Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

ready set jom

Pertembungan Hero Kegilaan Ramai! Siapa Bakal Jadi Kapla? 5 Sebab Wajib Layan High Council đŸ”„

High Council membongkar sisi gelap sekolah asrama! Betul ke High Council daripada kisah benar?
Hanafis Haris

Artikel ini ditaja oleh Astro

High Council cetus fenomena

Kredit: Astro

Sana sini ada je dialog ‘Kapla’ ni lalu timeline atau fyp media sosial korang kan?

Betapa hebatnya drama siri terbaru Astro Original High Council ni. Baru je ditayangkan 14 Januari lalu, sekarang dah jadi fenomena đŸ”„

Tapi dalam pada viral tu, mesti ada yang belum sempat layan atau masih terpinga-pinga apa sebenarnya High Council ni kan?

High Council Mengisahkan Tentang Apa?

High Council drama siri wajib tonton

Kredit: Astro

Kalau korang nak tahu, High Council berkisarkan tentang dua beradik, Fakri (Mierul Aiman) dan Naim (Nadhir Nasar) yang telah terpisah sejak mereka masih kecil.

Mereka kemudian bertemu semula di KUDRAT iaitu sebuah sekolah asrama berprestasi tinggi. 

Atas sebab tertentu, mereka terpaksa memasuki gelanggang ‘Pilihanraya”, sebuah pertarungan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh High Council.

Pemenang ‘Pilihanraya’ dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT! đŸ’Ș

Jadi Apa Yang Menarik Tentang High Council Ni? 

Mesti ramai yang menyangka High Council adalah drama siri remaja sekolah atau ‘Coming-Of-Age’ yang kebiasaan korang pernah layan kan?

Haa rileks dulu, ini antara fakta menarik yang bakal buat korang ‘mindblown’. đŸ€Ż

#1 Diinspirasikan Daripada Kisah Benar Sekolah Berasrama Penuh! Eh Betul Ke Wujud High Council?

Antara sebab korang wajib layan High Council ni sebab ia diinspirasikan daripada kisah benar, memang pernah berlaku di Malaysia! 

Negara pernah digemparkan dengan isu kumpulan gengsterism High Council di sebuah sekolah berasrama satu ketika dulu.

Isu tu memang kecoh lah bila melibatkan kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk membuli. 😡

Dengarnya, budaya High Council ini wujud sejak 1992 tau dan bukan berlaku dalam satu sekolah saja!

Dengar true story ni pun dah gempak kan? Macam mana lah kisah ni dibawa masuk ke dalam High Council. Sebab tuuu lah korang kena layan series ni! 🍿

#2 Padat Aksi Fighting Weh! Tak Senang Duduk, Intense Betul đŸ”„đŸ”„đŸ”„ 

Rasanya tak terlalu keterlaluan jika menganggap High Council antara drama siri aksi terbaik pernah dihasilkan di Malaysia terutama genre ‘Coming-Of-Age’.

Nampak je macam drama sekolah menengah, tapi hakikatnya ada banyak babak yang bakal buat korang jawdrop atau speechless!

Korang bayangkan, tradisi Kudrat saja dah bermacam-macam. Belum lagi kalau ada babak pertarungan gelanggang ‘Pilihanraya’, memang bertambah intense lah!

Persoalannya siapa yang menang dalam pertarungan ini sekali gus menjadi ‘Kapla’ (ketua)? Haa korang kena layan lah! 

#3 Sisi Gelap Sekolah Berasrama?

Siapa yang layan High Council, confirm akan ‘throwback’ kenangan dekat sekolah dulu, terutama kalau korang bersekolah asrama penuh!

Daripada rutin bangun seawal subuh atau beratur ambil makanan dekat kantin hingga lah momen kena marah dengan warden. Throwback habis weh!

Tapi dalam High Council ni dia next level sikit tau, drama ni akan bongkarkan sisi gelap yang sehingga kini menjadi realiti sebahagian besar pelajar sekolah berasrama. 

