Kredit: Freepik
Hampir setiap wanita inginkan rupa paras yang jelita, dan salah satu perkara yang boleh mencantikkan seseorang ialah kulit yang bersih dan sihat.
Kalau nak kulit yang berseri dan sihat, kenalah usaha dengan memulakan rutin penjagaan kulit, mengamalkan gaya hidup yang sihat, dan memakan atau menggunakan bahan-bahan semulajadi yang memberi kesan terhadap kesihatan kulit.
Kalau korang nak tau, lima bahan semulajadi ni mempunyai pengaruh besar terhadap kecantikan kulit:
#1 Oren
Buah oren tinggi kandungan asid sitrik yang membantu dalam pengelupasan kulit mati dan mengeringkan jerawat secara semulajadi tanpa merengsakan kulit.
#2 Lobak merah
Lobak merah tinggi kandungan vitamin C yang sangat penting bagi memulihkan penyakit dan masalah kulit. Ia membantu kulit untuk pulih dengan lebih cepat berbanding biasa. Beta-karotena dalam lobak merah juga mengurangkan keradangan kulit.
#3 Kunyit
Kredit: Wikipedia
Kunyit ialah sejenis bahan anti-bakteria yang bukan saja membunuh bakteria penyebab jerawat dan menghalangnya daripada merebak ke seluruh muka, tetapi juga mengurangkan kemerahan pada kulit.
#4 Lidah buaya
Selain menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar, lidah buaya boleh memberi kelembapan pada kulit, menghilangkan kemerahan, dan mengurangkan keradangan kulit disebabkan oleh jerawat.
#5 Air mawar
Air mawar ialah sejenis bahan anti-radang yang boleh membantu dalam mengurangkan kemerahan dan jerawat. Ia juga merupakan pembersih kulit yang baik dan membantu dalam mencuci minyak dan kotoran yang melekat pada pori tanpa menggatalkan atau merengsakan kulit.
Mulakan rutin penjagaan kulit yang mengandungi bahan semulajadi
Bahan-bahan semulajadi seperti yang disenaraikan di atas ialah yang terbaik untuk korang guna dan amalkan dalam rutin penjagaan kulit.
Tapi, kalau rasa leceh nak prepare, guna je Set 5-Dalam-1 yang menyeluruh seperti set oleh Deeja Cosmetic ni, yang mengandungi semua bahan di atas.
Guna set ni pun dah cukup untuk korang naikkan seri wajah dan kekalkan kecantikan serta kesihatan kulit, tanpa mengira jenis kulit. Set ini juga sesuai digunakan untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam.
Set 5-dalam-1 ni termasuk sabun pembersih muka, toner nano, sun cream, Zulai cream (krim malam) dan Laika cream (krim malam).
Baguskan set ni? Jom mulakan rutin kecantikan kulit menggunakan Set 5-Dalam-1 ni!
Untuk info lanjut, lihat laman Facebook atau Instagram Deeja Cosmetic.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.