Artikel ini ditaja oleh Rebak Island Resort
Kredit: cookie_studio & Rebak Island Resort; Edit: ERA
Bila tiba je hujung tahun, ramai yang akan ambil peluang habiskan cuti tahunan, sambil chill dengan BFF atau famili. Ada yang pilih lokasi ‘dekat-dekat’ je, ada pula yang prefer tempat jauh atau yang belum pernah pergi. Korang pula macam mana? Takde plan nak pergi mana-mana ke?
Untuk yang tengah survey tempat percutian best, korang tak perlu terbang jauh, kat Malaysia ni pun ada pulau peribadi untuk korang nikmati percutian mewah yang eksklusif. Paling penting, harganya mampu milik.
Jom Bercuti Ke Rebak Island Resort & Marina Langkawi
Pulau ni memang cantik guys! Sekali korang jejak ke lokasi ni sure korang rasa nak pergi lagi! Ada banyak sebab kenapa kitorang kata tempat ni memang terbaik. Antaranya:
Lokasi
Walaupun terletak kat pulau peribadi, tapi korang boleh sampai resort eksklusif ni kurang 30 minit! 20 minit perjalanan menggunakan pengangkutan darat dari Lapangan Terbang Langkawi ke Terminal Cenang dan 7 minit perjalanan menggunakan bot untuk sampai ke resort.
Tenang
Nak rasa macam satu pulau korang yang punya? Inilah tempatnya! Rebak Island Resort & Marina merupakan satu-satunya resort kat dalam satu-satunya pulau eksklusif berkeluasan 390 ekar kat Langkawi ni!
Kredit: Rebak Island Resort
Bilik Dengan View Ohsem
Bilik-bilik dipisahkan mengikut blok. Korang boleh pilih nak bilik yang menghadap pantai atau taman! Korang bukan je boleh nampak Lautan Andaman, tapi boleh chill kat pantai peribadi.
Eksotik & Mesra Alam
Menariknya, resort dan marina serba lengkap ni dibina di atas pulau eco-friendly yang berusia sejuta tahun! Jadi tak hairanlah keseluruhan resort ni menampilkan elemen eksotik.
Paling menarik, ada macam-macam aktiviti menarik yang korang boleh buat kat pulau ni. Bolehlah korang nikmati hidangan romantik kat Private Island Moondeck dan Marina Boardwalk. Memang tak cukuplah kalau korang setakat tidur satu malam!
Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Rebak Island Resort & Marina
Nak tau apa aktiviti yang korang boleh lakukan kat pulau ni? Jom check out:
#1 Explore Batuan Merah
#2 Kembara Hutan
#3 Berbasikal
#4 Aktiviti Pantai
#5 Canting Batik
Kredit: Rebak Island Resort
#6 Lepak Chill Tepi Pantai
#7 Enjoy BBQ Sambil Menyaksikan Matahari Terbenam
#8 Relaks Di Spa
#9 Enjoy Live Band
Untuk korang yang bawa anak kecil, chill guys... Ada bilik khas untuk anak-anak. Sure diorang enjoy sampai taknak balik. Korang juga boleh hire babysitter kalau korang plan nak enjoy momen manis dengan pasangan.
Amacam? Ohsem kan?
Tawaran Menarik Rebak Island Resort & Marina
Ha, untuk korang yang nak rasai sendiri percutian eksklusif mewah ni, inilah masanya! Rebak Island Resort & Marina tengah buat promosi menarik. Ni antara tawaran yang confirm korang tak boleh miss:
Complimentary Room Upgrade
Tempah bilik Deluxe, upgrade ke Premium Garden View dan bilik Premium Garden, upgrade ke Premium Sea View.
Tawaran Harga Bilik Terbaik
Untuk tawaran ni, korang bukan je dapat RM50 kredit harian untuk F&B dan Spa, tapi korang akan dapat servis bot percuma tanpa had ke Terminal Cenang dan Pulau Rebak dan tambahan 15% diskaun untuk ahli.
Tawaran Early Bird
Tempah penginapan awal untuk nikmati 15% diskaun, RM50 kredit harian untuk F&B dan Spa, servis bot percuma tanpa had ke Terminal Cenang dan Pulau Rebak dan tambahan 15% diskaun untuk ahli.
Tawaran Stay Longer
Untuk korang yang nak menginap lebih daripada 5 malam, korang boleh dapatkan tambahan 20% diskaun, RM50 kredit harian untuk F&B dan Spa dan servis bot percuma tanpa had ke Terminal Cenang dan Pulau Rebak
Pakej Private Island Family Fun
Pakej penginapan untuk 3 orang ini menawarkan Bedroom Suite atau Rebak Suite, sarapan setiap hari, Nature discovery Walk, servis bot percuma tanpa had ke Terminal Cenang dan Pulau Rebak dan diskaun 10% untuk F&B dan Spa.
Nak tengok senarai tawaran menarik yang lain? Korang check out je kat website Rebak Island Resort.
Apa tunggu lagi guys? Layari Facebook Rebak Island Resort dan Instagram Rebak Island Langkawi untuk info lanjut!