Wuhuuu! Bila sebut perkataan ‘melancong’ siapa yang tak suka, kan? Sebut pula Brisbane, terus terbayang Koala Lone Pine dan Gold Coast. Korang yang plan nak pergi Brisbane tu, tak perlu risau tentang makanan halal. Tempat best, makanan halal pun banyak. Ni kami senaraikan beberapa tempat makan halal di Brisbane yang korang patut pergi.
Restoran Turki yang terletak bertentangan Sungai Brisbane ini pernah dianugerahkan sebagai Restoran Terbaik Australia pada 2013. Antara makanan yang menjadi pilihan di sini ialah kambing panggang.
Kredit: Have Halal Will Travel
The Plaza Food Court yang terletak di Seaworld, Gold Coast menghidangkan beberapa makanan halal barat seperti burger ayam dan fish and chips. Uniknya, restoran ini juga menyediakan ruangan solat lelaki dan wanita dengan pintu masuk yang berbeza kepada para pengunjung.
Restoran keluarga Maghribi ini terletak di Bandar Fortitude Valley. Restoran ini dihiasi dengan elemen kontemporari dan elegan dari Timur Tengah. Antara tarikan di restoran ini adalah kelembutan daging kambingnya.
Nama restoran pun dah menerangkan apa makanan yang disediakan di sini. Gado-gado dan ayam rica-rica kebiasaannya menjadi pilihan pengunjung. Jika ingin ke sini, anda digalakkan untuk membuat tempahan awal kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pengunjung.
Pengggemar kebab dan roti perlu datang dan merasai sendiri keenakan makanan di restoran ini. Walaupun sentiasa dipenuhi pelanggan, semua yang berkunjung ke sini masih lagi berasa selesa kerana restoran ini mempunyai ruang yang besar dan dihiasi dengan perabot kayu antik. Tempat makan di bahagian luar juga disediakan untuk para pengunjung.
Di sini, pengunjung akan dapat melihat live band secara langsung sambil menikmati makanan di tempat yang dikatakan sebagai dunia street food. Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini.
Antaranya di Miss Claude’s Crepes, satu restoran yang menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut dan manisan.
Di Australia, Gold Coast mempunyai lebih banyak restoran halal. Untuk ke sana, pemanduan daripada Brisbane cuma mengambil masa kurang 2 jam. Malaysia Airlines menawarkan penerbangan terus ke Brisbane pada setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu bermula harga RM2,329. Jangan lepaskan peluang ini!
Selain food hunting, nak tau apa lagi yang best di Brisbane? Jom check out video-video ni dan cepat-cepatlah check out Malaysia Airlines untuk book penerbangan korang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.