Kredit: wayhomestudio & iribo/Freepik
Dalam kesibukan harian kita, confirm ada kalanya kita terlalu fokus kat kerja, pelajaran, keluarga atau apa je sampai diri sendiri terabai. Cuba fikir bila kali terakhir korang betul-betul ada me time? Waktu di mana korang boleh relaks-relaks tanpa sebarang gangguan.
Selalunya bila nak manjakan diri orang akan pergi ke spa di mana serba-serbi servis lengkap boleh dinikmati, termasuklah urut wajah dan muka, baring-baring sambil pakai masker wajah serta dikelilingi oleh aroma wangi diffuser, dan akhir sekali makeover.
Kalau korang tak boleh keluar rumah atau spa terlalu mahal untuk korang, jom nikmati self-care time dan buat je spa sendiri kat rumah! Senang je, ni caranya:
#1 Pilih ruang yang bersesuaian
Mula-mula sekali korang kena pilih ruang yang bersesuaian di mana ianya cukup selesa, kemas dan tak berserabut. Tak kisahlah ruang tamu ke, bilik korang sendiri ke, bilik tetamu ke, asalkan sesuai.
#2 Setup ruang tu bagi menyerupai spa
Bila dah tau kat ruang atau bilik mana korang nak chillax untuk self-care time, korang boleh setup tempat tu bagi menyerupai spa. Contohnya macam kurangkan cahaya lampu bagi gelap sikit, pasang lagu yang menenangkan, nyalakan lilin atau diffuser beraroma, dan sebagainya.
Nak lagi extra boleh hias dengan meletak tumbuhan-tumbuhan kecil, sediakan set tray yang lengkap dengan bunga-bungaan, tuala kecil, minyak pati, pink Himalayan salt, dan apa saja yang korang rasa boleh menyerupai spa betul.
#3 Rancang aktiviti yang nak dibuat
Empat aktiviti yang paling popular di kebanyakan spa ialah urutan khusus (contohnya Thai massage atau reflexology), rawatan wajah (memakai masker wajah), rawatan tubuh (contohnya menyapu tanah liat atau skrub garam di seluruh tubuh atau berendam dalam bathtub), dan makeover (contohnya mani/pedi, mekap oleh jurusolek, atau dandan rambut gaya baru oleh hairstylist).
Korang boleh mulakan spa day dengan mengurut diri sendiri secara simple (sama ada gunakan tangan atau alat reflexology). Kemudian cuci muka sebelum memakai masker wajah. Kalau nak rendam dalam bathtub sambil pakai masker pun ok. Akhir sekali bolehlah makeover diri korang.
#4 Sediakan produk-produk kecantikan atau penjagaan diri
Bila dah rancang segala aktiviti yang nak dibuat, senanglah korang nak sediakan produk-produk yang diperlukan. Kalau nak spa day korang lagi best, apa kata korang check out WonderDewi Flexi GOOODPlan oleh WonderLab ni?
Pelan yang fleksibel ni terdiri daripada tiga produk variasi yang boleh dipilih, iaitu:
WonderDewi DewiChic Lip Tint Mood Collection
WonderDewi Moonlight HydroGel Mask
WonderDewi 14-Day Wonder Kit
Dengan hanya RM75 sebulan dan penghantaran PERCUMA, korang boleh pilih salah satu produk penjagaan kulit atau kosmetik sesuka hati korang tiap-tiap bulan!
Tampil lebih GOOOD dan anggun bagai dewi! Gunakan masker muka untuk kulit yang lebih lembut dan mulus, dan lip tint bila korang nak makeover.
Untuk info lanjut, layari laman web rasmi WonderLab, Facebook WonderLabOfficial atau Instagram WonderLabOfficial.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.