Artikel ini ditaja oleh Tunamaya Beach & Spa Resort
Kredit: Tunamaya
Tidak dinafikan Malaysia memang kaya dengan pantai yang serba indah dan cantik.
Tambahan pula sekarang ramai yang lebih memilih percutian di tepian pantai kerana lebih tenang dan mendamaikan.
Nak hilangkan stress lah katakan!
Sebut tentang pantai, tahu tak pantai Desaru yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor kini antara lokasi tumpuan ramai pelancong?
Bukan sebab pantainya cantik dan airnya jernih saja tau, sebenarnya banyak lagi aktiviti dan destinasi menarik yang mungkin korang tak tahu pun wujud di sekitar Desaru!
Apa Yang Menarik Sangat Sekitar Desaru Ni?
#1 Malam Diterangi Oleh Cahaya Kelip-Kelip!
Kredit: Canva
Siapa sangka, berdekatan Desaru ini rupanya ada port untuk melihat kelip-kelip berterbangan sambil mengeluarkan cahaya!
Terletak di sebuah restoran di Bandar Penawar, korang bakal terpukau dengan ‘persembahan’ cahaya oleh kelip-kelip atau turut dikenali sebagai kunang-kunang ini.
Mana nak dapat momen macam ni guys sebab tak semua tempat ada kelip-kelip tau!
Memang pengalaman berharga, lokasi ini pun tak jauh, hanya 17 minit daripada Pantai Desaru.
#2 Layan Burung Unta Di Ostrich Farm Desaru! Comel Weh!
Jangan tak percaya di Desaru ada ladang burung unta ya. Memang rare habis!
Jika ke Ostrich Farm Desaru ni, korang bukan saja berpeluang melihat burung unta secara dekat, malah boleh sentuh, belai dan beri makan burung ni tau.
Kalau bawa anak-anak ni, memang cukup suka lah!
Ostrich Farm Desaru dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 6 petang dan perjalanan dari Pantai Desaru hanya 27 minit daripada Pantai Desaru.
#3 Teroka Lebih 80 Spesis Burung! Khazanah Berharga Desaru!
Kawasan sekitar Desaru bukan saja indah dari aspek pantainya, malah ia juga menjadi daya tarikan lebih 80 spesies burung!
Jika ke Pantai Desaru, korang berpeluang untuk melihat spesies-spesies burung ini dengan lebih dekat.
Bermacam spesies dan jenis burung, sesuai buat mereka yang ‘dahagakan’ aktiviti yang lain daripada lain.
Difahamkan, waktu terbaik untuk memerhati burung ini adalah pada waktu pagi dan lewat tengah hari apabila burung ini paling aktif.
#4 Desaru Beach & Tide Pool Walking Tour
Pernah terbayang tak kawasan Pantai Desaru ketika air surut? Jangan terkejut kerana ia agak berbeza daripada kawasan pantai lain.
Ketika waktu ini, korang berpeluang untuk melihat permukaan batu yang sangat unik seolah-olah membentuk satu kolam kecil.
Malah, ketika tempoh ini jugalah banyak spesies hidupan laut kecil yang muncul ketika laut surut. Memang tak jumpa tempat lain guys!
#5 Tunamaya Beach & Spa Resort, Port Staycation Paling Cantik!
Kredit: Tunamaya
Priceless! Itu ungkapan apabila pertama kali melihat pemandangan pantai Desaru dari Tunamaya Beach & Spa Resort!
Korang tengoklah sendiri view laut daripada atas resort ini, memang terletak betul-betul di hadapan pantai Desaru guys!
Ni kalau dapat layan waktu matahari terbenam memang enjoy habis!
Tapi Apa Lagi Yang Menarik Di Tunamaya Beach & Spa Resort?
#1 Satu-Satunya Hotel Di Desaru Menghadap Pantai!
Kredit: Tunamaya
Kalau korang ke Desaru, wajib tau menginap di Tunamaya Beach & Spa Resort kerana ia satu-satunya hotel di Desaru dengan pemandangan Pantai Desaru dari setiap bilik!
