pernafasan atau alergik mungkin boleh dapat manfaat dari penulen udara Lombok III ni yang direka khas bagi memberikan perlindungan yang berkuasa. Ia dilengkapi dengan RBD Plasma, Ioniser dan Fine Dust Indicator yang merupakan perisai bagi melindungi korang sekeluarga dalam rumah.
- Harga sewa bulanan: RM109 untuk lima tahun (dengan servis percuma selama 5 tahun)
- Harga jualan: RM3,490 (dengan servis percuma selama 1 tahun)
#3 Super Single Mattress: Prime Series
Kredit: Coway
Tilam yang mantap oleh Coway ni merupakan tilam pertama di Malaysia yang boleh disewa dan didatangkan bersama Khidmat Penjagaan Tilam secara berkala. Harga tilam yang berkualiti kan mahal, so Coway nak semua orang selesa dan dapat tidur nyenyak dengan tilam berkualiti tinggi pada harga mampu milik.
- Harga sewa bulanan: RM129 (tilam sahaja), RM159 (tilam dan bedframe). Termasuk servis percuma selama 5 tahun
- Harga jualan: RM5,380 (tilam sahaja), RM7,080 (tilam dan bedframe). Termasuk servis percuma selama 1 tahun
Macam mana? Memang mampu milik kan? Jom dapatkannya sekarang!
Kredit: Coway
Untuk info lanjut, layari www.coway.com.my.