Kredit: Canva (@gnepphoto & @gettyimages)
Korang tahu tak, sebenarnya ada beberapa gajet yang mampu kurangkan beban korang jika ditimpa masalah berkaitan kenderaan?
Memang ‘life saver’ terutamanya untuk kaum wanita yang kurang pakar berkaitan kereta.
Jom kami kongsikan 3 gajet kereta yang korang patut cuba!
#1 Tayar Kurang Angin? Kesan Lebih Awal Dengan ✅ Tire Pressure Monitor
Kredit: Canva (@gettyimages)
Bila memandu ni, perkara paling ‘turn off’ sekali apabila tayar pancit! Lagi teruk kalau kita sendiri tak sedar tayar sebenarnya dah pancit, confident teruskan memandu.
Bila dah teruk, kereta dah bergoyang baru lah sedar tayar dah pancit!
Jadi untuk kurangkan risiko sebegini, alat seperti Tire Pressure Monitor sangat berguna.
Sangat mudah, hanya letakkan nut sensor di setiap tayar dan paling best kita boleh pantau kadar tekanan angin yang dipaparkan pada monitor disediakan.
Data sebegini sangat bagus untuk menyemak tekanan angin tayar sebelum memandu.
Boleh check out sini 👉 Tire Pressure Monitor
#2 Tayar Tiba-Tiba Pancit? Kurang Angin? Standby Air Pump!
Kredit: Canva (@Africaimages)
Ini pun antara ‘life saver’ kalau tayar korang kekurangan angin terutama jika berada di kawasan yang terpencil.
Memang sangat membantu, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi kereta ‘stranger’ pun korang boleh bantu!
Dengan harga yang tidak terlalu mahal, air pump ini antara gajet yang korang wajib ada!
Boleh check out sini 👉 Air Pump
#3 Bateri Kong? Jump Starter Power Bank Kena Standby Selalu!
Kredit: Canva (@gettyimages)
Tidak dinafikan khidmat bantuan dan jualan bateri kereta sekarang makin banyak dan meluas. Namun, bak kata pepatah, langit tak selalunya cerah kan?
Kalau kita berada di lokasi yang agak terpencil ataupun masa yang sudah lewat malam, maka ‘Jump Starter Power Bank’ ni sangat membantu.
Kebanyakan alat ini didatangkan dengan dua fungsi iaitu mengecas telefon pintar dan pada masa sama mampu menjadi ‘jump starter’ kereta.
Boleh check out sini 👉 Jump Starter
Jadi mudah kan?
Dengan harga yang tidak terlalu mahal, tiga gajet ini sedikit sebanyak mungkin meringankan beban korang sekiranya ditimpa masalah kenderaan! Selamat mencuba!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.