Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

tips dua posen

3 Ayat Manis Yang Perlu Dijauhi Agar Anda Tak Rugi Beribu Ringgit

Sekali terpedaya, habis licin simpanan di bank. Elakkan tipu daya skim penipuan… kunjungi InvestSmart Fest 2017!
Editor
11 Oct 2017, 04:17 PM

Scammer, taktik penipuan alaf baru yang sentiasa berevolusi. Hanya satu panggilan yang diterima atau satu email, cukup untuk menjadikan kita mangsa. Mereka cukup licik! Kurangkan risiko ini dengan mengenal pasti jenis pelaburan haram yang ditawarkan melalui ayat biasa yang digunakan.

#1 "Hanya bayar RM300 sekali seumur hidup, dan anda akan dapat pulangan 3 kali ganda setiap bulan."

via GIPHY

Ini antara ayat biasa yang digunakan. Sentiasa ingat setiap pelaburan ada risikonya. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang terlalu hebat sehingga tak tercapai dek akal.  

 

#2 "Tawaran kami terhad kepada pelanggan terpilih sahaja. Anda perlu bayar sekarang jika tidak mahu lepaskan peluang sekali seumur hidup ini."

via GIPHY

Usah terima tawaran dalam situasi yang memberi tekanan seperti ini. Jika perniagaan ini benar dan sah, anda masih boleh mendapatkan perkhidmatan mereka pada bila-bila masa.

 

#3 “Kami janjikan pulangan tinggi dan tetap tanpa risiko. Setiap hari dapat profit.”

via GIPHY

Jangan mudah terpedaya dengan ayat ini, kerana tiada jalan singkat untuk mendapatkan wang yang lumayan tanpa melibatkan sebarang risiko.

 

via GIPHY

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, jangan mudah terpedaya! Sebaiknya siasat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk kepastian dan jika masih ragu-ragu, katakan sahaja 'tidak'. Anda juga boleh membuat laporan tentang aktiviti scammer ini kepada Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan SC di nombor 03–6204 8999.

Biarpun apa produk pelaburan yang anda pilih, adalah amat penting untuk melabur melalui pihak-pihak yang dilesenkan oleh SC iaitu para pengantara pasaran. Proses pelesenan memastikan bahawa sesebuah syarikat atau individu mematuhi peraturan dan garis panduan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti pelaburan dalam pasaran modal. Pihak-pihak ini juga akan diawasi dan dipantau oleh pihak SC. Jangan sesekali melabur melalui mereka yang tidak berlesen, kerana skim yang ditawarkan berkemungkinan besar mengandungi unsur penipuan!

Ayuh tingkatkan kesedaran anda tentang skim pelaburan tidak sah dengan menyertai aktiviti Larian ScamBuster yang dianjurkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 15 Oktober 2017 ini sempena acara tahunan InvestSmart Fest 2017.

Jom jadikan larian ini aktiviti riadah keluarga yang menyihatkan dan pada masa sama menyumbang kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan. Pendaftaran boleh dilakukan di laman sesawang InvestSmart di www.investsmartsc.my.

3 ayat manis yang perlu dijauhi agar anda tak rugi beribu ringgit

Kunjungi juga InvestSmart Fest Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dari 13 hingga 15 Oktober, dan ketahui dengan lebih lanjut asas-asas kukuh yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang mantap.

Acara tahunan ini mengumpulkan lebih 60 institusi pasaran modal termasuk persatuan, penggiat industri dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung. Pelbagai ceramah dan seminar oleh pakar-pakar industri terkemuka juga akan berlangsung.

Sepanjang tiga hari itu pengunjung boleh mendapatkan penilaian mengenai perancangan kewangan mereka di peringkat permulaan secara PERCUMA. Orang ramai boleh mendaftar bagi mendapatkan penilaian awal percuma daripada perancang kewangan berlesen ketika InvestSmart Fest dengan menghantar nama, nombor kad pengenalan dan butiran perhubungan melalui emel kepada investsmart@seccom.com.my. Tempat duduk adalah terhad!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}