Paling tak percaya episod 6 ‘Predator’, fuhhh menyirap weh 😡. Rasa geram, marah, sedih semua ada.

#4 Hero Bikin Cair, Nadhir Nasar, Mierul Aiman & Amir Ahnaf. đŸ”„ Tapi Salah Sorang Tu Bully Survivor?

High Council penuh aksi

Kredit: Astro

Ini baru hero guys! High Council membariskan ramai pelakon baru super berbakat yang makin digilai ramai. Semua bawa watak dengan cukup cemerlang! 

Paling best kebanyakan daripada watak utama dilakonkan oleh juara dan finalis Hero Remaja macam Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf!

Paling viral sekarang ni confirm lah Amir Ahnaf yang bawa watak Kahar tu. Babak dia menggelarkan diri sebagai Kapla memang viral habis.

‘Kapla’ Kahar Pernah Kena Buli?

Tapi dalam memegang watak antagonis, korang tahu tak Amir pernah jadi mangsa buli ketika bersekolah berasrama penuh? Macam tak percaya kan? 

Menurut finalis Hero Remaja 2021 itu, salah satu sebab dia menerima watak Kahar kerana mahu memberikan kesedaran buat anak muda terhadap bahaya buli. Fuhh inspired betul!

@f8buzz #Kapla pernah dibuli di dunia nyata? @amir.ahnaff cedera banyak kali di #HighCouncil Vid penuh YT @f8buzz #Kudrat #amirahnaf ♬ original sound - F8Buzz

Selain Amir dan pelakon Hero Remaja lain, High Council juga membariskan pelakon A list macam Hasnul Rahmat, Aida Aris, Azhar Sulaiman, Ben Tan, Edika Yusof, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Tak ketinggalan ‘bunga’ dalam series ni, Daiyan Trisha. 😍

Pssttt.. Penyanyi berbakat, Naim Daniel pun ada tau membawa watak Ayam! Nak tahu kenapa Ayam korang tengoklah yer.

#5 Pengarah Sama Hasilkan Projek: Anchor SPM? Universe Lain Ke Ni? 

Walaupun filem ni memfokuskan situasi di sekolah menengah, tapi ada sebab kenapa High Council antara series ‘Coming-Of-Age’ yang berkualiti hasilnya.

Korang tengok je lah sinematografi dan color grading semua memang dah macam tengok k-drama!

Jangan tak tahu, pengarah High Council adalah individu sama yang mengarah Projek: Anchor SPM yang juga pernah mencetuskan fenomena ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) dulu iaitu Anwari Ashraf!

Menurut Anwari, story development High Council saja mengambil masa 11 bulan untuk disiapkan tau! 

Wajib Tonton High Council! Siapa The Next Kapla? 

Jadi sekarang korang dah tahu lah kan kenapa High Council mencetuskan fenomena dan jadi perbualan ‘hangat’ ramai.

Walaupun mengetengahkan sisi gelap sekolah asrama, High Council juga banyak menyuntik nilai positif yang boleh dijadikan tauladan dan iktibar. 

Selain itu, kualiti lakonan serta produksi yang top notch juga menjadikan drama siri ini wajib ditonton!

Jadi tunggu apa lagi? Kalau belum layan High Council dan nak tahu siapa Kapla seterusnya, cepat-cepat layan! 

Make sure korang tak terlepas menyaksikan episod finale pada 18 Mac ni, hanya di On Demand atau Astro GO!

Episod final High Council

Kredit: Astro

Untuk korang yang tak boleh nak move on dengan diorang ni, korang boleh strim High Council setiap Sabtu menerusi On Demand atau Astro GO, bolehlah tengok berulang kali!

Yang terlepas episod tu pula, korang jangan lupa check out Astro Ria atau di On Demand dan Astro GO, setiap Isnin jam 9 malam.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk Drama terbaik di Astro. Google Astro sekarang!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}