Artikel ini ditaja oleh Grab
Kredit: Grab
“Apa salah saya? Dalam hati aku ni nak pergi dah ke?”
Itu persoalan yang timbul apabila pemuda ini disahkan menghidap kanser leukemia. Bayangkan kehidupan normal yang dilalui selama ini berubah sekelip mata!
Itulah penderitaan dialami Faizal, anak sulung daripada empat beradik yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja di tapak pembinaan dan juga penghantar surat.
Kredit: Grab
Kehidupan Faizal yang sebelum ini agak selesa dan sihat, mula terhimpit apabila terpaksa berulang alik mendapatkan rawatan.
Diberhentikan Kerja Tanpa Sebab
Kredit: Grab
Selang beberapa bulan menerima rawatan, Faizal sekali lagi ditimpa musibah apabila dia diberhentikan kerja tanpa sebab!
Ye lah, nak cari kerja sekarang bukan senang. Tambah lagi apabila terpaksa membahagikan masa berkerja dan membuat rawatan, malah pada masa sama ada keluarga untuk ditampung.
Tapi persoalannya… ada ke kerja yang fleksibel namun masih mampu memberi pendapatan lebih?
Nasib Baik Ada Grab! Masa Kerja Ikut Keselesaan!
Kredit: Grab
Sama seperti rider lain, Faizal juga berlapang dada apabila temui kerja yang sangat fleksibel, namun pada masa sama masih mampu menjana pendapatan memberangsangkan.
“Bila saya ada follow up hospital untuk rawatan, saya stop kejap. Lepas tu saya sambung kerja balik.”
Dengan semangat baru ini juga lah, dia memulakan perjalanan sebagai rakan pemandu Grab Car sejak tahun 2017 lagi! Hebat kan?
Bagi Faizal, Grab menawarkan fleksibiliti yang sangat membantu dalam mencari rezeki sambil menjaga kesihatan dan membina kehidupan baru.
Pulih Sepenuhnya Daripada Kanser! Sertai Piala Rakan Grab!
Kredit: Grab
Siapa sangka berkat kesabaran selepas hampir setahun menjalani rawatan, Faizal akhirnya pulih sepenuhnya.
Kini Faizal bukan saja ligat dalam menjadi rider Grab, dia juga aktif bermain bola sepak bersama rakan-rakan Grab! Kanser survivor kini mampu beraksi hebat di padang, siap ada pasukan sendiri!
Malah, atas dasar minat dan semangatnya terhadap bola sepak, Faizal dan pasukannya turut mengambil keputusan untuk sertai Piala Rakan Grab! Cayalah! 👏
Kalau korang nak tahu, Piala rakan grab 2024 ini merupakan kejohanan bola sepak komuniti anjuran Grab Malaysia!
Kata Faizal, suasana di Piala Rakan Grab yang diadakan baru-baru ini super meriah tau!
“Makanan percuma, acara untuk semua dan semangat komuniti yang kuat buat saya dan rakan-rakan rasa dihargai,” katanya.
Kredit: Grab
Bagi Faizal, Piala Rakan Grab bukan sekadar pertandingan bola sepak. Ia menjadi lambang kekuatan perjalanan daripada melawan penyakit hingga kembali berdiri bersama komuniti yang sentiasa memberi semangat.
Siapa sangka, komuniti Grab telah menjadi ‘bahu’ yang menyokong cancer survivor seperti Faizal! Berdiri bersama menempuh badai!
Korang boleh tengok Kisah Disebalik Bola: Abang Grab di sini 👇
#GrabBersamaMalaysia