Kredit: Freepik
Bagi korang yang tengah study, mungkin banyak masa yang korang habiskan di meja dan duduk di depan komputer berjam-jam lamanya.
Bagi gamer tegar pulak, korang mungkin tak puas main untuk sejam dua je. Kebanyakan gamer akan meluangkan masa yang lama untuk bermain game.
Duduk berjam-jam di kerusi boleh menyekat peredaran darah. kerusi yang tidak selesa dan tak menyokong tulang belakang boleh menyebabkan sakit pinggang. Komputer yang tidak setaraf dengan paras mata boleh menyebabkan tekanan dan sakit leher.
Lama kelamaan ini semua boleh mempengaruhi postur badan korang. Sebab itulah ramai di antara kita yang kelihatan bongkok dan sering sakit-sakit badan meskipun usia masih muda.
Kalau korang nak duduk lama-lama dengan selesa dengan postur tubuh yang sempurna, tak perlu berbelanja sampai ribuan ringgit pun. Gunakan saja empat barangan ergonomik yang menyokong tubuh badan korang ketika sedang duduk ni:
#1 Meja boleh ubah
Kredit: Lazada
Sekarang ni, buat kerja sambil berdiri sedang trending. Terdapat beberapa kelebihan yang ada, contohnya seperti melancarkan peredaran darah.
Korang boleh gunakan meja boleh ubah di mana ketinggian meja boleh diubah mengikut keselesaan korang, sama ada ketika sedang duduk mahupun berdiri.
Beli meja boleh ubah ni.
#2 Kerusi ergonomik
Kredit: Lazada
Kerusi ergonomik dilengkapi dengan teknologi dan sistem yang menyokong tulang belakang serta tubuh badan secara keseluruhannya.
Beli kerusi ni.
#3 Tetikus ergonomik
Kredit: Lazada
Kalau tak nak jari-jemari korang lenguh, gunakan tetikus ergonomik.
Beli tetikus ni.
#4 Pad ergonomik
Kredit: Lazada
Pad ergonomik ni menyokong tekanan di sekitar pergelangan tangan korang supaya darah tidak tersekat, yang boleh menyebabkan rasa sakit tangan dan kebas.
Beli pad ni.
Dapatkan kesemua barangan ergonomik ni untuk keselesaan dan kesihatan korang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.