Penyanyi, Aiman Tino mengakui bahawa popularitinya sebagai penyanyi semakin menurun berbanding rakan artis lain.
Dipetik dari Gempak, Aiman berkata bahawa dia tak mahu cepat melatah dan mahu mengeluarkan single terbaru bagi peminat-peminatnya.
"Bagi saya ini semua soal rezeki, setiap orang ada bahagian masing-masing dan saya sedar kerjaya seni saya agak perlahan kebelakangan ini.
"Sebagai seorang anak seni saya tidak boleh cepat melatah sebaliknya saya akan cuba cari lagu lebih wow dan tarik semula pendengar.
"Buat masa sekarang ini saya tak mahu terlalu memikirkan tentang hal ini kerana takut depresi.
"Bagi saya industri ini adalah punca rezeki saya dan keluarga jadi saya harus terus berusaha untuk kembali menempa nama dalam industri,” katanya.
Aiman mula dikenali menerusi lagu Ku Rela Dibenci pada tahun 2016.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.