Salah seorang ahli kumpulan BTS, iaitu J-Hope, dipuji atas tindakannya memberikan bantuan derma kepada pelajar sekolah yang memerlukan.
J-Hope dilaporkan memberikan sumbangan sebanyak 100 juta won (RM350 ribu) sebagai bantuan biasiswa menerusi Ibu Pejabat KoreaFund di Gwangju kepada Akademi Choontae.
Akademi Choontae merupakan salah satu yayasan pendidikan dan bantuan tersebut digunakan sebagai bantuan kepada Sekolah Tinggi Perempuan Jeonnam.
Selain itu, J-Hope juga pernah menderma 150 juta won (RM525 ribu) kepada ChildFund Korea dan menyumbangkan 100 juta won (RM350 ribu) untuk menyokong pelajar berpendapatan rendah.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.