Bayangkan semuanya ada 134 bilik, semuanya menghadap pantai ya! Tak ada pilih kasih, semua boleh nikmati keindahan pantai Desaru.
Nak lagi insta-worthy? Korang boleh enjoy sarapan atau minum petang di balkoni sambil melihat pemandangan pantai. 📸
Sebab itulah, Tunamaya Beach & Spa Resort menjadi pilihan utama kebanyakan pelancong!
#2 Padat Aktiviti Menarik! Fun Habis!
Dah nama pun bercuti di pantai, mestilah wajib ada aktiviti pantai atau laut kan? Jangan risau, bucket list korang confirm penuh ✅ kalau staycation di Tunamaya Beach & Spa Resort.
Korang boleh cabar adrenaline dengan pelbagai aktiviti seperti parasailing, jet ski, high ropes adventure park dan banyak lagi.
Oh, kalau korang nak buat team building pun onz tau!
Tak kisahlah hari keluarga ke, reunion atau syarikat korporat sekali pun, korang boleh adakan team building di Tunamaya Beach & Spa Resort.
#3 Dewan Acara Besar & Selesa!
Kredit: Tunamaya
Kalau dah ada team building, mesti kena ada ruang yang luas dan selesa kan?
Bagusnya tentang Tunamaya Beach & Spa Resort ni, mereka ada tiga ruang acara yang berbeza mengikut kapasiti.
Sesuai sangatlah untuk makan tengahari atau makan malam korporat, mesyuarat, acara pasukan mahupun persidangan.
Tidak ketinggalan, fasiliti wajib setiap kali menginap di hotel atau resort iaitu kolam renang, gimnasium, spa dan juga premis jualan. Complete!
#4 Wedding Tepi Pantai? Mimpi Jadi Realiti!
Kredit: Tunamaya
Pernah tak korang pasang angan-angan untuk adakan majlis perkahwinan di tepi pantai?
Semua tu bukan lagi kisah dongeng tau sebab ia boleh ditunaikan di Tunamaya Beach & Spa Resort!
Dengan keindahan luar biasa Pantai Desaru, korang bayangkanlah jika hari persandingan berlangsung di sini! Fuh kalah selebriti Hollywood! 😍
Paling bagus, Tunamaya Beach & Spa Resort ada menyediakan segala perkhidmatan dan pakej majlis perkahwinan.
Hari persandingan korang sure perfect di Tunamaya Beach & Spa Resort.
#5 Lokasi Onz Habis, Strategik Kalau Nak Ke Destinasi Utama Lain!
Jika lihat balik semua lokasi di atas, memang semuanya sangat dekat dengan Tunamaya Beach & Spa Resort.
Tidak keterlaluan jika menganggap Tunamaya Beach & Spa Resort tempat penginapan paling strategik jika ke Desaru.
Bayangkan, kalau nak ke Adventure Waterpark Desaru Coast tu, lima minit je guys! 🤭
Bandar Penawar pula hanya 10 minit manakala 15 minit jika mahu ke Desaru Fruit Farm.
Tak cukup lagi? Korang boleh jalan kaki saja jika mahu menikmati makanan laut seperti Nelayan Seafood by the Coast, Restoran Pawana, Santai Tepi Pantai Kopitiam Desaru dan banyak lagi! 😋
Tunggu Apa Lagi? Jom Bercuti Di Tunamaya Beach & Spa Resort!
Memang berbaloi sebenarnya bercuti di Tunamaya Beach & Spa Resort, tambahan pula sekarang ada banyak pakej menarik termasuklah untuk honeymoon. 😍
Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi, bawa ahli keluarga tersayang atau staycation dengan rakan baik korang di Tunamaya Beach & Spa Resort.
Sambil bercuti, korang boleh explore bermacam destinasi menarik sekitarnya!
Untuk maklumat lanjut, check out Tunamaya Beach & Spa Resort atau korang boleh tempah terus menerusi WhatsApp 👇
Siti (012-88 8105)
https://wa.me/+60128818105
Hani (018- 88 8267)
https://wa.me/+60188818267