Kredit: Freepik
Tahun baru, serba-serbi nak baru. Ramai antara kita yang buat azam tahun baru, dan kebanyakannya akan fokus kepada gaya hidup, contohnya macam nak makeover rambut dan penampilan, makan makanan yang lebih menyihatkan, melawat destinasi yang dah lama diimpikan, atau tukar kereta lama kepada kereta baru.
Sempena tahun 2020 yang bakal menjelang tak lama lagi, ni checklist yang korang boleh penuhi untuk mulakan tahun baru dengan cara paling awesome:
#1 Bergaya di jalan raya dengan kereta baru
Siapa tak nak kereta baru? Hampir semua orang mengidam untuk naik kereta yang flashy dan canggih!
#2 Melancong ke destinasi yang ada dalam bucket list korang
Dalam senarai destinasi impian korang ada berapa banyak tempat yang korang nak pergi? Mesti ada banyak kan? Tapi dengan kos-kos seperti harga tiket kapal terbang dan hotel yang semakin meningkat akan membantutkan impian kita untuk pergi ke destinasi idaman secepat mungkin.
Nak tak nak kenalah tunggu beberapa bulan bahkan bertahun lamanya untuk mengumpul duit pergi melancong.
#3 Shopping sakan tanpa perlu ikat perut
Siapa yang azam tahun baru dia nak tukar gaya pemakaian yang baru, kenalah shopping macam-macam. Tapi yelah, bukan semua orang mampu nak spend sampai beratus bahkan beribu ringgit untuk beli pakaian dan aksesori yang diingini.
Sama macam melancong, kalau nak baju idaman kita, kenalah kumpul duit dulu.
#4 Nikmati internet tanpa had pada bila-bila masa dan di mana jua
Ni mungkin merupakan salah satu perkara yang paling diidamkan oleh ramai orang, sebab hampir sepenuh hidup kita sangat bergantung kepada internet untuk berhubung, bekerja bahkan berhibur. Tapi kalau guna pelan dengan internet yang terhad dengan kelajuan yang ala kadar, susah nak enjoy sangat.
Kalau korang dah lama idamkan kereta baru, melancong ke tempat yang best, shopping sesuka hati, dan nikmati internet tanpa had sepanjang masa dan di mana jua, korang boleh realisasikan impian korang melalui kempen 90 Days of Awesomeness oleh Celcom Home!
Jom dapatkan semua benda yang awesome ni dalam Kempen ’90 Days of Awesomeness’ oleh #CelcomHome
Macam mana nak dapatkan semua ni? Senang je! Korang kena daftar untuk Celcom Home Fibre atau Celcom Home Wireless untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik!
Kedua-dua pelan ini menawarkan internet berkelajuan tinggi yang stabil pada harga mampu milik, dan korang boleh berkongsi sambungan internet dengan ahli keluarga di rumah.
Dengan harga serendah RM80 sebulan, Celcom Home Fibre menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa had (30/100Mbps) dengan router WiFi dan pemasangan yang PERCUMA serta khidmat rundingan TechXpert yang juga PERCUMA!
Bagi Celcom Home Wireless pula, pelan ini berharga serendah RM70 sebulan, dan korang hanya perlu plug in sebelum menggunakannya. Ia boleh disambungkan dengan 64 peranti, dan didatangkan dengan VideoWalla di mana korang boleh menstrim rancangan kegemaran korang!
Bagus kan? Jom daftar pelan Celcom Home Fibre atau Celcom Home Wireless sekarang! Mana tau korang mungkin boleh memenangi hadiah-hadiah berikut:
- Hadiah Utama: 1x Kereta Proton X70
- Hadiah Khas: 9x pakej pelancongan untuk 4 orang (termasuk hotel + tiket penerbangan)
- Hadiah Harian: Baucar shopping bernilai RM200
Untuk info lanjut dan pendaftaran, layari di sini.
Jangan lepaskan peluang keemasan ni untuk tahun 2020 yang awesome!